ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, February 12, 2009

Insan yang bernama Karpal Singh


Nama Karpal Singh sudah sinonim dengan mahkamah dan DAP. Dimana ada kes high profile, di situlah nampak kelibat Karpal Singh. Jawatan Karpal dalam DAP adalah Pengerusi. Tidak pasti dalam DAP jawatan mana paling tertinggi samada Setiausaha Agung atau Pengerusi.

Mungkin seperti dalam PAS iaitu jawatan Mursyidul Am dan Presiden. Jika dalam PAS jawatan Mursyidul Am di sandang oleh orang paling lama dalam PAS, paling berpengalaman dan paling berilmu. Begitu juga Presiden. Biasanya di sandang dari golongan ulamak.

Barangkali dalam DAP kedua jawatan tertingginya di sandang oleh orang paling kuat berpegang ideologi Sosialisme dan Sekular.

Begitulah kita lihat pada tubuh badan Karpal. Beliau tidaklah tergolong dari penganut Sikh yang "takwa" jika melihat pada kepalanya yang tidak pernah berserban seperti pembaca berita RTM Harjit Hullon Singh.

Kelebihan Karpal beliau berpegang teguh prinsip ideologinya. Semua yang dilihatnya bercanggah dengan prinsip sekularnya akan disanggah termasuk Sultan.

Aksinya pada kita mungkin kurang manis dan biadap tetapi melihat pada hujahnya berpandu ilmu "laywer" nya (bukan loyar buruk) membuatkan kita berfikir dua kali. Beliau berani nak saman Sultan Perak kerana beliau tahu baginda pakar undang-undang. Macam buku bertemu ruas. Mungkin dengan Sultan lain beliau tidak berbuat demikian kerana beliau tahu ilmu Sultan lain tentang perundangan tidak setinggi Sultan Azlan.

Kelemahannya pula beliau tidak pandai pakai "bahasa berlapik". Kadangkala kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh. Lihat seperti kes hudud semasa PRK Kuala Terengganu dan terkini isu Perak.

Jika di PRK Kuala Terengganu "celupar" mulut Karpal dianggap isu Agama, manakala di Perak pula dilihat sebagai isu Melayu. Berbuih mulut pula pemimpin Anwar, TGHA dan TGNA menjelaskan perkara yang ditimbulkan si Karpal Singh ini.

Terfikir juga elok juga Karpal ini dikeluarkan dari PR. Tapi bagaimana caranya ? Insan seperti Karpal tidak banyak pengikut berbanding Lim Kit Siang dan Lim Eng Guan. Mungkin ramai pengikut Karpal dari Sister in Islam.

Apapun kehadiran Karpal Singh dalam politik Malaysia menambah seri dan kemeriahan suasana. Mungkin tanpa kelibatnya, politik Malaysia sepi dan kaku.

Cuma dalam zaman ramai orang politik "hilang" ini, jika Karpal juga hilang sebut sahaja "HUDUD" nescaya pantas muncul kelibatnya dan kedengaran "dehem" suaranya. Itulah kelebihan Karpal.
Mengenai "celupar aksinya" seeloknya kita ucapkan " biarkan si Karpal duduk atas kerusi rodanya....biarkan....biarkan".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...