ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, March 25, 2009

"Perbicaraan Padang Mahsyar Dunia" di Selangor.


Dalam keghairahan liputan berita Perhimpunan Agung UMNO, kita terlepas pandang satu peristiwa besar belaku di Selangor. Ketika ini berlaku soal-siasat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Kebertanggungjawap dan Ketelusan (Selcat).


Antara yang sedang "berpeluh , terketar gagap dan gigil lutut" ketika di soal ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pemodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB)Datin Khairiah Abu Hasan dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohamed Khusrin Munawi .


Tumpuan perkara yang disoal berkisar tentang Balkis (pertubuhan "ayam gila ngeram" isteri ADUN BN) seperti dana sumbangan PNSB, lawatan luarnegeri, hadiah jam tangan dan kereta, jamuan dan tandatangan surat.


"Temuduga" Datin Khairiah tidak lulus kerana beliau banyak mengucapkan " tidak boleh jawab dan ikut arahan". Pengerusi Selcat arahkan beliau datang lagi keesokkan hari untuk "temuduga kali kedua". Datin Khairiah juga diingatkan oleh Selcat agar bercakap benar kerana penipu tidak akan diambil kerja oleh swasta jika beliau ditendang dari PNSB.


"Temuduga" Dato' Khusrin pula berkisar tentang "lakunya" tandatangan di sisi Dato Khusrin selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor(MAIS). Isunya tentang penerimaan sah Dato Khusrin terhadap tandatangan isteri Mat Taib(Pengerusi UMNO Selangor).


Berikut jawapan "pandir" Dato' Khusrin kepada Selcat:


" Saya faham ini tanggungjawab saya pada saya isu surat Balkis ini sama ada ditandatangai Puan Sri Asbi atau Datin Seri Zaharah isu kecil, tidak menjejaskan polisi Mais, pada saya tidak..."


" Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga. "


" Saya kata tadi kalau siapa-siapa tulis bagi Balkis kita boleh terima."


"Pada saya tidak ada masalah...apa masalahnya. Siapa tandatangani pada saya tidak penting."


(nota : berdasarkan jawapan diatas, jika Karpal Singh tandatanganpun diterima oleh Dato Khusrin)



Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) dianggotai oleh Teng Chang Khim (DAP) selaku pengerusi manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). Wakil BN tidak menghadiri setiap soal siasat.


Itu baru perbicaraan anak buah Khir Toyo. Kita yakin semua jawapan mereka berdua itu adalah dibawah tunjuk ajar Khir Toyo. Sebab itu Khir Toyo gagal dalam pemilihan Ketua Pemuda. Lebih masa beri "tution" kat Datin Khairiah dan Dato Khusrin!


Bayangkan bagaimana jika giliran Khir Toyo pula dibicarakan dihadapan Selcat. Mungkin mukanya tidak secerah sekarang.


Apa yang penting, pihak Selcat jangan benarkan Khir Toyo masuk bilik perbicaraan dengan membawa tempe dan penyapu !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...