Menjelang tarikh keramat 7hb Mac ini untuk meng"talqin'kan PPSMI, di sarankan semua pejuang bahasa dan rakyat yang cintakan Bahasa Meayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama-sama membawa anak-anak mereka ke Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI.
Rasionalnya kerana anak-anak kecil Malaysia inilah menjadi mangsa kebobrokan dan kehaprakkan PPSMI tajaan UMNO ini.
Biar anak-anak kecil kita tahu dan menjadi saksi bahawa datuk nenek dan ibubapa mereka sanggup turun ke jalanraya menghadapi perkakas UMNO samada SB, PDRM dan FRU.
Biar anak-anak kecil kita menjadi saksi diatas pengorbanan ibubapa dan datuk nenek mereka sanggup bermandikan air asid semburan FRU.
Biar anak-anak kecil kita menjadi saksi datuk nenek dan ibubapa mereka tanpa senjata menghadapi "keganasan" polis yang lengkap bersenjata.
Setiap ibubapa pastikan anak-anak mereka membawa sepanduk yang ada nama sekolah masing-masing seperti :
" KAMI SOKONG HAPUSKAN PPSMI dari Warga SK Derma, Kangar " atau " HAPUSKAN PPSMI dari pelajar SMK Bukit Rangin, Kuantan".
Kita cadangkan 7 pemimping tunggak GMP yang di ketuai oleh Dato' Dr.Hasan Ahmad bawa bersama mereka anak-anak dan cucu mereka berjalan di barisan depan mengetuai 100,000 rakyat menuju Istana Negara.
Semoga Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI akan diingati oleh anak cucu kita sebagaimana generasi kita mengingati Himpunan Menentang Malayan Union. Ianya akan ditulis dengan tinta emas.
Kita yakin dan percaya Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI adalah mimpi ngeri kepada pemimpin yang suka memperbodohkan rakyat dan bersikap penuh ego dan angkuh seperti Hishamudin.
Adios buat sepupu TPM Najib ini!
No comments:
Post a Comment