ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, April 18, 2009

PRK: Pendekkan usia UMNO.


Mungkin ramai tidak mengetahui sebab utama PM Najib mungkin tidak mahu UMNO sertai PRK Penanti. Faktor utamanya bukan kerana perbelanjaan RM. Bagi UMNO duit bukan persoalannya. Duit komisen kapal selam belum habis lagi.


Sebenarnya Najib melihat satu kebangkitan rakyat apabila berlaku PRK. Bermula ketika PRK Permatang Pauh, seluruh rakyat turun di kawasan "stronghold" Anwar itu hingga yang terakhir di Bukit Gantang dan Selambau. Mereka datang dengan duit sendiri. Tiada subsidi. Di sana, mereka menumpang di rumah-rumah penyokong PR. Tuan rumah dan tetamu yang menumpang masak bersama-sama. Suasana seperti kenduri kendara. Timbul satu perasaan persaudaraan dan kesatuan hati. Perasaan ini bukan dibuat-buat atau atas dasar duit dan upah.

Matlamat mereka hanya satu - Kalahkan UMNO/BN ! itu saja.


Lebih membimbangkan PM Najib dan kuncu-kuncunya lagi ialah pertautan hati ini bukan sekadar Melayu dengan Melayu atau sesama Islam sahaja bahkan antara kaum dan agama.

Inilah yang menggerunkan Najib dan UMNO.


Perkembangan terakhir di Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuatkan Najib tidak lena tidur. Mengapa ?

Orang Cina dan India di 2 bukit itu 90% sokong PAS. Suasana Melayu-Cina-India bersatu padu bekerja kuat untuk menangkan calon PR. Suasana ini belum berlaku lagi dalam sejarah Malaysia Moden. Tembok perkauman ciptaan UMNO tidak lagi laku dan jadi basi kini !


Sesuatu yang menarik apabila Anwar-TG Hadi-Kit Siang bersama dalam setiap program PR. Rakyat melihat ini satu perkembangan yang baik ke arah perpaduan kaum.


Semakin banyak Pilihan Raya Kecil akan menguatkan lagi tali persahabatan antara kaum di Malaysia dan akan memendekkan lagi umur UMNO.

1 comment:

D'Rimba said...

Setuju..........Mudahan ulama tulen diangkat menjadi pemimpin negara sikit masa lagi dan mudahan Allah bongkarkan segala kebenara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...