ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, March 18, 2009

Peribahasa / Kata-kata hikmah politik Malaysia terkini.

Peribahasa Arab zaman lampau pernah tercatat :

" Sesiapa mengatakan Monggol telah kalah, ia adalah pembohong besar".

Maksudnya ketika itu(ketika menakluk Baghdad), Monggol adalah mempunyai kekuatan tentera yang besar dan gagah perkasa. Tiada sesiapapun yang mampu kalahkannya. Sesiapa yang mengatakan Monggol kalah bermakna ia pembohong besar.
Begitu berkesan psikologi yang tertanam dalam minda orang-orang Arab ketika itu.

Baik, kita tinggalkan peribahasa Arab zaman dahulu itu. Kita melihat situasi dalam negeri pula. Rasanya elok kita ketengahkan peribahasa politik moden untuk tatapan umum. Peribahasa atau kata-kata hikmah ini belum diterbitkan oleh mana-mana penerbit. Bahkan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pun belum mengkaji lagi dari segi kehalusan seni bahasa yang terkandung dalam peribahasa-peribahasa politik ini.

Walaubagaimanapun jika digunakan peribahasa/kata-kata hikmah ini dalam mana-mana peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran samada UPSR,PMR,SPM atasu STPM 2009 "terjamin" dapat markah tinggi seandainya penanda kertas jawapan itu penyokong perjuangan rakyat marhein!

Berikut antara kata-kata hikmah politik terkini Malaysia:

1) Sesiapa mengatakan UMNO pendokong Agama Islam, ia adalah pembohong besar.

2) Sesiapa mengatakan UMNO pembela bangsa Melayu, ia adalah pendusta besar.

3) Sesiapa mengatakan UMNO pembela Raja-Raja Melayu, ia adalah penipu besar.

4) Sesiapa mengatakan UMNO penegak Bahasa Melayu, ia adalah pembohong besar.

5) Sesiapa mengatakan UMNO suci Rasuah, ia adalah pendusta besar.

6) Sesiapa mengatakan UMNO bencikan Perkauman, ia adalah penipu besar.

7) Sesiapa mengatakan Pak Lah kuat, ia adalah pembohong besar.

8) Sesiapa mengatakan Najib suci dari skandal, ia adalah pendusta besar.

9) Sesiapa mengatakan Pak Lah serah jawatan PM, ia adalah..............eerrrrr ini belum terbukti secara saintifik lagi........maaf !

6 comments:

Alumni SAMBestari SPM 2005 said...

Assalaamu'alaikum wrm wbt. Syukran, Terima Kasih kerana telah melawat blog saya. Semoga saudara terus dirahmati Allah Ta'ala. :)
Salam Perjuangan Insya-Allah. Allahu-Akbar!

AnDeH said...

salam jenguk2 kembali :)

AnDeH said...

Hakikatnya, andai perkataan UMNO, Pak Lah, Najib tu ditukar kepada Pakatan, TG nik aziz, Anwar, Karpal...
ianya sama sahaja.
Politik kita baik gov baik pakatan tidak ada beza..
Wallahu a'lam..

p/s: lebih baik seperti ibrahim ali wakil BEBAS Pasir Mas. Tidak bermuka2, terjah sahaja mana yang tidak sempurna, tak berat mane2 yang kononnya menuntut bela...

-Andeh-

zaki said...

kembali pada Allah...lagi banyak kita berkata lagi banyak dosa yang kita dapat.lagi banyak kita kutuk,mengata,menfitnah dan macam2 lagi lagi banyak dosa kita..saya agam memang kurang,tapi dalam hal nie...sila kembali kepada Allah..di Maha mengetahui..banyakkan doa.DIa yang akan menentukan segalanya.kepada penulis blog,anda pasti ker apa yang anda tulis dalam blog ini?bagaimana kalau separuh benar,separuh tidak benar?berapa ramai orang di luar sana mempercayai cerita anda?berapa banyak dosa yang anda akan tanggung??adakah anda sentiasa hendak bertaubat jer..memang Allah suka umatnya sentiasa bertaubat,tetapi jika anda sering mengulangi perbuatan anda adakah Allah akan sentiasa menerima taubat anda????fikir2lah sejenak.memang kita perlu untuk menentang apabila kita ditindas.tapi kena ada caranya.kalau semua sentiasa mengutuk,mencaci,menghina,menfitnah...apa nak jadi???kalau anda hendak menegakkan parti pembangkang ke,atau pemerintah ker....saya tak halang..tapi telah banyak sangat kutuk-mengutuk dan menghina dalam semua blog.saya tak tau mana nilai islam anda.kalau anda seorang pembangkang dan ingin menegakkan pembangkang...boleh penulis...tapi anda mesti mencerminkan kebaikkan dalam diri anda.tapi kalau anda,seperti dalam gambar anda post sedang menadah doa, tapi anda menulis perkara yang entah tau benar atau tidak..kalau benar anda tulis,anda bernasib baik..tapi jika tidak benar???anda fikirlah sendiri yer..tunjukkan keislaman kita..bukan kekufuran kita yer..maaf kalau ada tersilap..

zaki said...

saya menyokor anda AnDeh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...