Dakwaan Persatuan Sejarah cawangan Kedah tentang pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang mengundang persoalan. Barangkali ramai yang tidak mengetahuinya. Dalam buku teks sejarah Kementerian Pelajaranpun tiada disebut perkara ini.
Peliknya mengapa hari ini baru di"heboh dan disensasikan". Lebih-lebih lagi apabila Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat(DAP)? Mengapa semasa GERAKAN menguasainya selama hampir 50 tahun tiada kedengaran berita. Kalau adapun, ianya "dikambus" cepat-cepat.
Dalam keadaan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk pecahkan persahabatan PAS-DAP, inilah peluang terbaik buat mereka untuk hasilkan tindakan ini. Laga-lagakan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan dengan kerajaan pimpinan Lim Guang Eng. Yang untung adalah UMNO.
Lihatlah aksi Kerajaan Pusat. Mereka sekadar memerhati dari jauh.
Berbalik kepada isu pajakan Kedah terhadap Pulau Pinang, adakah sama seperti pajakan China terhadap Hong Kong dan Macau kepada British? Jika pajakan China mempunyai masa selama 99 tahun, adakah Pulau Pinang juga ada masa?
Bagaimana dengan pemilikan Johor terhadap Singapura? Atau pemilikan Brunei terhadap Sarawak? Itu belum lagi dengan Kesultanan Melaka dan Kesultanan Terengganu yang berubah tangan semasa penaklukkan Jepun?
Kita mesti memandang dan berjalan ke depan. Jadikan sejarah sebagai pengiktibaran agar tidak berulang lagi. Jangan ungkit sejarah yang lepas kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menambah masalah.
No comments:
Post a Comment