ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, September 21, 2010

Masjid WTC : Quba' atau Dhirar ?




Setelah berjaya melabelkan umat Islam sebagai pengganas menerusi Konspirasi 9/11, tiba-tiba White House memberi lampu hijau untuk pembinaan sebuah masjid berdekatan dengan tapak runtuhan WTC yang berjarak kira-kira 600 kaki.



Apakah motif sebenar White House?



Pelbagai andaian dibuat. Ada yang pro dan ada yang kontra.



Barangkali yang pro dengan pembinaan masjid itu berpandangan White House sudah berpandangan positif terhadap umat Islam sejak Obama jadi Presiden Amerika. Bahkan ada mengatakan ini adalah kemenangan moral umat Islam kerana berjaya membina masjid di lokasi berdekatan dengan WTC.



Atau White House ingin menebus "dosa"nya atas kejahatan mantan penghuninya Bush yang melakukan konspirasi terhadap umat Islam maka dibenarkan sebuah masjid dibina di situ?



Benarkah begitu?



Beberapa persoalan yang perlu kita kaji dan teliti mengapa begitu mudah White House membenarkan masjid dibina oleh Cordoba Initiative.



Kita juga perlu melihat dan menyiasat siapakah di belakang Cordoba Initiative dan Soho Properties, sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membina masjid tersebut.



Pembabitan CIA dan individu hartawan Zionis di dalam Cordoba Initiative dan Soho Properties amat meragukan kita.



Begitu juga bagaimana White House yang mana Ketua Stafnya adalah pendokong kuat Zionis senang hati meluluskan pembinaan masjid yang dikenali sebagai Ground Zero Mosque?



Kita lihat kesan daripada cadangan pembinaan masjid tersebut, timbul Hari Pembakaran Al Quran yang dianjurkan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat.



Juga tiada tindakan oleh kerajaan Amerika terhadap warganya yang membakar Al Quran di hadapan White House.
Begitu juga berlaku pembakaran gereja di Indonesia dan kematian beberapa umat Islam yang marah terhadap insiden pembakaran Al Quran di Kabul, Afghanistan dan Srinagar, India.



Semacam satu perangkap dan umpan yang dibuat oleh White House dan tuannya Zionis terhadap rentetan peristiwa yang telah berlaku.



Barangkali Zionis sengaja merancang pembinaan Masjid Ground Zero sebagai satu simbolik bahawa Islam sebagai pengganas. Apabila ianya dibina di berhampiran tapak runtuhan WTC, secara automatik seolah-olah Islam dan Pengganas tidak boleh dipisahkan!



Ini adalah permainan psikologi Zionis.



Membina masjid satu kerja mulia. Tetapi apabila mempunyai matlamat yang kabur dan samar ianya menyerupai pembinaan Masjid Dhirar oleh Abu Amir ArRahib(Al Fasiq) semasa zaman Rasulullah.



Bezanya, Masjid Quba' di bina atas dasar taqwa manakala Masjid Dhirar di bina atas dasar kemunafikan, permusuhan dan penuh muslihat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...