ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Thursday, June 25, 2015
DAP ......apa mahu lagi? SIRI 2
Wajah sebenar DAP mula jelas apabila dua perkara berlaku iaitu :
1) PAS mahu bawa hudud di Kelantan untuk orang Islam sahaja.
2) Presiden PAS TGHaji Hadi dilantik sebagai Timbalan Majlis Ulamak Dunia berketuakan Dr Yusof Qaradawi.
DAP mula gelabah.Mengapa ?
Jika difikirkan apa kaitan hudud untuk orang Islam dengan DAP.DAP boleh masuk masjid buka puasa.Wanita DAP boleh pakai selendang sampaikan bantuan untuk masjid dan surau.Pemuda DAP senang hati baca petika Al Quran.
Apa yang peliknya untuk menentang hudud yang hanya untuk orang Islam?Mesti ada motif.Ianya juga berkaitan dengan perlantikan Presiden PAS sebagai orang no 2 selepas Dr Yusof Qaradawi.
DAP bimbang jika hudud dilaksanakan di Kelantan,rakyat Malaysia terutama non muslim akan melihat keadilan Islam dan mula mengkaji tentang hudud.Ini akan berlaku perbandingan hukum Allah dengan hukum manusia oleh rakyat Malaysia.
Manakala perlantikan TG Haji Hadi satu pengiktirafan ilmu dan kepimpinan beliau oleh dunia Islam.Lebih-lebih lagi Dr Yusof adalah pernah dipilih Tokoh Maal Hijrah kerajaan Malaysia dahulu. Kebimbangan DAP seperti kebimbangan Amerika terhadap perlaksanaan hukum syariat di seluruh dunia.
Cumanya Amerika ada bala tentera dan CIAnya.DAP hanya ada roket yang hampir "lupus tarikh".Tunggu masa untuk meletup!
Amerika gunakan hujah "pengganas,Al Qaeda,Usamah bin Laden,Taliban,ISIS dan bom kimia "untuk serang secara ketenteraan terhadap negara Islam.
DAP pula gunakan taktik :
1) Musnahkan peribadi TG Haji Hadi dengan label pengkhianat,penipu dan berkuasa besar.
2) Musnahkan title ulamak(bukan ulamak PAS sahaja!) dengan gelaran gila kuasa,tidak boleh dipercayai,buruk perangai.Ini untuk bentuk persepsi masyarakat agar membenci ulamak.
3) Lagakan golongan ulamak dengan professional dengan cara menyokong cara pemikiran professional.Lihat cara DAP raikan serpihan PAS PasMA dan ADUN Hulu Kelang dan Morib ketika mereka dikenakan tindakan tatatertib.
Cuba anda cari dalam sejarah politik BN,tiada satupun parti kompenan BN meraikan mana-mana anggota BN yang dihukum oleh parti mereka.Pelik perangai DAP ?
DAP dan akhbar talian Malaysiakini mempunyai agenda yang sama.Pecah belahkan kesatuan umat Islam.
Jika UMNO terkenal dengan meniupkan perkauman jika terdesak,maka DAP pula hidupkan momokan," PAS ingin bersatu dengan UMNO" jika setiap kali PAS ingin tegakkan hukum Allah.DAP menyalak demikian agar PKR dan anggota PAS meragui kepimpinan ulamak terutama TGHaji Hadi.
Sebenar DAP lupa bahawa "game is over "bagi PAS jika mana-mana parti lawan PAS menyokong hudud walaupun ianya UMNO,MIC,MCA,PBB hatta Partai Komunis Malaya(PKM) ! PAS sendirinya akan terbubar.
Hari ini DAP suka sakan melihat PAS berpecah dua.Ingat...langit tidak semestinya selalu mendung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hahahhahahah...macam pernah dengar kat utusan dan TV#3.
mENGAKULAH TUAN AKAN KELEMAHAN SENDIRI, tiada salahnya Yahudi,liberal,DAP,cina,melayu,apa2 bangsapun, salahkan diri sendiri, Cuba tanya Hj. Hadi berapa kali dia ponteng parliment???apa perasaan rakyat kawasannya yg beri mandat padanya,utk mebela mereka,Dia makan Gaji BUTA,:Salah DAP Ka!!salah yahudi ka!!Mengunakan "Chai" penipu dalam pemilihan undi:Salah yahudi ka!!salah DAP KA!!!
Umat islam yg berfikiran begini,memang tak kemana-mana, akan bercakaran sesama sendiri dan berbunuh-bunuh pula,ULAMAK sepatutnya pewaris nabi; mengamalkan ilmu kenabian, Pernahkah ulamak2 pas merasakan "nabi tidak pernah kenyang selama 2 hari berturut" kadangkala nabi dan sahabatnya sembahayang jemaah, sahabat2nya tumbang satu,satu sebab tak makan,dan dibadan sahabat2 terdapat ikatan batu,Tenguk rumah nabi, kesemua rumah-rumah isteri-isterinya, cukup sederhana,sedangkan nabi nak sembahyang tahjudpun terpaksa dikuis2 kaki syaidina aisyah,Nabi tak ajar sahabat2 berebut-rebut jawatan,berebut-rebut laba, tak ajar sahabat matlamat menghalalkan cara,(contoh perang uhud),Nabi 2 /Ulamak(IKUT IKTIBAQ NABI/:-Mereka2 betul-betul mendapat keredhaan
allah .DOA-DOA MEREKA MENDAPAT CASH DARI ALLAH...
Post a Comment