ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, July 31, 2008

Pakat-pakat tengok weeh! Pelakon handalan pada 31hb Ogos


Bulan Ogos datang lagi. Bulan inilah banyak duit rakyat akan dilahapkan lagi "dikedarahkan" oleh pemimpin negara atas dasar patriotik. Kononnya! Anda lihat pada bulan ini, pemimpin-pemimpin UMNO akan berkokok lagi menyalak lagu Malaysia Gembilang! Patriotik konon. Jutaan RM akan dilanun oleh UMNO untuk rayakan Hari Kebangsaan. Duit itu akan diagih-agihkan sesama kroni. Anda lihat atas nama patriotik, UMNO rompak duit rakyat untuk rayakan Hari Kebangsaan. Itulah UMNO. Mari kita pakat lihat tahun ini berapa pula bujet untuk rayakan Hari Kebangsaan. Tentunya jutaan weeh!.

Pada 31hb nanti, anda lihatlah "perompak-perompak bersenjatakan keris telanjang" ini berdiri atas pentas sambil mengibarkan bendera Malaysia. Patriotik konon! Rakyat pakat tengoklah nanti wajah-wajah "pelakon-pelakon" handalan tanpa segan malu kibarkan Jalur Gemilang. Tentu seronok tengok Si Najib kibarkan bendera Jalur Gemilang di tangan kanannya sambil tangan kirinya berlumuran komisen Sukhoi MIG dan Submarine!

Tahukah kita semua? Perayaan Kemerdekaan kali ke 51 kali ini, kita kehilangan sesuatu? Apa dia? Pulau Batu Putih! Layakkah Hamid Albar dan Rais Yatim pegang bendera kebanggaan negara? Sepatutnya Syed Hamid, Rais dan Gani Patail kita tugaskan mereka bertiga jaga Pulau Pisang sebagai hukuman kegagalan mereka membela kedaulatan Pulau Batu Putih.
Tahukah anda telah 5 tahun kita rayakan kemerdekaan dalam keadaan Bahasa Melayu dihina di tanahair sendiri angkara Tun Mahadhir dan UMNO?

Menjelang Tahun Kemerdekaan ke 51 ini, banggakah kita semua menjadi warga Malaysia yang berketuakan "pelahap harta rakyat"? Mungkin jika Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Saleh, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Si Pitung, Rentap dan Datuk Maharaja Lela masih hidup tentunya mereka berhijrah ke negeri lain kerana malu yang amat sangat kepada perangai jelek anakcucu mereka!

Tuesday, July 29, 2008

'Utbah bin Rabi'ah Moden


Di antara tawaran yang dikemukakan oleh perunding Musyrikin Quraisy Abu Al-Walid Utbah bin Rabi'ah kepada Rasulullah semasa dialog rundingan untuk meminta Rasulullah memberhentikan penyeruan kepada Islam ialah:

i) Memberi kuasaan kepada Rasulullah.

ii) Mengangkat Rasulullah menjadi ketua(raja) di Mekah.


Kedua tawaran itu bersyaratkan Rasulullah meninggalkan seruan kepada pentauhidan semata-mata kepada Allah Taala.

Rasulullah menolaknya kerana dalam soal aqidah tiada kompromi antara kebenaran dengan kebatilan.


Merujuk kepada politik semasa tanahair. UMNO Perak dan Selangor tawarkan PAS dengan jawatan MB dan Exco yang ramai. Terbaru MB Pahang juga tawarkan jawatan Exco kepada PAS ( Datuk Nan tak berani tawarkan jawatan MB pada ADUN Semantan @Beserah)


Begitulah episod Sirah senantiasa berulang-ulang. Watak 'Utbah bin Rabi'ah senantiasa wujud sepanjang zaman seperti mana watak Abu Jahal juga senantiasa menjelma setiap waktu dan zaman. Hanya orang yang menghayati Sirah sahaja yang dapat membaca permainan politik warisan Musyrikin Mekah.

Golongan Jahiliyyah Moden menyangka Gerakan Islam adalah mempunyai sama pemikiran seperti mereka iaitu laparkan jawatan dan pangkat. Mereka fikir Gerakan Islam adalah gerakan yang bermatlamatkan keduniaan semata-mata.

PAS adalah Gerakan Islam yang hanya bermatlamatkan menegakkan Islam di bumi Malaysia. Mereka tidak kisah siapa yang menjadi PM atau MB. Apa yang penting, bumi Malaysia diperintah berdasarkan hukum Allah Taala. Satu soalan kepada UMNO, adakah mereka setuju jika sekiranya Malaysia diperintah dengan hukum Allah?

Kes Kelantan menjadi bukti "kemunafikan" UMNO. Sampai kini Kelantan tidak dapat laksana undang-undang Al-Quran. Siapa yang memberi amaran jika Kelantan laksana hukum Allah Taala? UMNO lah.

PAS boleh menerima UMNO jadi MB, tetapi dengan syarat benarkan PAS memerintah negeri Perak dan Selangor dengan hukum Islam. Selesai masalah. Sanggupkan UMNO memenuhi kehendak PAS itu. Apapun buktikan keikhlasan UMNO dengan Kelantan dulu. Benarkan Kerajaan Kelantan laksanakannya.

Monday, July 28, 2008

Lambatnya Muktamar.....


Sejak Pak Lah dedahkan pertemuan UMNO-PAS hingga sekarang isu itu bertambah panas.Bukannya bertambah sejuk. Walaupun mesyuarat Majlis Syura Ulamak di Kota Baharu menetapkan fail muzakarah telah ditutup tetapi nampaknya isu ini masih kedengaran dimana-mana. Turut "memeriahkan" suasana dengan penglibatan Karpal Singh. Tidak lupa juga Khir Toyo dan Tajol Rosli.

Apabila Mursyidul Am PAS buka mulut tentang bubar UMNO-PAS untuk tubuh parti baru, isu semakin besar. GERAKAN, MIC dan MCA turut tumpang semangkuk. Terbaru, Ketua Penerangan Mahfuz Omar meminta"maaf" atas ketidaktahuan beliau selaku Menteri Penerangan PAS tentang 3 kali pertemuan UMNO-PAS. Beliau mati-matian menafikan berlaku pertemuan itu. Kenyataan terbaru Mahfuz antaranya :

a) Menuntut INDIVIDU TERBABIT tampil beritahu ahli bawahan tentang pertemuan 3 kali itu. (nampaknya masa kita dibazirkan sedangkan banyak isu lagi perlu ditangani)

b) Menyeru PIMPINAN PAS jujur terhadap ahli dan penyokong.

( kalau itu seruan Mahfuz, nampaknya perasaan curiga mulai menapak di kalangan sesama pimpinan. Ingat! Mahfuz ialah Ketua Penerangan)


PAS Perak juga yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang, MB Nizar dan Ustaz Idris Ahmad begitu bersungguh-sungguh berpegang dengan janji untuk bersama Pakatan Rakyat. Mereka selesa dengan kerajaan di Perak. Kalau kita lihat DAP Perak dengan DAP Pusat tidak begitu "ngam". Ianya sejak isu Lim Kit Siang seru boikot Majlis Angkat Sumpah MB. DAP Perak memahami situasi di Perak berbanding dengan Karpal Singh yang berkejar kemari cari duit, cari kes di mahkamah. Lagipun Karpal dah "luput tarikh"(Roslan SMS janganlah layan sangat si Karpal bukankah Presiden PAS telah labelkan Karpal semasa PRU11)


Berbalik dengan isu muzakarah tadi, sdr. Mahfuz amat-amat terkilan dengan apa yang berlaku. Kalau anda ditempatnya selaku Ketua Penerangan tentunya anda rasa keperitannya dan "merah padam muka". Apatah tak, siang malam menjerit dalam ceramah menafikan pertemuan UMNO-PAS berlaku, tiba-tiba ianya berlaku tanpa pengetahuan AJK Pusat hatta Mursyidul Am. Mahfuz seakan menyindir pada INDIVIDU TERBABIT, jika tiada berani memberi laporan kepada ahli bawahan, beliau akan dapatkan laporan dari Khir Toyo. Cantik!

Rasanya Mursyidul Am juga geram apa yang berlaku. Walaupun beliau cuba "adjust" dengan menukar MUZAKARAH kepada MUQABALAH juga tidak berkesan, maka beliau "test market" dengan bubar parti. Baru semua pimpinan lebih-lebih INDIVIDU TERBABIT ternganga-ngaga.

Setakat ini INDIVIDU TERBABIT yang masih membisu seribu bahasa ialah Ustaz Nasharudin dan Cikgu Pa. Sdr. Khalid Samad telah mengakuinya hakikat sia-sianya bertemu UMNO tempoh hari. Tapi sempat memperkenalkan istilah baru" buying time".


Cuba anda bandingkan isu PAS Terengganu jumpa MB Terengganu. Mengapa ahli PAS tidak bising? Jawabnya kerana pertemuan itu diadakan dalam pengetahuan ahli dan umum. Pertemuan itu diadakan di dalam bilik yang diterangi spotlight! Bukannya seperti 3 pertemuan didalam bilik gelap gelita!


Apapun, dalam Muktamar di Ipoh nanti banyak perkara boleh dimuhasabahkan oleh pimpinan PAS dan ahli. Bagi pimpinan PAS, mereka perlu selaraskan kenyataan media. Jangan berbelit-belit dengan berbagai istilah. Golongan marhein tak faham weh! Lantik seorang sebagai "jurucakap" yang bertindak mengeluarkan sebarang kenyataan dari pimpinan. Dalam muktamar nanti, pimpinan keluarkan satu deklarasi/resolusi yang akan digunapakai oleh ahli dengan teguh.

Mungkin yang penting, pimpinan PAS Pusat terutama INDIVIDU TERBABIT boleh pelajari sesuatu sesuatu dari PAS Perak pimpinan Ustaz Ahmad Awang. Cikgu PA boleh terus tanya Ustaz Ahmad sebelum menulis dalam blognya!

Lambatnya muktamar weeh....





Thursday, July 24, 2008

Malunya weeh! UMNO gagal interview.

Muzakarah - berunding/berbincang
Perundingan antara dua pihak untuk menyelesaikan atau menawarkan sesuatu perkara. Kedua pihak mempunyai kekuatan seimbang 50-50. Setiap pihak mempunyai kepentingan masing-masing. Jika dalam perbincangan itu, satu pihak merasakan kepentingannya terancam, maka perundingan dan perbincangan itu akan gagal. Contohnya:

PAS : Kami minta agar aktiviti judi diharamkan kerana ianya merosakkan institusi kekeluargaan.

UMNO : Mana boleh! Itu antara pendapatan terbesar negara. Kira-kira 2 bilion setahun. Lagipun ramai VIPP kami minat berjudi. Lagipun dari taukeh judilah UMNO boleh sogok rakyat dalam pilihanraya. Kami juga mahu setiap rakyat gila judi dan lupakan tanggungjawab terhadap negara.

PAS : Kami mohon agar haramkan arak dikalangan umat Islam kerana ianya ibu segala kejahatan.

UMNO: Ini lagi haru weeh! Mustahil (3 kali). Inilah minuman rutin dari kalangan kami. Minuman kegemaran menteri, Exco dan MT kami. Banyak rumah menteri dan MT kami ada bar. Meeting MT kami tak dapat buat keputusanlah tanpa arak. Kami juga mahu umat Islam di Malaysia terutama generasi muda mabuk arak supaya mereka tiada tanggungjawab terhadap agama.

Di sini kita lihat UMNO ada kekuatan dan kepentingan dan PAS tidak dapat buat apa-apa.

Muqabalah - temuduga/interview/pertemuan
Satu pihak berhajat kepada pihak yang lain. Manakala pihak yang dihajati bebas memberi keputusan samada setuju atau sebaliknya. Biasanya pihak yang berhajat berada dalam keadaan amat berharap. Misalnya majikan mengadakan satu temuduga untuk mencari staff baru. Pihak yang ingin ditemudugakan akan cuba melakukan yang terbaik supaya majikan akan memilihnya. Disini majikan mempunyai kuasa samada terima atau menolaknya. Kuasa ditangan majikan. Contohnya :

PAS : Mengapa masuk interview?

UMNO : Kami terdesak. Rakyat dah tolak kami.

PAS : Mengapa rakyat tolak?

UMNO : Kerana kami melanun harta rakyat dan menzalimi rakyat. Kami rompak duit royalti Terengganu, kami bahagikan projek sesama kroni. Petronas bagi duit, kami agih-agihkan sesama UMNOPutra. Kami juga sumbat rakyat dalam ISA dan cipta konspirasi aibkan Anwar.

PAS : Itu je? Ada lagi kot.

UMNO : Kami seperti kereta buruk berumur 50 tahun. Kami perbanyakkan hiburan seperti Joheboh, Mentor, Akademi Fantasia supaya generasi muda sibuk dengan hiburan dan pada masa itulah kami "baham duit" rakyat.

PAS : Oh gitu ye. Kamu boleh jadi staff kami dengan bersyarat.

UMNO : Apa syaratnya?

PAS : Daulatkan Islam di negara ini, mansuhkan ISA dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah. Boleh?

UMNO : Ini yang problemnya. Syarat lain tak ada ke?

PAS : Kalau kamu setuju, esok boleh jadi staff kami. Jika tak setuju, boleh bangun dan tinggalkan bilik temuduga ini. Ramai lagi orang yang nak kerja dengan kami.

Mungkin inilah yang dimaksudkan MUQABALAH oleh TGNA dan Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat di Kota Baharu tempoh hari.

Tuesday, July 22, 2008

Formula One antara Anwar-Najib


Sebenarnya perlumbaan untuk jadi PM adalah antara Anwar Ibrahim dengan Najib Tun Razak. Anda lihat kronologi tindakan mereka akhir-akhir ini merumuskan sebenarnya masing-masing membawa agenda yang tersendiri. Kesungguhan Anwar untuk jadi PM ada asasnya. Haknya dinafikan secara kotor dalam konspirasi Sept 1998. Dia diaibkan dan menjadi warga Sungai Buloh selama 6 tahun. Kemunculan Anwar sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga minyak. Pengaruh Anwar semakin melonjak sejak debat dengan Shabery Chik. Rakyat menilai Anwarlah berjiwa rakyat!

Sekiranya Anwar naik sebagai PM, ramai yang terkena tempiasnya dan bakal menerima nasib buruk. Anda tentu tahu siapa yang bakal menerima gegaran "gempa bumi berukuran 9.9 richer"?

Mereka adalah Dr. Mahathir, Najib, IGP Musa dan AG Gani. Mungkin seorang lagi iaitu Aziz Samsudin. Suatu yang tidak pelik melihat Dr.Mahathir berubah-ubah kenyataannya terhadap Najib. Ada hari beliau sokong Najib, ada hari dia perlekeh Najib sebagai penakut dan ada hari dia kata Najib semakin malap. Itu semuanya lakonan sahaja. Dr. Mahathir amat berharap Najib jadi PM ganti Pak Lah. Sebenarnya dibelakang Najib adalah Dr.Mahathir. Masing-masing mahu menyelamat diri. Mereka mesti pintas agar Anwar kempunan jadi PM.

Anda lihat timbulnya kes fitnah liwat Anwar apabila Anwar melaporkan kes penipuan fakta Musa dan Gani di BPR. Juga kes ini timbul apabila Raja Petra membuat akuan sumpah yang menyatakan keluarga Najib(termasuk Najib) terlibat dengan pengeboman Altantuhya. Najib jadi gabra dan panik! Peliknya mengapa Rosmah dan Najib tidak saman Anwar? Begitu juga kenyataan bersumpah Balasubramaniam. Hari pertama wajahnya ceria tapi keesokkannya muram. Mengapa? Bala, anda manusia bertuah kerana tidak diletupkan oleh bahan C4 !

Anda lihat bagaimana Anwar ditakutkan dengan penangkapan secara biadap oleh pasukan bertopeng. Arahan siapa jika bukan dari IGP Musa? Kita melihat semacam ada satu team untuk menghalang Anwar jadi PM. Team itu kita namakan C4 ! Mungkinkah team ini yang sedang mengawal Malaysia? Dan Pak Lah hilang kawalan? Mungkin Pak Lah ingin mengalih rasa resah gelisahnya maka ditimbulkannya isu Muzakarah dengan PAS?

Semuanya sayangkan PAS


Sehari dua ini, riuh rendah kedengaran suara tentang pertemuan PAS-UMNO. Ada sokong dan setuju. Ada marah. Ada keji. Ada geram. Ada perhati penuh minat. Keji pun ada. Malah ugut keluar PAS pun ada(ye ke ni?)Begitulah manusia. Percayalah mereka semua sayangkan PAS. Mereka amat kasih dan cintakan perjuangan PAS. Mereka ada hak untuk luahkan pandangan dan kenyataan.

Tugas pimpinan adalah mendengar semua pandangan. Kita semua ada kelemahan. Tiada yang maksum. Percayalah apa yang berlaku ini ada hikmatnya. Allah Taala Maha Mengetahui.


Rileks weeh! Mari kita imbau kembali Sirah Rasul kerana ianya Mutiara Sepanjang Zaman.

Selepas Rasulullah tandatangani Perjanjian Hudaibiyyah, Umar pergi jumpa Rasulullah dan bertanya beberapa soalan :

" Bukankah engkau Rasulullah?"

"Bukankah kita orang Islam?"

"Bukankah mereka orang Musyrikin?"

" Bukankah kita mati masuk syurga dan mereka mati ke neraka?"

Semuanya dijawab Rasulullah : "Ya".

Umar pun berkata : " Kalau begitu mengapa kita memberi peluang mereka menghina agama kita?"

Umar tidak puas hati lalu berjumpa Abu Bakar. Abu Bakar meminta Umar taat perintah Rasulullah. Ikut dan Taat. Ini merupakah maslahat ummah. Setiap kesukaran akan ada jalan keluar dan kelapangan. Yakinilah Allah Taala tidak akan sia-siakan RasulNya.


Kini, Rasulullah sudah tiada. Abu Bakar dan Umar sudah tiada. Tapi pengajaran dari peristiwa diatas boleh kita hadamkan sehadamnya. Setiap Gerakan Islam adalah pewaris perjuangan Islam. Di dalam Gerakan Islam ada para ulama untuk memimpin ummah. Ulama itu pewaris para Nabi.Dan setiap ulama itu ada Majlis Syura mereka. Keputusan Majlis Syura bukan keputusan peribadi. Ulamak adalah orang yang takut kepada Allah.

Rasanya anda semua faham maksud diatas jika anda mendapat tarbiyyah haraki!

Sunday, July 20, 2008

Jangan Panik weeh! Lihat dan Tunggu.


1) Pak Lah mengaku telah 3 kali jumpa pimpinan PAS yang didakwanya "boleh membuat keputusan". Maknanya : Hebat Pak Lahnya menjual hasil tuainya. Hebatnya Pak Lah dapat berjumpa dengan "orang yang boleh buat keputusan" dalam PAS. Untuk makluman Pak Lah, dalam PAs hanya Majlis Syura yang boleh buat keputusan bukannya Presiden, Mursyidul Am jauh sekali Timbalan Presiden!

2) Naib Presiden PAS, Husam Musa mendakwa kenyataan Pak Lah bertujuan memecah belahkan ahli PAS.Maknanya: Husam pun tak tahu! Setaraf Naib Presidenpun tak tahu?

3) Mursyidul Am, TG Nik Aziz mengakui tidak tahu menahu tentang pertemuan sebanyak 3 kali itu. Beliau bersetuju jika pertemuan itu berkaitan peribadi dan dakwah bukannya tentang urusan parti.
Maknanya: Lagi pelik! Orang setaraf Mursyidul Am pun tak tahu. Apa ni? Sekurang-kurangnya "ghoyatlah" sepatah dua atau untuk makluman. TG Nik Aziz kata bincang peribadi dan dakwah boleh. Mungkin Ustaz Nasharudin, Cikgu Pa menasihati agar Pak Lah suruh isterinya dan Nori pakai tudung kot? Atau Pak Lah jangan "gesel-gesel" lagi bahu perempuan? Kalau begitu,kita sokong 100.99%!

4) Wan Azizah kata pertemuan itu OK . Tiada masalah bagi PKR dan DAP. Beliau juga menyatakan PKR dan DAP tahu tentang pertemuan itu.
Maknanya: Satu kenyataan terbuka yang terpuji. Keutamaan dan kepentingan rakyat perlu diutamakan.

5) Presiden PAS akhirnya mengakui berlakunya pertemuan itu. Beliau menyatakan Majlis Jawatankuasa PAS dan Majlis Syura Ulamak mendapat laporan hasil pertemuan itu. Maknanya : Setelah Pak Lah mengaku dan hebohkan dalam media, baru Presiden PAS mengakui. Alangkah baiknya jika TG Haji Hadi orang pertama mengumumkan tentang pertemuan itu.

6) TPM Najib pula menyatakan PAS tidak harus letak syarat muzakarah.
Maknanya : Selamanya Najib bimbang dengan kedudukannya. Perhatikan setiap kali Pak Lah mengeluarkan kenyataan, Najib akan jawab dengan yang berlawanan bosnya. Najib sekarang dihantui oleh Mongolia, C4, Sukhoi, Submarine, Muzakarah,Anwar dan Pakatan Rakyat. Boleh jadi gila weeh! Banyak sangat hantu dalam hidup Najib.


Rumusan :
Diambang sore pemerintahan Pak Lah, beliau akan mengeluarkan 1001 macam kenyataan untuk berpaut. Mungkin kenyataan terbarunya berpaut pada dahan yang agak kukuh! Zaman kini dengan iklim politik yang tidak menentu, segala perkara yang membabitkan rakyat perlu dilakukan secara terbuka. Zaman sekarang, rakyat pandai menilainya. Tak payah main kias-kias dan sorok-sorok. Akhirnya bocor juga! Iklim politik sekarang tidak begitu selesa dengan permainan sembunyi dan sulit. Perlu telus dan terbuka. Benda yang baik tidak perlu ditutup dari penglihatan umum. Nanti timbul pelbagai spekulasi dan syak wangsangka. Akhir sekali, dalam soal besar ini,"orang tua" jangan kita ketepikan. Mereka lebih dahulu makan garam! Opps!.... terlupa pula nak tanya, adakah pertemuan sebanyak 3 kali itu ada syarat iaitu JANGAN HEBOHKAN kepada umum sepertimana pertemuan tahun 1986 di Seri Perdana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...