ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Sunday, August 3, 2014
MB Selangor: Ada betul ada silapnya.
Memang PKR ada kuasa tentukan MB Selangor sepertimana DAP berkuasa tentukan Ketua Menteri di Pulau Pinang dan PAS berkuasa menentukan MB di Kelantan.
Persoalannya ialah cara dan calon MB.
Apabila DSAnwar Ibrahim mencalonkan Wan Azizah Ismail sebagai MB,rakyat jelata tidak melihat Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan ADUN Kajang tetapi melihat Wan Azizah sebagai isteri Anwar.
Secara tidak langsung sifat "kekronian" ada dalam diri Anwar.Adakah Anwar masih "membela dan mewarisinya " dari UMNO?
Inilah persoalannya. Mengapa tidak lantik Azmin Ali selaku Ketua PKR Selangor?Atau Exco kanan Selangor menjadi MB.
Lagipun suara dari PAS perlu didengari kerana mereka ada 15 ADUN mengatasi ADUN PKR.
Satu lagi,mengapa PKR mahu lantik wanita menjadi MB? PAS dari zaman dahulu kala lagi melalui ceramah dan kuliah tok-tok guru tidak setuju wanita dilantik sebagai ketua negara maupun negeri.
Fungsi dan tugas MB amat berbeza dengan Ahli Parlimen,Senator dan ADUN.
Barangkali inilah isu pokok mengapa TG Haji Hadi tidak setuju dengan penukaran MB Selangor.
Cumanya silapnya TG Haji Hadi kerana terlalu awal "memprotesnya" sebelum 10 Ogos.
Kepada DS Anwar,saudara jangan ingat pemikiran saudara sama seperti PAS.Ada "benda" PAS boleh bersetuju dan ada "benda" PAS tidak boleh berkompromi.
Kadangkala saudara ingat aksi saudara bersifat demokrasi tetapi rakyat melihat saudara seorang diktator dan masih menjiwai sifat mantan tok guru saudara Mahathir iaitu "menternak kroni".
Kepada TG Haji Hadi,jika kes calon "pil kuda dan komunis" kita boleh berterus terang,mengapa kes wanita menjadi MB kita memilih jalan "selekoh" dan berkias?
Tok Guru Nik Aziz pernah secara terus terang menolak Syed Husin ketika itu menjadi pimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM) menjadi calon Parlimen Kota Bahru dalam PRU 2004 kerana fahaman sosialisnya.
Apapun,politik adalah satu seni.Dan berseronoklah kita memakmurkannya bumi Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apa pun alasan yang dipancutkan dari mulut busuk dan lidah tidak bertulang puncanya hanya dari dua sumber satu dari hati batu Khalid sendiri dan keduanya dari presiden PAS sendiri, yang seorang konon nak jaga hati rakyat dan yang seorang sokong membabi buta kerana ada menantu dalam GLC Khalid, itulah saja puncanya ,yang Anuar pula memang rakyat Selangor dah nampak yang dia letak bini dia supaya dia senang mengawal segala gerak geri pemimpin PR yang lain di Negeri Selangor tu.Fikir dan fikir wahai PR yang beragan-angan nak tawan PUTRA**** tu baru jawatan MB satu negeri dah riuh satu negara yang UMNO/BN dok tunggu dan gela saja sampai masa PR akan lenyap dan harapan rakyat akan ikut terbenam dengan lumpur thunami PAS,PKR dan DAP............
PKR....klu x ikut kehendak dia....mulut celupar...abis semua balaci2 dipanggil guna utk mendiskreditkan PAS
Mudah2an PAS dan org Melayu insaf dgn kerenah PKR
Post a Comment