ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, February 18, 2009

Gary Hart dan Elizabeth Wong


Lewat tahun 80an, seorang calon Demokrat bernama Gary Hart di katakan mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon Demokrat untuk bertanding kerusi Presiden Amerika. Media Amerika mensensasikannya untuk menduduki White House.

Malangnya langit cerah bertukar mendung bagi Gary Hart gara-gara satu insiden yang "biasa dan lumrah" bagi kehidupan orang awam Amerika tetapi amat buruk bagi yang bercita-cita menjadi pemimpin Kuasa Besar Dunia itu.

Seorang wartawan berjaya merakamkan gerakgeri Gary semasa melangkah masuk ke dalam kediaman seorang wanita muda pada waktu petang. Kemudian dilaporkan Gary keluar dari kediaman itu keesokkan harinya waktu pagi.
Wartawan itu tidak tahu apa yang terjadi sepanjang Gary berada didalam rumah wanita muda itu. Jauh sekali merakamkan adengan yang berlaku. Sudah pasti tiada penyebaran gambar!

Tetapi persepsi dan spekulasi orang ramai tidak dapat dielakkan. Rakyat Amerika boleh menerima kehidupan bebas, berkedudukan, zina, arak tetapi mereka tidak mahu pemimpin mereka yang rendah moralnya.

Gary mengambil sikap bertanggungjawab dan menarik diri dari bertanding calon Demokrat. Walaupun perilakunya diragui tetapi beliau bersikap bermaruah. Beliau tahu maruah adalah suatu yang perlu ada bagi seseorang pemimpin.
Itu di Amerika. Negara yang jauh sekali mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan rakyatnya.

Sesungguhnya tindakan yang diambil oleh Exco dan ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong amatlah terpuji. Beliau lebih penting kepentingan umum dari peribadi. Kesediaan melepaskan jawatan Exco dan kerusi DUN adalah pilihan bermaruah dan tepat. Semuanya bukan kerana desakan Khir Toyo tetapi mengambil kira soal maruah.

Beliau perlu berehat dan melupakan seketika dunia politik(bersara sementara). Lagipun usianya masih muda jika beliau kembali semula ke arena politik selepas 5 tahun kira-kira umurnya baru 42 tahun. Politik Malaysia amat perlukan orang seperti beliau kerana kerajinan, kesungguhan dan komited membela rakyat.

Kita mengharapkan Elizabeth Wong gunakan masa rehatnya ini untuk bermuhasabah diri. Alangkah eloknya jika beliau mengkaji Islam. Kelemahan beliau kini yang menyebabkan dirinya jadi mangsa politik adalah kerana kelonggaran berugama. Mungkin beliau tercari-cari erti ketenangan jiwa. Nah! inilah masanya yang sesuai.

Semoga Elizabeth Wong kembali dalam arena politik nanti dengan wajah, semangat dan penampilan baru. Lebih cantik dan moleknya dengan penampilan seorang muslimat ! Sama-sama kita doakannya. Ini tidak mustahil kerana hidayah adalah milik Allah jua dan Dia berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...