Politik Perak semakin kalut. Bermula hari rampasan kuasa hingga kini tiada penyelesaian akan berlaku. Malah semakin kalut dan kusut. Lebih mengharu-birukan ianya pula melibatkan Mahkamah. Dulu MB Nizar turun naik mahkamah uruskan saman anaknya tentang PPSMI. Kini gilirannya sendiri turun naik mahkamah untuk mencari keadilan mempertahankan jawatan MB dan sistem demokrasi.
Di pihak UMNO pula, pelbagai helah dan tipu daya di cari dan di cipta demi mempertahankan kejahatan mereka. Kejahatan mereka bertambah, kebodohan terserlah dan kecelakaan bakal terjadi!
Isu politik Perak menyerlahkan kepada kita bahawa Dewan Undangan Negeri bakal akan menjadi "tempat pelupusan sampah". Segala hukum hakam perundangan berkaitan DUN sewenang-wenangnya boleh dibakaul sampahkan dan dibawa ke tempat pelupusan sampah! Kuasa Speaker boleh di"kartunkan". SUK sudah ada kerja baru menjadi "penyibuk". Seiausaha DUN lebih kuasa dari Speaker.
Semuanya kucar kacir. Rakyat dan Demokrasi menjadi mangsa.
Semuanya hasil tangan ajaib Najib! PM Najib sudah boleh cuci tangan dan berlepas diri. Biarlah rakyat Perak bergaduh sesama sendiri. Biarkan Istana bergaduh dengan rakyat. Apa yang penting, Sri Perdana sudah jadi milik Najib! Seronoknya Najib kita ya !
Tuhan Maha Adil. Kita perhatikan secara halus bagaimana Tuhan memberi peluang untuk selesaikan isu ini. Malangnya kita abaikan. Pertama, ketika MB Nizar mohon bubar DUN. Kedua ketika kemenangan Bukit Gantang. Kedua-dua peristiwa itu, pihak Istana abaikan. Jika pihak Istana melihat dengan hati nurani yang kudus, mereka pasti faham kehendak rakyat. Mengapa tidak lakukan?
Semasa Hari Keputeraan, Sultan Perak bertitah bahawa Istana berada atas politik dan tidak boleh turun kebawah untuk jawab dan berdebat.
Tidak semestinya jika tidak boleh ke bawah, kita dianggap berkecuali dan berada atas politik. Rakyat melihat "bahasa sikap" Istana. Bahasa sikap mencerminkan pihak mana Istana berpihak. Kita tidak boleh salahkan rakyat dalam soal ini. Keputusan Bukit Gantang bukan sahaja ditujukan kepada UMNO malah kepada pihak Istana. Itu kita kena faham sedalam-dalamnya.
Adakah kita mahu tunggu satu lagi "kematian" untuk dengar lagi suara rakyat? Kematian tidak mengenal tempat samada darat, laut, kuala, rumah, bukit malah istana! Ianya pasti tiba jika sudah jadi ajalnya.
1 comment:
Cepatlah BN jatuh, supaya Al Juburi dan kuncu kuncunya dari 'bangsa pendatang' naik menjadi pemerintah.
Nak sangat aku melihat melayu yang tak sedar diri merasa hidup macam pelarian Palestine dan Bosnia Herzegovina.
Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat selama umno memerintah sehingga aku sudah mampu untuk berpindah ke Australia bersama seluruh keluarga dan mertua aku.
Melayu tidak akan sedar selagi mereka sendiri tidak merasa keperitannya.
Terpaksalah aku merasa hujan emas di negeri orang kerana bangsa ku memilih hujan batu di negaranya sendiri !!!
Semoga Allah memudahkan jalan bagi al juburi kembali ke Sungai Buloh
Post a Comment