ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 18, 2015

JOHOR : Antara Singapura atau Scotland?



Dulunya Soviet Union(USSR) gah dengan keluasan empayarnya.Amerika takut dengan kekuatan ketenteraan Soviet.Akibatnya tercetus Perang Dingin.Empayar Soviet mula berpecah akibat runtuhnya ideologi Komunis di seluruh dunia tahun 1991 dengan runtuhnya Tembok Berlin tetapi wilayah Soviet berpecah dan keluasan negaranya berkurangan dengan pengisytiharan kemerdekaan oleh Kazastan,Turkmenistan,Latvia,Estonia dan lain wilayah dalam USSR.

Antaranya puncanya apabila ekonomi Soviet merundum akibat terlalu lama membiayai perbelanjaan tentera sepanjang pencerobohan ke atas Afghanistan.

Ekonomi Malaysia kini merundum dengan pelbagai ketirisan,rasuah,jatuh nilai matawang dan juga ketidakstabilan politik parti pemerintah.

Isu 1MDB dan serangan Dr Mahathir ke atas PMNajib amat membimbangkan.Terkini Dr Mahathir mula "menjilat ludah"nya.Dulu Mahathir menuduh Anwar Ibrahim ejen dan pengkhianat negara kerana beri maklumat rasuah BN/UMNO kepada media Amerika.Kini beliau sendiri yang melakukannya.

Dikala BN/UMNO bergaduh sesama sendiri,rakyat mengharapkan ada gabungan politik menjadi alternatif.Malangnya Pakatan Rakyat juga bermasalah sesama sendiri.Tiada lagi tempat harapan rakyat.

Dalam masa yang sama Johor mencuri perhatian.Asalnya sekadar komen tweeter TMJ terhadap PMNajib hingga cetuskan "perang" antara pembela PMNajib Nazri dengan TMJ.Akhirnya masuk adik TMJ untuk bersama abangnya.Tapi cara masuk adik TMJ agak "aneh dan pelik".Agak sensitif.

Diungkitnya kedaulatan Johor sebelum merdeka,isu Timbalan Setia yang telah "dihapuskan" Mahathir pada zaman datuknya "berperang" dengan Mahathir dan terbitnya satu istilah baru yang agak patriotik iaitu Bangsa Johor.

Apa ertinya semua? 

Menariknya,bukan isu politik sahaja Johor "kedepan" tetapi isu bolasepak juga mencetuskan polimek baru sejak kebangkitan Johor dalam mengorganisasikan dan menreformasikan persatuan bolasepak mereka.

TMJ dan adiknya orang muda.Berjiwa muda,idealis dan "darah panas". Adakah satu kebetulan apabila ianya melibatkan antara Johor dan Pahang?

Politiknya antara TMJ dengan PMNajib manakala bolanya pula TMJ dengan Tengku Mahkota Pahang.Keduanya bakal mewarisi kesultanan negeri.

Adakah Johor bakal menjadi seperti jirannya Singapura tahun 1969? Atau setakat Scotland sahaja?

Semuanya berlaku di zaman era PMNajib.Cukuplah kita kehilangan Pulau Batu Putih !



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...