ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, March 9, 2009

Jom! Pakat-pakat tengok lakonan Hishamudin & The Gangs pada 12hb Mac


Keputusan SPM bakal keluar pada hari Khamis ini. Semua pelajar kita berdebar-debar menunggu keputusan. Kita doakan mereka semua berjaya. 

Barangkali kita boleh bayangkan suasana yang sedang berlangsung di Kementerian Pelajaran. Adakah mereka sedang bertungkus lumus "membuat lakonan" pada 12hb ini? Mungkin kita sudah agak skrip yang bakal dituturkan oleh Hishamudin & The Gangs". Antaranya barangkali :

" PPSMI berjaya. Ramai anak Melayu luar bandar lulus Matematik dan Sains". 
" Peratus lulus Matematik dan Sains meningkat."
" PPSMI berjaya meningkatkan kelulusan Bahasa Inggeris di luar bandar."

Itulah "kebocoran" skrip yang bakal akan dikokok oleh sepupu Najib ini. Kemudian disahut kokokan itu oleh Alimudin seterusnya pembesar KPM yang lain. 

Tak caya? Tengoklah nanti.  

2 comments:

mat_terab said...

dengar kata gred lulus sains dan matematik di turunkan lagi.........

AnDeH said...

Dapatkan fakta lebih baik unt berbicara drp hanya "dengar kata"

P/s: hayati surah maryam yg menyatakan kiranya usahlah kita melayah untuk menyampaikan berita yang belum tentu kebenarannya sehingga akhirnya kita jua nanti yang menyesal, renung-renungkan
Wallahu a'lam..

P/s: selaku guru science Andeh jua tidak bersetuju dengan PPSMI. Namun, mencari pelbagai fakta drp KPM, JPM, GPM dan sebagainya agar mampu berbicara menurut perkara yang sebenarnya, insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...