ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Tuesday, August 31, 2010
Alangkah comelnya jika Karpal juga berbuat demikian.
Selepas ADUN Bukit Lenjan Elizabert Wong mengunjungi Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini giliran MP Serdang Teo Nie Ching membuat demikian.
Keduanya adalah kaum Cina dan non Muslim. Tujuan kedua mengunjung Mursyidul Am PAS itu juga mempunyai tujuan yang sama. Bertanya hukum. Mereka berdua bertemu TG Nik Aziz untuk
minta pandangan Tok Guru setelah isu yang melanda mereka berdua.
Pandangan yang diminta adalah berdasarkan hukum Islam.
Apakah yang anda dapat belajar dari kedua peristiwa diatas?
Inilah gambaran masa depan politik Malaysia. Orang-orang muda non Muslim samada dari PKR dan DAP melihat TG Nik Aziz mempunyai karisma, kehebatan dan aura dan sebagai tempat rujukan berkaitan hukum Islam.
Satu pengiktirafan dan pengharapangolongan muda non Muslim terhadap TG Nik Aziz.
Alangkah comelnya jika Karpal Singh dan Chua Soi Lek juga mengikut jejak Elizabert dan Teo Nie Ching.
Karpal, luangkan masa anda untuk bertanya tentang hukum Hudud dari Tok Guru.
Soi Lek, luangkan masa anda untuk bertanya hukum tentang video yang dirakam oleh musuh politik anda dari Tok Guru.
Sudah pasti jawapan dari Tok Guru bakal memuaskan hati anda.
ZAM, dah baiki Bahasa Inggeris anda?
Setelah menyepi begitu lama akibat kecundang dalam PRU 12, sekonyong-konyong pemuja tegar Mahathir, Zainuddin Maidin(ZAM) muncul dengan kenyataan jahatnya mengutuk dan mengfitnah PAS.
Rekod ZAM sebelum ini sememangnya anti PAS. Tidak pernah beliau memuji PAS. Sepanjang kariernya sebagai wartawan puluhan tahun, beliau tidak pernah simpati terhadap Gerakan Islam.
Utusan Malaysia adalah tempat beliau meluahkan perasaan bencinya kepada Gerakan Islam.
Kini beliau kembali lagi setelah menyepi sekian lama. Seperti perangai sifunya Mahathir, bencinya kepada PAS dulu, kini dan selamanya.
Tiada diketahui adakah kemunculannya dengan mengfitnah PAS sebagai isyarat kepada PMNajib bahawa beliau masih lagi "bernyawa dan bernafsu" untuk dipilih sebagai calon UMNO dalam PRU akan datang. Atau sekadar "lepas gian" untuk mengutuk PAS?
Kenyataan terbarunya berkaitan dengan keadaan semasa iaitu peristiwa anti Malaysia di Indonesia dan sokongan kaum Cina terhadap PAS terutama dengan isu doa dan kunjungan ke surau bulan Ramadhan.
ZAM mengungkit peristiwa 13 Mei zaman Tunku Abdul Rahman kononnya PAS meminta Tunku agar merampas harta kaum Cina dan menuduh PAS sokong Indonesia dalam Konfrantasi 1969.
Mengapa ZAM menyebut perkara tersebut?
Pertamanya agar kaum Cina menjauhi PAS kerana PAS "parti pelampau agama". PAS akan dianggap kaum Cina sebagai zalim dan ekstrim.
Kedua, ZAM juga mengungkit kisah kononnya PAS sokong Indonesia, supaya kaum Melayu anggap PAS tidak ada perasaan patriotik terhadap negara sendiri. Lebih-lebih lagi dengan peristiwa pijak, ludah dan bakar bendera Jalur Gemilang oleh segelintir rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Malang bagi ZAM. Barangkali jika zaman 80an atau 90an , kenyataan ZAM ini boleh mempengaruhi rakyat. ZAM masih berkhayal dengan era itu.
Hoi ZAM! Sekarang adalah zaman teknologi maklumat. Rakyat sudah cerdik dan celik teknologi. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi.
Jika dulu, rakyat tiada pilihan untuk baca akhbar selain Utusan Melayu dan Utusan Malaysia. Kini segalanya berubah. Maklumat alternatif begitu menggila di internet dan akhbar alternatif.
Cara berfikir ZAM melayakkan dirinya untuk bersama dengan Mantan Naib Canselor UiTM dan Nordin Kardi dalam "Kelab Cerdikiawan Kangkung".
ZAM, dah baiki Bahasa Inggeris anda, nanti Al Jazeera datang lagi untuk wawancara anda!
Monday, August 30, 2010
MERDEKA dengan acuan ISLAM.
Menjelang detik jam 12 malam ini, marilah kita umat Islam bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan ialah kita dapat membebaskan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah Taala semata-mata.
Dalam kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan ini, kita boleh melihat di paras atau level mana kita berada sekarang. Kita perlu ingat, menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah, bangunan maupun kedai. Itu sekadar simbolik sahaja.
Kita sebagai umat Islam yang mempunyai kesempurnaan akidah mestilah meluaskan skop permandangan dan pemikiran kita. Lihat diri kita sendiri. Lihat disekeliling kita. Perjajah terbahagi kepada dua iaitu penjajahan secara fizikal dan penjajahan secara pemikiran. Alhamdulillah negara kita dapat memerintah sendiri oleh anak watan. British telah lama meninggalkan tanahair kita. Tetapi adakah diri kita dan masyarakat kita telah merdeka dan bebas dari pemikiran penjajah/kuffar?
Lihat dalam rumah kita. Adakah masih ada unsur penjajahan pemikiran seperti TV, radio maupun media cetak? Adakah filem Bollywood masih bersarang dan menjajah minda kita dan keluarga kita? Adakah akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, URTV, Mangga masih menjadi koran kita ?
Masihkah Malboro, Dunhill menjadi wirid kita ? Menjelang detik 12 malam, kita perlu bermuhasabah diri kita. Bumi bertuah ini juga perlu dimuhasabah. Bumi yang pernah dijajah selama 450 tahun oleh pelbagai bangsa dan negara.
Bumi bertuah yang pernah menyaksikan keberanian pejuang kemerdekaan seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela, Ustaz Abu Bakar Baqir, Pak Sako, Dr. Burhanuddin Al Helmi berjuang demi membebaskan bumi bertuah ini dari penjajahan kuffar. Mereka berjuang agar Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan kuasa asing.
Dalam kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan ini, kita boleh melihat di paras atau level mana kita berada sekarang. Kita perlu ingat, menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah, bangunan maupun kedai. Itu sekadar simbolik sahaja.
Kita sebagai umat Islam yang mempunyai kesempurnaan akidah mestilah meluaskan skop permandangan dan pemikiran kita. Lihat diri kita sendiri. Lihat disekeliling kita. Perjajah terbahagi kepada dua iaitu penjajahan secara fizikal dan penjajahan secara pemikiran. Alhamdulillah negara kita dapat memerintah sendiri oleh anak watan. British telah lama meninggalkan tanahair kita. Tetapi adakah diri kita dan masyarakat kita telah merdeka dan bebas dari pemikiran penjajah/kuffar?
Lihat dalam rumah kita. Adakah masih ada unsur penjajahan pemikiran seperti TV, radio maupun media cetak? Adakah filem Bollywood masih bersarang dan menjajah minda kita dan keluarga kita? Adakah akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, URTV, Mangga masih menjadi koran kita ?
Masihkah Malboro, Dunhill menjadi wirid kita ? Menjelang detik 12 malam, kita perlu bermuhasabah diri kita. Bumi bertuah ini juga perlu dimuhasabah. Bumi yang pernah dijajah selama 450 tahun oleh pelbagai bangsa dan negara.
Bumi bertuah yang pernah menyaksikan keberanian pejuang kemerdekaan seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela, Ustaz Abu Bakar Baqir, Pak Sako, Dr. Burhanuddin Al Helmi berjuang demi membebaskan bumi bertuah ini dari penjajahan kuffar. Mereka berjuang agar Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan kuasa asing.
Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar merdeka? Merdekakah kita kalau Perlembagaan yang berrohkan Lord Reid masih digunapakai? Merdekakah kita jika kalau 90% anak Melayu menjadi siswa di Pusat Serenti? Merdekakah kita jika anak-anak Melayu menjadi juara dalam serba serbi perkara kemungkaran dan jenayah? Dan merdekakah kita jika kita masih percaya dengan mitos " Tanpa UMNO Negara akan huru hara "?
Ingatlah tanpa Islam, umat Melayu akan pupus sepertimana pupusnya dinosaur!
Diatas runtuhan sistem Jahiliyyah, kita bina Malaysia dengan acuan Islam.
Allahuakbar. Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Diatas runtuhan sistem Jahiliyyah, kita bina Malaysia dengan acuan Islam.
Allahuakbar. Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Siapa boleh jawab soalan ini? Dia memang hebat!
Akibat "kemurkaan " PMNajib menerima laporan rasuah oleh staf Imigresen di Pulau Ketam dan mengarahkan SPRM dan Imigresen menyiasat kes di Jeti Pulau Ketam, serta merta Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Osman memberi jaminan untuk bertindak drastik bagi menyucikan imej Imigresen.
Dilaporkan staf Imigresen menerima RM60,000 sebulan dengan purata RM2,000 sehari bagi setiap seorang staf menurut laporan Berita Harian.
Tahniah PMNajib atas tindakan segera.
Rakyat juga minta PMNajib menyiasat kes kehilangan rekod kemasukan Altahtunya yang mesti dipertanggungjawabkan keatas Jabatan Imigresen di KLIA.
Elok juga staf di Jeti Pulau Ketam ditukar ke KLIA manakala staf KLIA ditukar ke Jeti Pulau Ketam. Barangkali kes rasuah dapat dihapuskan ke "paras sifar"!
Jika staf di Jeti Pulau Ketam menerima RM60,000 sebulan, agaknya berapa RM yang diterima oleh staf Imigresen yang memadamkan rekod kemasukan Altahtunya ke Malaysia?
Siapa boleh jawab soalan ini?
Saturday, August 28, 2010
Adakah TUHAN ada dalam surau dan masjid sahaja?
Mengenang kepada arahan PMNajib agar pihak berkuasa agama dan polis di Pulau Pinang dan Selangor bertindak atas isu doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kehadiran MP Serdang di Surau Al Huda Kajang, membuatkan kita berfikir sejenak.
PMNajib minta pihak berkenaan menyiasat kerana ianya mencemarkan agama. PERKASA dan NGO pro-UMNO senada mengutuk perbuatan itu dengan beralasan mencemarkan ugama dan menghina Islam.
Persoalannya jika MP Serdang bukan Islam itu masuk surau tanpa tudung dianggap menghina dan mencemarkan agama, bagaimana dengan golongan isteri-isteri PM, Menteri serta golongan istana yang tidak memakai tudung sedangkan mereka orang Islam.
Bahkan adakah perbuatan Rosmah mencium pipi artis Bollywood dan memeluk pemain badminton tidak dianggap menghina, mencemar kesucian Islam itu sendiri? Adakah kerana beliau isteri PM terkecuali dari hukum Allah?
Golongan ini juga pandai beraksi dan berlakon memakai tudung (selendang nampak rambut) jika masuk masjid, hadiri majlis ugama, musabaqah tetapi bila keluar sahaja dari ruang tersebut, berterbanganlah rambut-rambut mereka.
Kita juga pelik dengan Mufti Harussani, perkara yang membabitkan orang Cina dan DAP sepantas kilat membuat ulasan dan memberi "fatwa" tetapi menikus jika membabitkan pihak istana dan pimpinan UMNO.
Jka MP Serdang beliau sekadar tidak "layak" masuk surau kerana semata-mata non muslim, tidak memakai tudung juga mungkin kerana DAP, bagaimana pula golongan yang tidak menutup aurat ? Tentunya mereka tidak layak duduk di bumi Allah ini.
Carilah bumi yang tidak dicipta Allah untuk kalian tinggal jika engkar mentaati perintah Allah Taala.
Sempena Ramadhan,pakat doa "hidayah" buat pimpinan DAP
Isu MP Serdang masuk surau kini mengambil alih isu "doa hidayah" buat KM Lim Guan Eng. Jika isu di Pulang Pinang dicipta UMNO untuk lagakan Yang Dipertuan Agong dengan DAP, kini isi MP Serdang pula dicipta UMNO untuk lagakan DAP dengan Sultan Selangor.
Menariknya, kedua isu ini juga membabitkan PAS. Individu yang baca khutbah dan Surau yang jemput MP Serdang adalah penyokong PAS.
Barangkali UMNO berfikir mereka ciptaita kedua isu ini semacam menembak satu peluru kena 2 mangsa. Iaitu orang Melayu benci kepada PAS dan DAP
Sebenarnya mereka silap. Hasil yang sebenar ialah hubungan PAS dan DAP semakin akrab.
Mengapa? Barangkali Lim Guan Eng terharu dengan adanya individu Muslim berdoa untuknya masuk Islam.
Kalaulah Rasulullah berdoa antara 2 Umar iaitu Umar Al Khattab atau Abu Jahal moga masuk Islam salah seorang daripadanya dalam keadaan keduanya terkenal kejahatannnya terhadap Islam, apa yang pelik doa hidayah buat LGE yang bercita-cita ikut Umar Abdul Aziz.
MP Serdang juga barangkali terharu dengan sikap terbuka ahli PAS menjemput untuk berbuka puasa walaupun dirinya tidak berpuasa dan non Muslim. Mungkin agak janggal MP Serdang berdiri tempat imam. Itu sekadar teknikal tetapi tidak haram. Sekadar menyalahi adat masyarakat sepertimana janggalnya orang lelaki memakai kain batik selain Kelantan dan Terengganu.
Moga Ramadhan merapatkan lagi ikatan PAS-DAP dalam keadaan UMNO amat dengki dan benci DAP memahami Islam sebenar melalui PAS.
Sakit hati UMNO bertambah lagi dengan kegagalan mereka dengan isu doa hidayah LGE, hudud dan MP Serdang.
Kepada UMNO, anda jangan berputus asa. Perbanyakkan fitnah dan mencipta fitnah di bulan yang mulia ini! Bukankah ianya amalan anda dulu, kini dan selamanya?
Thursday, August 26, 2010
Mungkinkah Konfrantasi kali kedua?
Mungkinkah berlaku konfrontasi kali kedua antara Malaysia-Indonesia? Dulu Adam Malek dan Tun Razak masih hidup. Bolehlah mereka berdua damaikan negara serumpun ini. Kini mereka berdua telah bergelar arwah.
Barangkali Mufti Harussani boleh jadi pendamai antara dua negara ini. Beliau ada ilmu damai sehingga "peperangan besar " dapat dielakkan akibat "perlembagaan baru". Itulah jasa Harussani yang mesti dikenang sampai bila-bila.
Bendera Jalur Gemilang dipijak, dibakar, Kedutaan kita dibaling najis, dikepung, rakyat kita diancam untuk dihalau dan Duta kita diberi tempoh 3 hari untuk meninggalkan bumi Indonesia.
Apa makna ini semua?
Puncanya 7 rakyat kita ditahan oleh penguatkuasa Indonesia manakala 3 penguatkuasa Indonesia ditahan dengan bergari oleh pihak Berkuasa ita.
Melihat kepada puncanya, ianya mampu diselesaikan secara diplomasi mesra penuh kesantunan antara Malaysia dan Indonesia.
Malangnya aksi segelintir rakyat Indonesia seolah ada agenda tertentu yang dirangka oleh pihak luar.
Tentunya pihak luar itu samada Amerika, Australia maupun Singapura.
Amerika mempunyai rekod dalam hal campurtangan luar. Mereka telah lakukan keatas Iraq, Afghanistan, Kuwait dan Saudi. Kesemuanya adalah negara Umat Islam.
Antara taktik yang digunakan oleh penjajah dulu dan kini adalah melagakan sesama bangsa, rumpun dan mewujudkan suasana kacau bilau, huru hara dan peperangan di negara yang ingin dijajah.
Indonesia dan Malaysia amat penting kepada Amerika. Ianya kerana mempunyai pengaruh keatas ASEAN dan Negara OIC dari segi populasi dan geografi.
Indonesia dan Malaysia juga subur dengan gerakan dakwah dan politik Islam. Pengaruh PKS dan PAS senantiasa dipantau oleh Amerika.
Amerika juga bimbang dengan perkembangan gerakan Jihad yang diketuai oleh Syeikh Abu Bakar Basyir.
Melihat kepada aksi demostrasi oleh rakyat Indonesia di hadapan Kedubes Malaysia, tiada langsung disertai oleh Gerakan Islam seperti PKS, PPP, Muhamadiyyah, NU dan Front Pembela Islam (FPI).
Demo itu hanya disertai BENDERA yang disokong oleh Forum Kebangsaan Indonesia dan Gerakan Pemuda Forum Betawi Rempug.Tiga persatuan mahasiswa - Perhimpunan Mahasiswa Katolik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia, dan Liga Mahasiswa Nasional turut menyertai demo tersebut.
Cuba kaji siapakah di belakang gerakan tersebut ?
Mana nilai tasawuf anda wahai Yusof Nor?
Melihat kepada kenyataan Pengerusi FELDA yang berkelulusan Tasawuf Dr Yusof Nor yang "masih tidak mengaku" penipuan FELDA terhadap peneroka FELDA Kemahang 3 menampakkan jelas kepada kita wajah sebenar perangai buruk kepimpinan UMNO iaitu tidak mengaku "jahat" walaupun sebenarnya memang jelas kejahatannya terhadap bangsa sendiri.
Kali ini menuding pula kepada firma guaman yang mewakili FELDA atas kekalahan mereka melawan saman Kaum Tani FELDA Kemahang 3.
Tiada langsung ucapan maaf atas penipuan dan kezaliman selama belasan tahun menipu peneroka.
Mungkin Yusof Nor boleh juga mengungkap kalimat pelepas diri yang menjadi "kenyataan rasmi" pemimpin UMNO jika tersepit iaitu, "Ketika itu saya belum lagi jadi Pengerusi FELDA, tanyalah pengerusi sebelum saya".
Adakah dalam diri Yusof Nor sudah tiada lagi nilai-nilai"tasawuf" yang pernah melayakkan dirinya dapat Phd ? Atau beliau masih berbangga dengan pendapatan hampir RM2juta setahun hasil keringat peluh peneroka yang tentu tidak sama nilai harga peneroka yang dinilaikan oleh PMNajib sekitar RM350 setahun?
Wednesday, August 25, 2010
PMNajib tetap enggan mengalah.....
PM Najib sering bertindak pantas dan tidak mahu mengalah. Dalam peristiwa kebakaran Maahad Tahfiz di Selangor bulan lalu, sumbangan pertamanya sekitar RM30,000.
Selang dua tiga hari, Kerajaan Selangor bagi derma RM100,000. Kembali dari bercuti PMNajib sekonyong-konyong bagi RM200,000.
Beberapa hari lalu, Kerajaan Pulau Pinang bagi bonus raya RM400 kepada stafnya. Ramai kakitangan Kerajaan Pusat berputus asa kerana tiada bonus raya.
Tiba-tiba bonus raya dari Kerajaan Pusat RM500. Lebih RM100 dari bonus Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng. PMNajib tetap tidak mahu mengalah.
Barangkali jika Kerajaan Kelantan umum bonus raya RM800, PMNajib akan naikkan semula menjadi RM1,000.
Kita menunggu reaksi Kerajaan Kelantan pula.
Tuesday, August 24, 2010
Sabarlah PAS......
Sirah Nabawiyyah banyak memperkatakan tentang bagaimana layanan Rasulullah terhadap 3 golongan iaitu Musyrikin Mekah, Yahudi dan Munafikin.
Terhadap Musyrikin Mekah, Rasulullah mengikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun mereka tinggal di Mekah tetapi dengan ikatan Perjanjian Hudaibiyyah, segala gerakan ketenteraan dapat dikekangi dengan isi perjanjian itu yang menyataan gencatan senjatan selama 10 tahun.
Ikatan itu terlerai dengan perkhianatan Musyrikin Mekah yang membawa kemenangan Islam dengan Fathul Mekah.
Manakala layanan Rasulullah terhadap Yahudi yang menjadi warga Madinah dengan Piagam Madinah yang menyatakan antaranya bersama mempertahankan Madinah dan bersama menjaga keselamatan Madinah.
Ikatan yang terkandung dalam Piagam Madinah itu terlerai dengan pengkhiantan Yahudi yang bermula percabulan terhadap muslimat oleh Yahudi Bani Qainuqa', percubaan membunuh Rasulullah oleh Yahudi Bani An Nadhir dan pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah dalam Peperangan Ahzab.
Bagaimana layanan Rasulullah terhadap Golongan Munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai?
Sirah banyak merekodkan bahawa Saidina Umar Al Khattab banyak kali ingin bertindak memenggal kepala golongan Munafikin atas kejahatan mereka mensabotaj perpaduan dan keselamatan umat Islam Madinah.
Tetapi setiap kali Umar ingin bertindak, Rasulullah menegahnya dengan kata sabda Baginda, "Orang ramai akan mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya sendiri".
Rasulullah mempunyai kebijaksanaan yang dipimpin oleh Allah Taala sendiri atas sebab mengapa baginda tidak memberi keizinan kepada Umar. Ada sebabya.
Akhirnya ancaman kejahatan golongan Munafikin pimpinan Abdullah bin Ubai semakin luntur dengan berakhirnya kisah Fitnah keatas Ummu Mukminin Aisyah selepas Ghazwah Bani Mustaliq dengan turunnya ayat Surah An Nur yang membersihkan Aisyah dari fitnah Golongan Munafikin.
Pengaruh dan imej Abdullah bin Ubai merundum dengan terserlah kemunafikannya yang dibongkarkan oleh Allah Taala.
Selepas itu, setiap kali isu dibawa oleh Abdullah bin Ubai ianya ditolak dan tidak dipercayai oleh warga Madinah. Bahkan ramai pengikutnya kembali ke pangkal jalan menyertai kaum Muslimin.
Berkat kesabaran Rasulullah melayani Golongan Munafikin menyebabkan terhakisnya pengaruh
golongan itu. Sedikit demi sedikit rahsia kejahatan terbongkar.
Yang pastinya, ketua mereka tidak dipercayai oleh pengikutnya(ramai berpaling tadah dan menyertai kaum Muslimin) dan masyarakat umum telah meletakkan dalam minda mereka segala berita dari Munafikin perlu ditapis dan dihalusi.
Melihat kepada layanan PAS terhadap UMNO, banyak juga menyamai apa yang dibuat oleh Rasulullah semasa melayani puak Abdullah bin Ubai.
PAS banyak bersabar melayani karenah UMNO. Kini hasil kesabaran ini, banyak kebenaran sudah diketahui oleh rakyat. Samada melalui media alternatif, pendedahan orang UMNO yang masuk PAS ataupun oleh faktor peristiwa.
Berkat kesabaran inilah, PAS semakin dipercayai, diyakini dan disayangi oleh rakyat sebagai Penyelamat dan Pelindung mereka.
Manakala segala isu perkauman dan ugama yang cuba ditiup oleh UMNO, tidak dilayani oleh rakyat Malaysia yang cerdik dan bijak.
Segala perkhabaran dari mulut pimpinan UMNO, RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan sewaktu dengannya ditapis selumat-lumatnya oleh rakyat hingga "meluat" rakyat mendengarnya.
Biarlah UMNO terjun dengan keris telanjangnya yang bakal membunuhnya sendiri.
Saturday, August 21, 2010
Holocaust dan 13 Mei
Holocaust adalah hikayat "dongeng" Zionis untuk menagih simpati dunia dan juga "lesen" untuk melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.
Jentera propaganda Zionis sering memainkan isu pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi sehingga menjadi semacam "ajaran" yang wajib dihafal,diingati dan dihayati rakyat Israel.
Propaganda Holocaust juga digunakan terhadap rakyat Israel bagi menakutkan mereka terhadap tragedi itu bakal berulang jika mereka tidak bersatu padu.
Hasilnya Amerika, Britain dan negara Eropah merasakan mereka bertanggungjawab terhadap holocaust yang menimpa Yahudi hinggakan mereka mencari tanah buat Yahudi untuk dirikan Negara Israel. Rakyat Palestin menjadi mangsa.
Amerika dan sekutunya juga sampai kini menyokong dan menjaga kebajikan Israel bagai menatang minyak lebih dari warganya sendiri.
Hebatnya jentera propaganda Zionis dapat menundukkan dan menguasai minda pimpinan Amerika dan sekutunya.
Dulu kita menerima kisah Holocaust dari kacamata Amerika dan Britain yang menyokong Zionis. Namun kita sudah ada orang mempertikaian samada benar atau tidak Holocaust itu terjadi? Atau benarkah 6 juta Yahudi dibunuh oleh Nazi?
Bagaimana kisah holocaust dari kacamata Nazi dan Aldolf Hitler? Bagaimana holocaust dari kacamata Syeikh Mufti Palestin Mohammad Amin Al Husaini? Tentunya 360 darjah berlawanan.
Dinegara kita satu lagi propaganda yang sering menjadi "wirid" wajib UMNO iaitu Peristiwa 13 Mei.
Jika Zionis menjaja Holocaut untuk menagih simpati dunia dan rakyatnya, UMNO juga gunakan 13 Mei sebagai senjata dan mesin propaganda untuk menagih simpati orang Melayu serta satu peringatan untuk kaum Cina.
UMNO gunakan 13 Mei kepada orang Melayu agar terus menyokong UMNO sebagai "pelindung" orang Melayu. Dalam kursus BTN misalnya, 13 Mei dipropagandakan sebegitu rupa sebagai satu ancaman malapetaka kepada orang Melayu jika tidak sokong UMNO.
Digambarkan seolah UMNOlah satu-satunya "penyelamat" umat Melayu.
Dipihak kaum Cina, 13 Mei sebagai ancaman dan amaran. Jka pimpinan Cina(biasanya MCA,GERAKAN dan DAP) cuba mengungkit isu hak orang Melayu, sepantas kilat mesin propaganda menyanyikan lagu "13 Mei" buat gertakkan kepada kaum Cina.
Seperti juga Holocaust yang mempunyai pandangan sisi, 13 Mei juga berbeza dari kacamata selain UMNO. Ada mengatakan ini adalah permainan dan startegi politik UMNO.
UMNO terdesak akibat kehilangan banyak kerusi dalam PRU 1969. Juga kehilangan negeri seperti Pulau Pinang. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan UMNO. Antaranya "tercipta"nya 13 Mei.
Adakah Holocaust Zionis sama dengan 13 Mei UMNO sepertimana 1Malaysia dengan One Israel ?
Friday, August 20, 2010
Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan?
Datuk Ramli Yusof kini bebas dari 3 tuduhan rasuah dan penyalahan gunakuasa. Bermula dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kota Kinablu Julai tahun lepas, kemudian oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Mac lalu dan sempena keberkatan Ramadhan nama beliau dipulih dan dibersihkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam dari tuduhan melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bertepatan pula jawatan IGPMusa diambang sore untuk bersara. Tidak diketahui mengapa KDN begitu "liat" untuk mempersarakan IGPMusa yng sepatutnya bersara pada 2006.
JIka Datuk Ramli tidak didakwa atas tuduhan rasuah, beliau berkemungkinan berjawatan IGP. Ramai beranggapan tuduhan keatas beliau lebih kepada "peteh keting" permainan politik pegawai atasan PDRM.
Ramli berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005.
Ramli Yusuff pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang Islam.
Beliau adalah pegawai ketiga tertinggi di PDRM, sebelum digantung tugas dan ditahan kerja sehingga mahkamah memutuskan kes rasuah yang dihadapinya.
Rekod IGP MUsa tidak begitu memberangsangkan. IGP Musa terbabit dengan perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1999.Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.
Antara cara pihak KDN memulihkan imej PDRM adalah menukar IGP. Elok benar diangkat Datuk Ramli Yusof menjadi IGP baru September ini.
Adakah KDN ketandusan individu untuk pilih IGP baru? Daripada 100,000 anggota dan 2,000 orang pegawai yang dimiliki PDRM tiada seorang pun yang layak ganti Musa?
Barangkali terlantiknya Ramli bakal memberi anjakan paradigma kepada imej PDRM dan membawa sinar "kemerdekaan" kepada PDRM.
Thursday, August 19, 2010
Masjid di Penang doa untuk PM Israel.....?
Selepas Mufti Harussani buat lawak, kini tiba giliran Menteri jaga "kapal selam yang tidak boleh menyelam" Zahid Hamidi mengambil tugas lawak bodoh.
Kali ini dakwa Zahid terdapat masjid di Tasek Gelugor dan Kepala Batas(kubu kuat UMNO) baca doa untuk KM Lim Guang Eng ganti nama YDP Agong dalam khutbah Jumaat.
Kita lihat kenyataan Menteri UMNO , MCA dan BN semakin lama semakin menampakkan kebodohan yang nyata, merapu, lawak bodoh, ayam gila mengeram dan seolah-olah mereka mengalami satu penyakit jiwa yang amat dahsyat. Semuanya akibat terlalu fikirkan kekalahan yang bakal menimpa mereka dalam PRU 13.
Selepas ini, barangkali kita di "gilakan" pula oleh kenyataan Menteri UMNO tentang ada imam di Pulau Pinang kawsan Tasek Gelugor atau Kepala Batas doakan PM Israel Natanyahu dalam khutbah raya nanti! Sama-sama kita nantikan.
Apa nak pelik? Bukankah penasihat UMNO adalah APCO dan APCO itu berketuakan Benjamin Natanyahu?
Tuesday, August 17, 2010
Adakah mereka sejoli?
Hebat politik Mufti Perak dan Presiden MCA. Mereka berdua saling "bertukar baton" demi menghidupkan api perkauman rasis.
Selepas Chua Soi Lek membawa 13 resolusi MCA, Harussani pula membawa perkhabaran tentang "perlembagaan baru". Semacam ada "pakatan psikologi" mereka berdua walaupun saling bertentangan agenda.
Sebelum ini Soi Lek mengancam orang Cina tentang PM daripada PAS,manakala Harussani dengan "perpaduan UMNO-PAS".
Selepas umpanan Soi Lek tidak menjadi untuk menarik perhatian kaum Cina agar menjauhi PAS, beliau cuba pula "bergaduh" dengan TPM Muhyiddin dan Menteri KDN Hishamuddin berkaitan 13 resolusi MCA. Lagak Chua Soi Lek adalah bayangan Lee Kim Sai dahulu.
Soi Lek begitu licik berpolitik. Beliau punya banyak umpan. Sekurang-kurangnya jika tidak semua termakan umpanannya,biarlah satu akan mengena. Beliau perbanyakkan umpan agar rakyat melupakan kisah pornonya dahulu.
Manakala Harussani semakin galak berpolitik dan hampir bakal bergelar "pengembala kambing". Sudah dua kali beliau memperolokkan fikiran rakyat Malaysia. Pertamanya, tentang perjumpaan dengan PJ PAS Dato' Hasan Ali.Beliau menghebohkan seolah-olah pimpinan PAS begitu teruja dengan beliau agar menjadi orang tengah.
Terkini, sekal lagi Harussani memperbodohkan minda rakyat Malaysia dengan isu perlembagaan baru. Hebatnya Hrussani jika dulu beliau "perasan" sebagai orng tengah pendamaian UMNO-PAS kini beliau sebagai "penyelamat" Malaysia agar tidak berlaku perang besar dengan merahsiakan "parti tertentu" yang membuatnya.
Pepatah ada mengata, "anda boleh tipu orang dalam satu masa, tetapi anda tidak boleh tipu orang dalam semua masa".
Lagak dan aksi Harussani memalukan dan menjatuhkan Institusi Mufti seluruh Malaysia.Tanggalkan jubah anda dan masuk UMNO.
Sunday, August 15, 2010
Kaum Tani dan FELDA
Perjuangan Kaum Tani dan Penjajah berulang kembali. Cumanya kini dalam versi moden. Melihat kepada sejarah hubungan tanah,tuan punya tanah tiada berpisah. Kerananya bermula kemelut dan konflik.
Perjuangan Red Indian melawan pendatang kulit putih, pendatang Yahudi dengan Arab Palestin dan penjenayah kulit putih dengan pribumi Australia. Semuanya tentang bab tanah. Penindas dan yang kena tindas.
Bumi kita juga tidak terkecuali. Perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Rosli Dhobie, Rentap, Mat Kilau dan Dato Maharaja Lela semuanya tentang tanah, cukai tanah, tanah pusaka.
Tok Janggut kena gantung dan diarak keliling Kota Baru oleh penjajah Inggeris kerana tanah. Begitu juga Haji Abdul Rahman Limbong kena buang negeri hingga matipun kerana tanah. Sama juga nasib pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Selain faktor ugama penentangan mereka terhadap penjajah, isu tanah juga adalah antara faktor utamanya.
Cumanya pemimpin UMNO sahaja yang dikurniakan tanah kerana jadi barua penjajah Inggeris.
Kita melihat perjuangan anak-anak peneroka serta ibubapa mereka selaku peneroka mempunyai persamaan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan lainnya dari segi penuntutan hak hasil tanah mereka.
Jika dahulu,penjajah Inggeris menggunakan istana untuk melabelkan pejuang sebagai penderhaka dan pengkhianat, kini UMNO dan FELDA(tentunya UMNO menerajuinya)menggunakan wirid yang sama untuk melabel anak-anak Generasi Kedua sebagai,"kacang lupakan kulit"," tidak tahu berterima kasih" dan "pengacau dan penghasut".
Kini, Mazlan Aliman dan anak buahnya umpama Tok Janggut dan barisan pejuang keadilan dan kemerdekaan manakala UMNO meliputi Najib,Maslan, Yusof Nor umpama penjajah Inggeris yang selamanya "menjajah pemikiran" peneroka FELDA.
Kini gelombang kebangkitan Generasi Kedua FELDA yang terdiri dari anak-anak peneroka bermula. Sejak kemenangan peneroka di FELDA Kemahang Kelantan menegakkan keadilan walaupun belasan tahun menunggu penuh kesabaran menyemarakkan lagi semangat menegakkan keadilan.
Perjuangan Mazlan dan ANAK bakal menempuh ujian yang besar. Jika Suhaimi Saad dan Mohammd Sabu pernah dihantar ke Kem Kemunting demi membela warga peneroka walaupun mereka berdua bukan anak peneroka, tentunya Mazlan juga barangkali lebih hebat lagi diuji dan diancam.
Teruskan perjuangan mu wahai Mazlan agar namamu tercatat dengan tinta emas sebaris dengan pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Tok Janggut,Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan seangkatan dengannya di seluruh negara.
Kepada PMNajib, harga maruah peneroka FELDA bukannya senilai RM370 setahun. Lebih kurang RM1 sehari.Hinanya warga peneroka kalau begitu cuba "dirasuah"kan oleh Najib untuk duit raya.
Wednesday, August 11, 2010
Jaga Muhyiddin...Najib dah nak balik weeh!
Menjelang kepulangan PMNajib ke tanahair,Timbalannya Muhyiddin membuat dua ulasan. Barangkali 2 ulasan ini sebagai"penyedap hati" maupun "pelepas diri" akibat kenyataannya semasa PM Najib bercuti di luar negari.
Muhyiddin terpaksa mencipta beberapa isu agar PM Najib "lupa" tentang kenyataanya menyokong Dr.Mahathir yang mengkritik slogan Najib 1Malysia.
Pertamanya, Muhyiddin cipta isu ,"lontar batu sembunyi tangan" berkenaan penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang PKR. Muhyiddin dengan "kebodohan dan gelojohnya" menyeru PKR minta maaf kepada Sultan Johor sedangkan polis masih menyiasat.
Terkini, Pengerusi PKR Johor mendedahkan kerja jahat ini dilakukan oleh bekas MB Johor. Tentunya yang dimaksudkan oleh beliau adalah Muhyidin.Rekod menyatakan semasa isu Mahathir menghina Raja-Raja Melayu,Muhyiddin adalah MB Johor.
Muhyiddin juga sekonyong-konyong menjelang kepulangan Najib dari bercuti mengaku setia terhadap PM Najib.Beliau membuat pengauan itu semasa merasmikan pelancaran sebuah buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" hari ini.
Nada beliau mengulangi "ayat-ayat cinta" Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semasa era Mahathir. Kesemua mereka "ditendang" oleh Mahathir, sifu Najib. Tidak mustahil Muhyiddin bakal alami mimpi ngeri ini.
Saturday, August 7, 2010
Dengarlah luahan hati Dr Chua Soi Lek.
Dalam masa seminggu. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melepaskan dua "bedilan" kepada kaum Cina. Semuanya bertempat di negeri yang dikuasai PAS, Kelantan dan Kedah.
Motif dan mesejnya sama. Jangan bagi laluan PAS menguasai negara nanti kaum Cina merana. Itulah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Presiden MCA.
Ucapan Dr Chua Soi Lek di Kedah lebih menarik. Ucapan eliau pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.
Sebenarnya keindahan Islam dihalang oleh UMNO untuk Chua Soi Lek melihatnya. Juga barangkali beliau melihat akhlak Islam melalui jendela UMNO.
Kita tidak menyalahkan Chua kerana mempunyai tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Beliau tidak melihat zaman kegemilangan Islam tetapi apabila melihat cara UMNO memerintah negara.
Mana mungkin beliau melihat wajah Islam yang sebenar jika beliau melihat UMNO yang penuh dengan rasuah, skandal seks, arak dan judi. UMNOlah yang memberi contoh terbaik buat Chua.
Barangkali inilah luahan hati Chua apabila mengenang nasibnya semasa skandal video lucah. Beliau pelik mengapa ianya sahaja jadi mangsa. Sedangkan puluhan pimpinan UMNO lebih dahsyat skandalnya tetapi terlepas.
Video lucah beliau sekadar moralnya, keluarganya dan musuh politik. Tidak babitkan pembunuhan,rogol, duit rakyat dan rasuah. Tetapi bagaimana dengan kes Norita, Altahtunya, kapal selam,FELDA, Sime Darby?
Mungkin semasa Dr Chua luahkan perasaannya di Alor Star, beliau juga terbayangkan wajah Jamaludin Jarjis, Ali Rustam, Khary Jamaludin, Khir Toyo, Mat Taib, Khalil Yaakob, Najib, Muhyiddin, Rahim Tamby Chik, Tengku Adnan dan entah siapa lagi yang banyak memberi "contoh terbaik" kepada beliau.
Terimakasih atas jawapan Lim Guan Eng terhadap luahan Dr Chua Soi Lek. Kita tunggu pula jawapan Karpal Singh.
Nasib Mufti Palestin dan Shamsiah Fakeh..........
Isu tentang sejarah pembabitan Mufti Palestin Sheikh Muhammad Amin Husaini dengan Hitler dan juga pembabitan orang Melayu dalam Rejimen 10 PKM adalah suatu perkara menarik untuk kajian.
Dua isu ini mempunyai 2 pandangan sisi.
Pandangan popular adalah pandangan dari pihak yang berkuasa dan menguasai media.Pandangan ini juga dimasukkan dalam subjek Sejarah maupun filem-filem.
Selama ini kita disogokkan tentang kejahatan Nazi dan Hitler. Hitler dilabelkan sebagai manusa yang laparkan darah Yahudi. Buku-buku sejarah banyak menceritakan tentang "keganasan dan kezaliman" Nazi pimpinan Hitler.
Dikuatkan dengan propaganda Yahudi dengan peristiwa "Holocaust". Banyak filem tentang peperangan antara Amerika dengan Jerman menceritakan dakyah kehebatan Amerika dan kezaliman Nazi.
Tiba-tiba kita disajikan satu lagi fakta tentang Hitler dan Nazi. Bagaimana pembabitan Mufti Palestin dengan Hitler. Juga hubungan Kerajaan Uthmaniyyah Turki dengan Tentera Nazi dalam menghadapi Tentera Bersekutu.
Di sini kita melihat hubungan Sheikh Husaini dengan Hitler dan Uthmaniyyah dengan Nazi. Semuanya membabitkan musuh yang sama Yahudi.
Kita juga melihat bagaimana pihak Yahudi yang menguasai media,akhbar dan filem begitu ghairah menggambarkan "kejahatan dan kezaliman" Hitler dan Nazi.
Mesti ada sebabnya. Antaranya untuk menutup dan menghapuskan fakta tentang hubungan Mufti Palestin dan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Hitler dan Nazi.
Hubungan erat Mufti Palestin dengan Hitler dan Nazi untuk menentang musuh yang sama Yahudi mengundang kepada kita untuk berfikir.
Ketika itu Palestin sudah mula didatangi Yahudi. Palestin mula dijajah pendatang Yahudi dari Eropah yang dibantu Amerika dan British.
Tentunya Mufti Palestin bersama Hitler untuk bersama-sama menentang penjajahan Yahudi Palestin kerana Hitler mempunyai pengalaman tentang kejahatan Yahudi di Jerman.
Begitu juga di negara kita. Ramainya pejuang kemerdekaan dilabelkan sebagai "pengganas komunis" atau Golongan Kiri. Itu belum lagi gelaran penderhaka dan pengkhianat.
Bermula dengan Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh seterusnya Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin hinggalah Assyahid Ibrahim Libya dan terkini Anwar Ibrahim.
Semuanya "menerima nasib yang sama" dari skrip yang sama oleh Sang Penguasa!
Kita disogokkan dalam buku Sejarah tentang "kejahatan" Golongan Kiri dan PKM.Puluhan tahun buku sejarah di sekolah membawa propaganda ini.
Kta tidak dibawa berfikir mengapa Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin lari ke hutan dan bergabung dengan PKM ?
Kita juga disogokkan dengan "kejahatan " PKM membunuh Pesuruhjaya British Henry Gurney.
Tetapi kita tidak dibawa berfikir siapakah dia Henry Gurney? Beliaulah antara pembunuh rakyat Palestin yang bersekongkol dengan Menahem Begin, Irgun dan Haganah yang menyembelih rakyat Palestin di Dier Yasin!
Yang pastinya selama British menjajah negara kita TIADA seorangpun pimpinan UMNO dibunuh,digantung,dipenjara dan dilabelkan sebagai pengkhianat, pengganas dan penderhaka.
Mengapa? Fikir sendiri.
Wednesday, August 4, 2010
Sah! Mereka sehati dan sejiwa.
Sah!Sama. Sehati sejiwa. Tengoklah lagak UMNO melayani PAS. Sama seperti Israel melayani Palestin.
Dalam masa seruan damai yang diumpankan pada Palestin oleh Israel,dalam masa yang sama Israel mengganas. Membina penempatan haru, menyerang Gaza dan merobohkan rumah penduduk Palestin.
Nah! Lihat apa yang UMNO lakukan terhadap PAS.
Dalam seminggu dua ini, pemimpin UMNO, mufti dan media barua sensasikan perpaduan UMNO-PAS, dalam masa yang sama juga polis yang berkhidmat untuk UMNO mengganas! Tangkap dan ganggu perhimpunan rakyat di Pasir Salak, Kota Bahru dan Kuala Lumpur.
Inikah caranya UMNO hulurkan tangan untuk perpaduan?
Masihkah kita mahu mempercayai mereka?
Jika HAMAS sudah serik dengan Yahudi, semestinya PAS juga punyai sikap yang sama terhadap UMNO.
Balik cepat Najib!
Malang bagi PM Najib. Sepatutnya bercuti bersama Rosmah di luar negara suatu yang menggembirakan.
Tetapi sebaliknya berlaku. Kenyataan Sifu Najib, Dr Mahathir yang dengan pantas disokong Timbalannya Muhyiddin tentang kegagalan konsep 1Malaysia bagai merobek hati dan jantung Najib dan mencacatkan tempo kegembiraan bercuti Najib.
Barangkali ini isyarat awal "peperangan" dari Mahathir terhadap PMNajib. Ini tidak memelikkan.
"Kejayaan" Mahathir menumbangkan Pak Lah dari jawatan PM serta "mensengsarakan" menantunya KJ perlu direnung oleh Najib. Juga "kejayaan" Mahathir bertukar ganti 3 orang Timbalannya bermula Musa,Ghafar dan Anwar wajar difikir dengan mendalam oleh PMNajib.
Jika dulu Mahathir "bising" tentang Khairy semasa era PM Pak Lah,malah di gelarnya "Budak Tingkat 4", tidak mustahil sasaran Mahathir terhadap Najib adalah Rosmah Mansor pula.
Apa pula gelaran Mahathir terhadap Rosmah?
Masing-masing mempunyai agenda. Mahathir perlu singkirkan Najib untuk naikkan Muhyiddin agar bintang anaknya Mukhriz cepat naik menuju Seri Perdana.
PMNajib juga punya agenda untuk naikkan sepupunya Hishamuddin sebagai Timbalannya menggantikan Muhyiddin.
Balik cepat Najib!
Tuesday, August 3, 2010
Helo Harussani...buat apa sekarang?
Perhatikan ketika Mufti Perak Harussani membuat kenyataan tentang perpaduan UMNO-PAS dan pertemuan pimpinan PAS Hasan Ali dengannya dan dalam waktu yang sama UMNO Selangor menyerang Kerajaan Selangor dengan isu pasir.
Perhatikan gerak Harussani dengan UMNO Selangor serentak.
Apa tujuan dan motif Harussani menyebut tentang perpaduan UMNO-PAS ? Dan dalam masa yang sama UMNO menyerang Kerajaan PKR tentang isu pasir?
Keduanya berpakat. Keduanya berkerjasama untuk jatuhkan Kerajaan Selangor. Pengalaman Harussani bersekongkol menjatuhkan Kerajaan Perak pimpinan MB Nizar Jamaluddin digunakan untuk jatuhkan kerajaan pimpinan MB Khalid Ibrahim.
Harussani dengan bijaknya bermain kata-kata, "Mana mungkin Mufti menipu ?". Tujuan beliau mewarwarkan tentang perpaduan dan pertemuan dengan Hasan Ali mempunysi serampang dua mata.
Pertama, agar timbul perpecahan di kalangan ahli PAS. Satu kumpulan sokong Hasan Ali dan satu lagi menentangnya.
Kedua, agar timbul perpecahan antara PAS dan PKR apabila isu perpaduan UMNO-PAS di sensasikan di media massa.
Hebat kan kerja mufti ini yang pernah jadi SB. Anggaplah ayat keramatnya, "Mana mungkin Mufti menipu" sama seperti ayat mitos, " Hanya UMNO pembawa kemakmuran kepada orang Melayu".
Terkini, UMNO Selangor rehat seketika pada bulan Ramadhan. Harussani juga rehat seketika. Lepas raya nanti, kita tunggu "buah" apa pula yang bakal diperkatakan Harussani.
Tiada yang menghairankan. Jika Abdullah bin Ubai dan pengikutnya boleh solat di belakang Rasulullah apatah lagi orang yang bergelar "ulamak" dan "mufti"..........
Sampai bila aku sanggup dibuli dan dijajah ? Tolong aku !
Kali ini giliran mantan Presiden MCA Dr Ling Liong Sik kena bicara skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
MCA punya ramai Presidennya yang punya skandal. Terutama kes rasuah dan seks.
Ini yang peliknya.Hanya UMNO sahaja yang "suci dan bersih" dari skandal.
Pihak SPRM dan Mahkamah Malaysia begitu "teruja" mendakwa pimpinan politik tetapi pimpinan atasan UMNO sering didapati "suci dan bersih" oleh SPRM. Alasannya tiada bukti. Suatu skrip yang dihafal dan diulang-ulang oleh sesiapa sahaja yang pegang status Pengarah SPRM.
Kita melihat "berguni-guni" laporan dan bukti rasuah yang dibuat Lutfi Othman tentang Khir Toyo. Itu dulu. Sekarang "berlori-lori" pula laporan tentang rasuah Khir Toyo selepas Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang.
Begitu juga kes projek "runtuhan" di Terengganu. Tiada pendakwaan. Semuanya "suci dan bersih" jika membabitkan pimpinan UMNO.
Isu pendakwaan Dr. Ling Liong Sik dilihat satu lagi permainan UMNO untuk memalukan MCA. UMNO ingin menunjukkan bahawa MCA sarat dengan pimpinan yang mempunyai rekod buruk. Ini juga bertujuan agar MCA senantiasa bergaduh, bermasalah dan tidak mempunyai kekuatan sebagai pensaing UMNO.
MIC juga mengalami nasib yang sama. Sampai kini pengaruh MCA dan MIC terus merundum. Inilah matlamat UMNO agar UMNO dilihat sebagai satu parti yang "memonopoli" kuasa dan keputusan BN.
Ahli MCA mestilah bertanya sesama sendiri, "Mengapa mantan Presiden MCA sahaja didakwa atas kes PKFZ, sedangkan ramai pimpinan UMNO juga turut terlibat ?".
Sampai bilakan ahli MCA, MIC , GERAKAN dan PPP rela mereka dijajah, dibuli, dikotak katikkan oleh UMNO ?
Ayuh bersama Pakatan Rakyat!
Sedih....John Malott tertinggal keretapi.!
Marah betul mantan Duta Amerika Syarikat 1995-1998 John R Malott terhadap Presiden Perkasa Ibrahim Ali.
John Malott dalam kenyataan terbarunya tentang demostrasi dan penyerahan memorandum bantahan oleh Ibrahim Ali kepada Kedubes Amerika mengesyorkan agar Ibrahim Ali mempelajari Bahasa Inggeris lebih mendalam.
Nampaknya John Malott tertinggal jauh "keretapi".
Untuk pengetahuan John Malott, Ibrahim bukan sahaja "jahil" bahasa Inggeris bahkan Bahasa Melayu pun dia dah "lupa".
Bahasa terkini beliau adalah " Frogian Language". Ituah bahasa beliau. Bahkan beliau sedang mengadakan kelas bahasa itu kepada dua tiga orang MP Malaysia. Antaranya Bagan Serai dan Kulim.
Jika John Malott berhajat untuk masuk kelasnya, segeralah berdaftar sebelum PRU 13. Ini kerana kemungkinan besar kelas bahasa kelolaan Ibrahim akan berpindah ke Zoo Negara selepas PRU 13!
Cepat John...cepat John.
Monday, August 2, 2010
Jangan risau Dr Ling ! Beres !
Akhirnya SPRM berjaya menangkap "jerung besar" Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes skandal kerugian RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Adakah ini menunjukkan kerajaan telah mula "insaf dan taubat" untuk kembali kepada "ketelusan" ?
Apa yang pasti skrip kesudahan drama PKFZ ini adalah sama dengan "kesudahan" drama yang dibintangi oleh Kasitah Gadam dan Eric Chia.
Lihatlah wajah mantan Menteri Pengangkutan. Dia pun tahu kesudahannya.
Barangkali jika kita mahu kesudahan yang berlainan dengan skrip adalah dengan cara melantik Hishamudin Rais jadi Directornya. Mesti 1001 kelainan!
Yang pasti, keputusan kes-kes di mahkamah di Malaysia, seluruh dunia tahu kesudahannya. Sebab itulah FDI kita terus merundum.
Siapa mahu percaya kat kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)