ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, December 8, 2010

Tazkirah buat Raja-Raja Melayu.



Melihat kepada titah ucapan Raja-Raja Melayu sempena Maal Hijrah semalam lebih menekan kepada perpaduan dan hak keistimewaan orang Melayu.


Tidak diketahui mengapa isu hak istimewa Orang Melayu turut termuat dalam titah Raja-Raja Melayu. Adakah kerana sempena isu yang dibangkitkan oleh Presiden dan Ketua Umum PKR baru-baru ini?


Adakah Raja-Raja Melayu juga turut rasa terpanggil untuk mengulasnya atau turut "terpengaruh" dengan propaganda jahat UMNO? Adakah Raja-Raja Melayu sudah membaca isi penuh ucapan Presiden PKR ? Atau membaca Utusan Malaysia?


Titah ucapan Sultan Perak juga menarik. Baginda bertitah bahawa amat malang jika sejarah negara mahu dipadam dan fakta diubah. Baginda juga menyatakan Raja-Raja Melayu hari ini adalah bukan sekadar mewarisi bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa.


Baginda turut bertitah orang Melayu yang pertikai hak status Islam dan hak keistimewaan orang Melayu adalah menghina dan derhaka kepada bangsa sendiri.


Ya, sejarah tidak boleh diubah dan dipinda. Sejarah adalah untuk diambil pengajaran untuk Generasi Mendatang.


Adakah Raja-Raja Melayu tahu bahawa sejarah melawan penjajah dahulu adalah didukung oleh rakyat bangsa Melayu? Dimana Raja-Raja Melayu ketika Tok Janggut dibunuh? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Mat Kilau diburu penjajah?


Dimana Raja-Raja Melayu ketika UMNO membunuh orang Melayu di Memali? Dimana Raja-Raja Melayu dikala UMNO menarik bantuan sekolah Agama Rakyat yang majoritinya orang Melayu jadi pelajar?


Dimana Raja-Raja Melayu dikala Bahasa Melayu dinyahkan dari subjek Sains dan Matematik? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Masjid Bujal dirobohkan? Dimana Raja-Raja Melayu di kala calon MIC masuk masjid di Hulu Selangor?


Rekod sejarah tiada menyatakan ada di kalangan Raja-Raja Melayu mengetuai Gerakan Rakyat menentang penjajah Inggeris. Mudahnya Inggeris menjajah Negeri-Negeri Melayu adalah melalui Istana. Ini adalah fakta.


Jangan kita asyik bertitah dengan Ketuanan dan Hak Istimewa orang Melayu tetapi dalam masa yang sama membiarkan UMNO menipu kita seperti mana Inggeris menipu Istana. UMNO terus menindas bangsa sendiri.


Peliknya kita tiada dalam titah Raja-Raja Melayu tentang kebimbangan mengenai projek Hub Hiburan UMNO yang bakal terlaksana tahun depan. Adakah Raja-Raja Melayu juga mahu "tumpang semangkuk" membolot projek itu? Barang dijauhkan Allah Taala.


Adakah Raja-Raja Melayu tidak melihat nasib yang bakal ditanggung oleh orang Melayu akibat projek ciptaan PMNajib untuk jadikan Malaysia Hub Hiburan Antarangbangsa tanpa menghiraukan halal haram?


Sepatutnya dalam titah Maal Hijrah inilah Raja-Raja Melayu bertitah meluahkan kebimbangan dengan projek Hub Hiburan yang bakal menjahanamkan bangsa Melayu dan dengan automatiknya hilang jati diri orang Melayu seterusnya mereka tiada maruah. Inikah yang dikehendaki oleh Raja-Raja Melayu?


Zaman Raja-Raja Melayu duduk enak dalam Istana sudah berakhir. Raja-Raja Melayu perlu turun padang melihat penderitaan orang Melayu. Bukan musim tengkujuh sahaja atau bila rakyat di timpa musibah.


Raja-Raja Melayu perlu ulangi teladan Khalifah Umar Al Khattab meninjau dan melihat kehidupan rakyat marhein yang menderita akibat kezaliman UMNO.


Janganlah takut kepada UMNO kerana zaman buang negeri Raja-Raja Melayu hanyalah terdapat pada zaman penjajah Inggeris.


Raja-Raja Melayu yang dikasihi dan disayangi rakyat adalah baginda yang menjadi payung kepada rakyat dan menjaga kesucian Islam. Menjaga kesucian Islam bermakna pastikan istana baginda suci dari arak, judi, zina, maksiat dan kaum kerabat mereka menutup aurat.

Daulat Tuanku! Allahu Akbar!

1 comment:

sheikh teluk intan said...

Salam,

Tahniah sebuah tazkirah yang berani dan berlandaskan fakta sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...