ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Tuesday, July 23, 2013
Terima kasih Wafa dan Sara kerana kejutkan Mufti yang sedang tidur!
Peranakan kacukan terutama Pan Asia memang cerdik tapi jahil!
Antara kejahilan mereka :
i) Mereka tahu ada peraturan melarang orang Islam masuk Pertandingan Ratu Cantik.
ii) Aurat bagi mereka hanyalah sekadar tutup tubuh badan sahaja tanpa tutup kepala.
iii) Mereka anggap fatwa mengenai haram masuk Ratu Cantik adalah lapuk zaman sekarang.
Bagaimanapun Sara dan Wafa juga cerdik. Mereka berdua persoal mengapa wanita Islam "dihalalkan" oleh sekalian mufti Malaysia(kerana tiada fatwa haram) untuk memasuki acara gimnastik dan renang.
Lihatlah nama-nama Islam seperti Hidayah Wahid dan Nurul Fatihah Hamid begitu "bebas dan riang" tanpa gangguan seluruh Mufti Malaysia untuk melakukan "aksi erotik" di atas gelangang dengan pakaian yang lebih seksi dari Ratu Cantik.
Mengapa berlaku "fatwa double standard" ? . Itulah maksud mereka berdua.
Sebenarnya hikmatnya isu ini di bulan Ramadhan memberi pencerahan tentang fungsi Fatwa dan fungsi Mufti.
Janganlah anggap apabila " dua budak mentah" yang jahil ini persoal tentang perkara ini, terus kita melenting dan tuding jari.
Bagi kita "budak mentah" ini tidak bersalah untuk persoalkan fatwa ini.Bukankah mereka berdua jahil?
Sekarang tugas Mufti Seluruh Malaysia untuk menjawab tentang "fatwa double standard" ini.
Jika kita anggap "budak mentah" ini kurang ajar kerana berani mengatakan fatwa ini lapuk, apakah Mufti juga boleh kita anggap sebagai "dayus" kerana tidak berani membuat fatwa tentang pembabitan anak gadis kita dalam acara sukan seperti gimnastik dan renang?
Sudah puluhan tahun acara ini berada di persada sukan samada MSSM,SUKMA dan Olimpik . Tiada fatwa diwartakan.
Antara dayus dan kurang ajar, dayus lebih teruk di sisi Allah Taala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bhai Tok Pepijat...
Gua stuju dengan saranan lu nih... at least dua orang "adik" kita nih berjaya membuat para Mufti terduduk untuk menjawab persoalan ini...
Kita mulaka di Selangor dan Kelantan negeri PR dia ada Mufti.Mengapa saya pilih Selangor dan Kelantan dua2 tu PAS perintah bersama pakatannya.Minta haramkan semua aktiviti tersebut di Selangor dan Kelantan di semua aktiviti sukan di sekolah2 dan hotel2 di bawah kerajaan tempatan kena tutup
Alhamdulillah..kerajaan tempatan di Kelantan telah melakukan apa yg terdaya sbagai kerajaan negeri. Yg brada diluar bidang kuasa (spt sekolah dan MSN) tentunya tanggungjawab kerajaan pusat.. Contoh usaha kerajaan tempatan di Kelantan yg tiada di negeri lain di Malaysia wlpn kerajaan pusat mengaku Malaysia adalah sebuah negara Islam... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150560215102592&set=a.362132992591.165321.358919387591&type=1&theater
ini membuktikan mufti / ahli agama sekarang memang byk yg tak blei pakai ..
brceramah bagai nak rak tapi atidu hampeh !!
siap guna duit zakat utk byr saman lagi ...
sapa tu ??
ketua agama islam negara bai !!
hahahaha ....
nak ikut sapa skrg ??
http://panjisemarang.blogspot.com
assalamualaikum......bila la imam mahadi nak muncul?
Post a Comment