ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, December 28, 2010

Bahasa Isyarat digunakan dalam Mesyuarat Exco Selangor?


Bertuahnya Khusrin Munawi! Dalam kecoh dan kontroversi penangkapan kumpulan Syiah, Dr. Asri Zainal Abidin dan ADUN DAP masuk surau, tiba-tiba beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor(SUK).


Tentunya cara kenaikan pangkat beliau menjadi SUK sesuatu yang unik berbanding sejarah SUK di negeri yang diperintah pembangkang selepas Pilihanraya Umum. Misalnya Kerajaan Kelantan yang menghadapi SUK Wan Hashim di era 90an. Begitu juga Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999 yang menghadapi SUK Che Mat Jusoh.


Bezanya dengan kes Khusrin, Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu ketika itu baru memerintah dalam keadaan sudah ada SUK. Jadinya mereka menerima seadanya. Selepas itu barulah ditukar SUK yang serasi dengan inspirasi Kerajaan Negeri.


Pastinya berbeza dengan kes Khusrin. Telah diketahui rekod politiknya. Pernah bertugas di bawah Mat Taib semasa bekas menantu Sultan Selangor itu jadi MB. Selepas itu lebih terserlah keUMNOan selepas Selangor diperintah Pakatan Rakyat.


Bayangkan bagaimana keadaan mesyuarat Exco yang turut dihadiri Khusrin. Segala butiran mesyuarat yang tentunya rahsia bakal "dibawa mulut" oleh "barua UMNO" ini untuk ketuanya, Pengerusi UMNO Selangor PMNajib.


Walaupun barangkali telinga Khusrin bakal "merah" menahan serangan "Scud" Exco , tetapi yang penting dapat maklumat untuk PMNajib.


Barisan Exco pimpinan MB Selangor perlu membuat pelan B untuk hadapi kehadiran Khusrin. Seperti adakah dalam "bahasa isyarat" atau adakan mesyuarat lain selepas Mesyuarat Exco tanpa kehadiran Khusrin.


Atau gunakan kaedah lain untuk "membuli" Khusrin. Jika Kerajaan Pusat boleh membuli Kerajaan Selangor dalam isu perlantikan SUK, mengapa tidak untuk Kerajaan Selangor ?


Jadikan Khusrin seperti "peti sejuk" dalam pentadbiran Kerajaan Negeri !


Atau MB Tan Sri Khalid boleh "menadah kitab" pelajari pengalaman Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi bagaimana cara menghadapi SUK yang pro UMNO.


Peliknya bagaimana Sultan Selangor perkenan menerima Khusrin menjadi SUK Selangor dalam keadaan tanpa pengetahuan dan tidak mendapat nasihat MB seperti perlantikan SUK sebelum ini. Adakah baginda salah menerima nasihat daripada penasihat baginda sepertimana kes ADUN DAP masuk surau?


Apapun kita teringin juga melihat aksi Khusrin bakal "bergusti" dengan Exco Selangor!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...