Diambang pilihanraya 2004, sekonyong-konyong Rais Yatim yang ketika itu jadi Menteri Jaga Mahkamah mendakwa ada 18 orang berprofil tinggi untuk di dakwa atas kes rasuah.
Ketika anak Yatim menyatakan ada 18 "ikan jerung" akan didakwa, rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi bahawa Malaysia akan bersih dari "dosa rasuah". Mereka bayangkan ramai bekas Menteri bahkan Menteri akan diusung naik tangga masuk mahkamah termasuk Mahathir.
Rakyat Malaysia bayangkan berderet-deret pimpinan UMNO, MCA dan MIC "beratur" di tangga Mahkamah untuk didakwa. Mereka diketahui oleh "Master of Shark" Mahathir, Rafidah Aziz, Sammy Vellu, Nazri, IGP Musa, Khir Toyo hinggalah JKKK.
Malangnya selepas PRU 2004 dengan kemenangan besar BN, tiada yang "sangkut kes" kecuali Kasitah Gadam dan Eric Chia. Yang lain hanyalah dongeng semata-mata. Atas jasanya "menghiburkan" rakyat, Rais dipindahkan menjadi Menteri Jaga Mumia dan Hantu.
Nampaknya episod dan adengan ini berulang lagi. Kali ini tiba giliran Khir Toyo dengan sopan santun naik tangga mahkamah. Dulu Ahmd Lutfi Othman(kini Pengarang Harakah) pernah bawa "berlori-lori" fail rasuah Khir Toyo. Tetapi tiada kesudahannya. Ini gara-gara kekebalan Khir Toyo mengatasi imuniti Raja-Raja Melayu. Lagipun ketika itu Bapak Jerung jadi Perdana Menteri.
Hey Dr Gigi! Jangan risaulah. Mesti bebas punya. Ini Malaysialah bukan China atau Perancis. Lebih-lebih lagi lihatlah aksi "keras kepala" hakim yang enggan menarik diri dari mengendalikan kes Anwar. Itulah paras "ketelusan dan kehebatan" mahkamah kita.
Cuma umur orang yang didakwa atas kes rasuah biasanya tiadalah panjang sangat. Lihatlah umur Eric. Selepas bebas terus meninggal. Sama seperti kes mantan ADUN Pelabuhan Kelang.
Barangkali inilah yang merisaukan Dr Khir Toyo!
No comments:
Post a Comment