ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Tuesday, August 24, 2010
Sabarlah PAS......
Sirah Nabawiyyah banyak memperkatakan tentang bagaimana layanan Rasulullah terhadap 3 golongan iaitu Musyrikin Mekah, Yahudi dan Munafikin.
Terhadap Musyrikin Mekah, Rasulullah mengikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun mereka tinggal di Mekah tetapi dengan ikatan Perjanjian Hudaibiyyah, segala gerakan ketenteraan dapat dikekangi dengan isi perjanjian itu yang menyataan gencatan senjatan selama 10 tahun.
Ikatan itu terlerai dengan perkhianatan Musyrikin Mekah yang membawa kemenangan Islam dengan Fathul Mekah.
Manakala layanan Rasulullah terhadap Yahudi yang menjadi warga Madinah dengan Piagam Madinah yang menyatakan antaranya bersama mempertahankan Madinah dan bersama menjaga keselamatan Madinah.
Ikatan yang terkandung dalam Piagam Madinah itu terlerai dengan pengkhiantan Yahudi yang bermula percabulan terhadap muslimat oleh Yahudi Bani Qainuqa', percubaan membunuh Rasulullah oleh Yahudi Bani An Nadhir dan pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah dalam Peperangan Ahzab.
Bagaimana layanan Rasulullah terhadap Golongan Munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai?
Sirah banyak merekodkan bahawa Saidina Umar Al Khattab banyak kali ingin bertindak memenggal kepala golongan Munafikin atas kejahatan mereka mensabotaj perpaduan dan keselamatan umat Islam Madinah.
Tetapi setiap kali Umar ingin bertindak, Rasulullah menegahnya dengan kata sabda Baginda, "Orang ramai akan mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya sendiri".
Rasulullah mempunyai kebijaksanaan yang dipimpin oleh Allah Taala sendiri atas sebab mengapa baginda tidak memberi keizinan kepada Umar. Ada sebabya.
Akhirnya ancaman kejahatan golongan Munafikin pimpinan Abdullah bin Ubai semakin luntur dengan berakhirnya kisah Fitnah keatas Ummu Mukminin Aisyah selepas Ghazwah Bani Mustaliq dengan turunnya ayat Surah An Nur yang membersihkan Aisyah dari fitnah Golongan Munafikin.
Pengaruh dan imej Abdullah bin Ubai merundum dengan terserlah kemunafikannya yang dibongkarkan oleh Allah Taala.
Selepas itu, setiap kali isu dibawa oleh Abdullah bin Ubai ianya ditolak dan tidak dipercayai oleh warga Madinah. Bahkan ramai pengikutnya kembali ke pangkal jalan menyertai kaum Muslimin.
Berkat kesabaran Rasulullah melayani Golongan Munafikin menyebabkan terhakisnya pengaruh
golongan itu. Sedikit demi sedikit rahsia kejahatan terbongkar.
Yang pastinya, ketua mereka tidak dipercayai oleh pengikutnya(ramai berpaling tadah dan menyertai kaum Muslimin) dan masyarakat umum telah meletakkan dalam minda mereka segala berita dari Munafikin perlu ditapis dan dihalusi.
Melihat kepada layanan PAS terhadap UMNO, banyak juga menyamai apa yang dibuat oleh Rasulullah semasa melayani puak Abdullah bin Ubai.
PAS banyak bersabar melayani karenah UMNO. Kini hasil kesabaran ini, banyak kebenaran sudah diketahui oleh rakyat. Samada melalui media alternatif, pendedahan orang UMNO yang masuk PAS ataupun oleh faktor peristiwa.
Berkat kesabaran inilah, PAS semakin dipercayai, diyakini dan disayangi oleh rakyat sebagai Penyelamat dan Pelindung mereka.
Manakala segala isu perkauman dan ugama yang cuba ditiup oleh UMNO, tidak dilayani oleh rakyat Malaysia yang cerdik dan bijak.
Segala perkhabaran dari mulut pimpinan UMNO, RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan sewaktu dengannya ditapis selumat-lumatnya oleh rakyat hingga "meluat" rakyat mendengarnya.
Biarlah UMNO terjun dengan keris telanjangnya yang bakal membunuhnya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment