Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk "bertempur".
Pertelingkahan antara Dr Asri dengan Zamihan Mat Zain penolong pengarah ILIM semakin rancak. Masing-masing dengan alasan tersendiri dan punya agenda tersendiri.
Kedua anak muda ini bijak menggunakan platform besar untuk "sebarkan" pengaruh masing-masing.
Dr. Asri bersama mantan MB Perlis Shahidan Kasim manakala Zamihan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Kedua mereka ini bukanlah ahli PAS. Mereka berdua "berperang" atas dasar ilmu yang diyakini. Dr Asri dengan Salafinya (Wahabi?)manakala Zamihan dengan fanatik mazhab (Ahbash?).
Inilah "serangan kedua" Zamihan terhadap Dr Asri. Dulu dengan dakwaan Sijil Palsu. Kini dengan dakwaan JI pula.
Zamihan bijak gunakan isu JI untuk kaitan dengan fahaman Dr Asri. Zamihan antara orang yang popular digunakan KDN untuk soal siasat dan "basuh kepala" tahanan ISA. Tanyalah Mat Sah Satray.Mungkin beliau ada pengalaman disoal siasat oleh Zamihan.
Melihat kepada turutan-demi turutan kronologi berkaitan "perang besar" Dr Asri-Zamihan, isu JI yang dikaitkan dengan Dr Asri timbul apabila timbul desas desus berita Dr Asri akan masuk UMNO bersama 100 orang "ulamak jahat".
Barangkali Zamihan tidak menyenangi kemasukan Dr Asri ke dalam UMNO yang boleh menggugat kedudukannya sebagai orang kuat ILIM. Lalu ditimbulkan isu JI dengan menggunakan platform KDN.
Kemasukan Dr Asri dalam UMNO boleh menggugatkan ustaz-ustaz UMNO yang berpegang teguh dengan mazhab. Kedudukan mufti-mufti juga akan turut di"geletek" oleh Dr Asri terutama mufti pro UMNO seperti Harussani. Begitu juga YADIM bakal "terganggu" dengan Dr.Asri.
Isu Zamihan dengan Dr Asri lebih kepada "Salafi-Mazhab". Ianya tidak berkait dengan PAS.
Melihat kepada hubungan akrab Dr Asri dengan Shahidan Kasim dan Zamihan dengan KDN, bolehlah kita simpulkan cara politik anak muda berdua ini.
Shahidan Kasim terus berpegang teguh dengan sekular UMNOnya yang pekat manakala KDN terus dengan tangkapan ISA yang kejam.
Apa yang pasti,PAS tidak mendapat apa-apa manfaatpun atas isu mereka berdua!
Uniknya PAS mempunyai ahli pelbagai pemikiran dan fahaman. Tetapi mereka tidak menjadikan perkara khilafiah sebagai halangan untuk bersatu menegakkan Islam. Mereka meraikan pelbagai pandangan dan tidak menjadikan ianya sebagai halangan dalam perjuangan Islam.
Berbalik kepada isu anak muda ini, elok diadakan debat untuk mereka berdua. Masing-masing bolehlah kemukakan hujah dan meluahkan pandangan mereka. Biar rakyat lihat kehebatan ilmu mereka berhujah.
Dulu Astora Jabar berhujah dengan Dr.Asri, kini tiba giliran Zamihan pula.
7 comments:
salam Ziarah..
Salam. Untuk pengatahuan, ustaz zamihan adalah ahli pas. Pernah jadi nuqaba sewaktu belajar di jordan.
salam. ana ada beberapa pandangan ttg masalah ini:
1. Isu salafi dan ahbash mgkin digunakan oleh umno utk memecahbelahkan pas.
2. Umno tlh mggunakan strategi menyebarkan aliran salafi di byk kampus yg mmbidahkan amalan termasuk piliharaya, natijahnya ramai pelajar yg cintakan perjuangan Islam lari dari menyokong PAS, kerana PAS parti bidah sdgkan Umno hanya buat maksiat menurut mereka.
3. Umno juga mggunakan strategi kononnya mmprtahankan aliran mazhab syafei dgn mghntam WAhabi di kmpg2 dan masyarakat umum, serta cuba melabelkan sbhgian pmpinan pas dgn wahabi, org2 dlm jabatan agama dipergunakan, hasilnya sghgian pyokong pas khususnya plajar2 pondok dan orag2 tua mula meragui pas itu sendiri.
4. pertembungan ini semua ana merasakan hanya perancangan umno semata2, kerana sudah dpt kelihatan di antara ahli PAS sendiri yg lebih wala kpd Dr Asri dan sggp mghntam pimpinan yg tidak sealiran dgn Asri, tidak kurang juga mereka yg sebaliknya yg sggup mgecam pmpinan yg dilihat ada mmberi sokongan kpd aliran tersebut.
5. Kita perlu berhati2 dgn permainan musuh, mereka akan guna apa saja utk menyekat kemaraan islam itu sendiri. Isu wahabi... salafi ... JI... fanatik mazhab... geng2 pondok... puak2 torikat.. ahbash.. ulama extrim ..dll mungkin dijadikan platform utk menyekat kemaraan Pas dan perjuangan Islam
Melalut kerana berpolitik.. ingat kita merancang, Allah merancang.. Allah yang menentukan... pemikiran yg pentingkan diri sendiri.. Allah telah menentukan dan akan terus menentukan.. kotak pemikiran kepartian..
I suka cara dr maza. lebih luas keilmuannya.
zamihan agak gelojoh lah. senang2 tuduh org tu wahabi, syiah dsb. walaupun I benci syiah dan khawarij yg suka mengkafirkan org islam, I rasa zamihan lebih patut berhati2. I juga tidak membela mat sabu tp tidak menuduh dia syiah. hanya berani tuduh dia pro iran hezbosyaitan dan kagum sgt dgn syaitan Hassan nasrullatta uzza itu. harap mat sabu taubat lah.
dia pernah ckp dr maza wahabi totok tp tidak ada bukti dan ajaran dr maza semua memuaskan dn tiada paksaan utk ikut.
memang wajar zamihan buktikan 'wahabi totok' yg dia tuduh pada dr maza.
kenapa tak buat debat wahabi-aswj. kita nak tengok hujjah masing-masing. susah sangat kalu elok buat mubahalah. kita pun naik fed up dengan wahabi yang buat onar ni.
Bagi saya secara peribadi, budaya menghentam 'kromo' orang lain terutama yang bertitle ustaz ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana merea sepatutnya memberikan ilmu yang benar dari Allah dan Rasul pada insan-insa yang tidak jelas, namun kedaan haru biru mereka menjauhkan orang dari Islam. Kesian insan-insan ynag dahagakan ilmu Allah yang benar. Moga hentikan segera, jgn jadikan masjid tempat hentam orang krn masjid akan kosong kelak krn jelak dengan sikap USTAZ. ADUHAI
Post a Comment