ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, August 30, 2008

Merdeka dengan ACUAN ISLAM


Menjelang detik jam 12 malam ini, marilah kita umat Islam bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan ialah kita dapat membebaskan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah Taala semata-mata.
Dalam kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan ini, kita boleh melihat di paras atau level mana kita berada sekarang. Kita perlu ingat, menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah, bangunan maupun kedai. Itu sekadar simbolik sahaja.
Kita sebagai umat Islam yang mempunyai kesempurnaan akidah mestilah meluaskan skop permandangan dan pemikiran kita. Lihat diri kita sendiri. Lihat disekeliling kita. Perjajah terbahagi kepada dua iaitu penjajahan secara fizikal dan penjajahan secara pemikiran. Alhamdulillah negara kita dapat memerintah sendiri oleh anak watan. British telah lama meninggalkan tanahair kita. Tetapi adakah diri kita dan masyarakat kita telah merdeka dan bebas dari pemikiran penjajah/kuffar?
Lihat dalam rumah kita. Adakah masih ada unsur penjajahan pemikiran seperti TV, radio maupun media cetak? Adakah filem Bollywood masih bersarang dan menjajah minda kita dan keluarga kita? Adakah akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, URTV, Mangga masih menjadi koran kita ?
Masihkah Malboro, Dunhill menjadi wirid kita ? Menjelang detik 12 malam, kita perlu bermuhasabah diri kita. Bumi bertuah ini juga perlu dimuhasabah. Bumi yang pernah dijajah selama 450 tahun oleh pelbagai bangsa dan negara.
Bumi bertuah yang pernah menyaksikan keberanian pejuang kemerdekaan seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela, Ustaz Abu Bakar Baqir, Pak Sako, Dr. Burhanuddin Al Helmi berjuang demi membebaskan bumi bertuah ini dari penjajahan kuffar. Mereka berjuang agar Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan kuasa asing.

Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar merdeka? Merdekakah kita kalau Perlembagaan yang berrohkan Lord Reid masih digunapakai? Merdekakah kita jika kalau 90% anak Melayu menjadi siswa di Pusat Serenti? Merdekakah kita jika anak-anak Melayu menjadi juara dalam serba serbi perkara kemungkaran dan jenayah? Dan merdekakah kita jika kita masih percaya dengan mitos " Tanpa UMNO Negara akan huru hara "?

Ingatlah tanpa Islam, umat Melayu akan pupus sepertimana pupusnya dinosaur! Diatas runtuhan sistem Jahiliyyah, kita bina Malaysia dengan acuan Islam. Allahuakbar. PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Perang Kecil dah tamat...jom kita ke medan Perang Besar!!


Alhamdulillah atas kemenangan suara rakyat di Permatang Pauh. Bagi penyokong PR, masing-masing akan balik ke destinasi mereka meninggalkan Permatang Pauh yang kembali sunyi sepi. Penyokong PR yang berugama Islam akan menunaikan ibadat puasa. Mereka akan gunakan masa selama sebulan sepanjang Ramadhan untuk bermuhasabah, munajat dan berusaha agar tergolong dikalangan yang di terima amalan sepanjang Ramadhan.

UMNO....pula? Ooops! Perang belum selesai weeh! Jangan letak"senjata" lagi! Ayuh anda semua sambung semula peperangan yang TERHENTI akibat Permatang Pauh. Lagipun perang kat Permatang Pauh tidak memberi manafaat yang besar kepada "perut" anda. Pertempuran dan pertarungan di Pemilihan Bahagian lebih penting dan besar untuk menentukan kecil besar muatan "perut" anda!

Kepada Arif Shah, kekalahan anda di Permatang Pauh tidak memilukan kerana anda hanyalah KAMBING HITAM yang perlu dikorbankan. Sekarang tumpukan untuk berperang dengan "Imam Sepak Tong" Firdaus, Jalil serta yang laparkan kerusi Ketua Bahagian. Kepada Bahagian lain di seluruh Malaysia, anggaplah pertarungan di bulan Ramadhan ini umpama "Badar War". Slogan "jihad" seperti laungan Shahrizat di Permatang Pauh perlu diulang lagi di setiap Bahagian UMNO seluruh negara!

Ayuh ahli UMNO!! Kita pakat terus tebuk lubang kapal UMNO yang telah sedia bocor supaya ianya secepat mungkin tenggelam dan di kuburkan di Laut China Selatan!
Harapnya talqin itu dibaca oleh Sang Beruk dari Rembau yang gagal talqinkan Anwar di Permatang Pauh.

Thursday, August 28, 2008

Dah lah BPR....orang kampung dah tahu


BPR menyerang lagi. Kini PUSPAKOM menjadi sasaran. Kalau sebelum itu Exco Perak diserbunya. Selepas ini mungkin Nallakarupan jadi sasaran serangan( tentu sekali Anwar sasaran sebenar). Dulu diserangnya "MB pilihan Agong" Mat Said di Terengganu hingga ke bengkel kereta. Ini adalah hasil "keazaman melampau" Pak Lah membanteras rasuah. Faktor inilah yang menyebabkan Ezam masuk UMNO. Hasil kerja keras BPR ini, Malaysia bakal atasi Negara Scandinavia dari indeks Negara kurang rasuah. Kah! Kah! Kah ! Kartunnya Malaysia!

Hey kawan ! Jangan tertipu weeh! Rakyat Malaysia tidak bodoh.

Semuanya adalah adegan-adegan "lawak bodoh"di ambang Sambutan Kemerdekaan kali ke 51.

Apabila BPR berada dibawah ketiak JPM, dia kena ikut "bau ketiak" PM. Tahukah anda, apabila Pak Lah menambah bilangan staf BPR bermakna bertambah luas operasi BPR menangkap musuh-musuh politik UMNO sama seperti apabila Pak Lah komen tentang sistem pengangkutan di KL bermakna bertambah lagi "wilayah" untuk kroni-kroninya "mengkedarah" duit rakyat.

Bukti BPR sangat suka hidu "bau ketiak" PM ialah sampai kini tiada siasatan segera keatas aduan Mazlan Datuk Harun tentang rasuah profile tertinggi Pak Lah dan Najib!

Monday, August 25, 2008

Anda di pihak mana?

Adakah PAS sekarang terbahagi kepada 2 aliran pemikiran ? Iaitu :


1) Mahu penubuhan Negara Islam diwar-warkan kepada rakyat Malaysia. Hubungan dengan DAP ditamatkan.



Golongan ini mahu sejelas-jelasnya pimpinan PAS mengwar-warkan kembali istilah Negara Islam seperti sebelum Mac 2008. Seminar tentang Dokumen Negara Islam di hidupkan kembali. Golongan ini tidak puas hati, risau dan bimbang dengan perkembangan politik terkini . Antaranya layanan Kerajaan PR yang dikuasai oleh PKR dan DAP terhadap ahli PAS dalam perlantikan ahli PBT, seruan DAP supaya diambil tindakan keatas ahli PAS dan PKR yang anti Forum anjuran Majlis Peguam dan yang terakhir isu Negara Sekular yang diperjuangkan oleh DAP semasa Kongres parti itu baru-baru ini.



Bagi mereka, DAP tidak pandai menjaga hati rakan-rakan dalam PR. Ulasan-ulasan pimpinan DAP tentang Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS amatlah terlalu"anti Islam". Sikap kurang ajar DAP menyuruh mana-mana parti yang tidak setuju Negara Sekular supaya tinggalkan PR amatlah menguris hati PAS. Watak-watak seperti Karpal Singh perlu 'ditiadakan" dan "diluputkan tarikh" dalam PR.







2) Mahu istilah Negara Islam di tukar kepada diwar-warkan Negara Berkebajikan. Hubungan dengan DAP diteruskan demi jangka panjang dakwah.



Golongan ini isu perjuangan Negara Islam mesti ditegakkan tetapi menurut kaedah yang berbeza dan keadaan semasa. Bagi mereka, jika istilah Negara Islam boleh menggerunkan orang bukan Islam maka penukaran istilah nama perlu diadakan iaitu Negara Berkebajikan. Dan nampaknya istilah ini berjaya menarik minat undian dari bukan Islam dalam PRU 12 baru-baru ini. Golongan ini menganggap nama istilah tidak penting tetapi penghayatan dan isinya yang penting.



Mereka mungkin membuat kajian / eksperimen mengapa sebelum PRU 12, golongan bukan Islam amat takut dan phobia dengan istilah Negara Islam. Lebih-lebih lagi dengan propaganda jahat UMNO, MCA dan MIC tentang Negara Islam yang menakutkan bukan Islam. Maka istilah Negara Berkebajikan di"hightlight" semasa PRU 12 dan ianya amat berkesan. Untuk memahamkan golongan bukan Islam tentang Negara Islam memerlukan masa dan kesabaran. Ia juga perlu melalui proses yang berpanjangan. Cabarannya juga silih berganti. Sokongan bukan Islam kepada PAS dalam PRU 12 terbahagi kepada 2 golongan :


i) Mereka yang sokong PAS untuk penubuhan Negaran Islam. Kebanyakkan mereka adalah dari Kelab Penyokong PAS.


ii) Mereka yang amat membenci UMNO dan BN atas kezaliman dan ketidakadilan kerajaan seperti isu ISA, perkauman dan Hindraf. Mereka terdiri dari DAP dan non partisan.

Golongan inilah ingin "memandu" kedua kelompok diatas terutama (ii) kearah mengenali istilah politik Islam yang sebenar. Mereka ini memberi gambaran tentang Negara Islam secara diplomasi. Sebab itu golongan ini lebih "mendiam diri" setiap kali suara sumbang Karpal Singh berkumandang. Berdiam diri itu bukan bermakna setuju tetapi lebih kepada "biarlah si Karpal bercakap seorang diri hingga letih dan puas". Mungkin bagi golongan ini, mereka akan mengemukakan hujah untuk membalasnya pada waktu dan masa yang sesuai.
Bagi golongan ini, mereka tidak mahu bertindak dan beraksi terlalu gelojoh dan gopoh. Golongan ini tidak mahu kehilangan sokongan bukan Islam berulang kembali akibat kesilapan"pengurusan kemenangan" selepas PRU tahun 1999. Golongan ini percaya dalam sistem demokrasi, perancangan dan strategi perlu mantap. Mungkin pengalaman Refah dan AKP di Turki menghadapi sekular sedikit sebanyak diambil kira oleh golongan ini.

Thursday, August 21, 2008

Harga Sebutir Pingat Emas


Hasil kekalahan Choong Wei dalam Olimpik Beijing 2008 dapat selamatkan duit rakyat sebanyak RM1 juta. Dengan RM 1 juta, kita dapat membina rumah rumah untuk rakyat kira-kira 30 buah. Bukannya kita tidak gembira dan bangga dengan kemenangan Malaysia tetapi dengan kemenangan itu duit rakyat terpaksa dikorbankan, maka kita lebih rela tewas. Lagipun jika tewas bukannya memberi apa-apa kesan kehidupan kepada rakyat berbanding dengan kenaikan harga minyak dan barang.

Apalah ada pada sebutir pingat emas berbanding dengan penderitaan rakyat Malaysia akibat pelbagai masalah negara angkara kerangkusan Sang Pemerintah membolot hasil mausul negara dan kezaliman mereka.

Lebih menarik yang tawarkan RM1 juta itu adalah TPM Najib. Apakah komisen Submarine dan Sukhoi dah habis dibelanjakan hingga terpaksa pakai duit rakyat?

Wajah-wajah Anak Malaysia Menjelang 31hb Ogos


Saya sebenar tidak gemar paparkan gambar-gambar politik dalam blog ini. Tapi kali ini rasanya seolah terpanggil untuk menyiarkannya.

Ada pepatah mengatakan sekeping gambar itu lebih memberi makna dari 1000 perkataan. Cuba anda lihat wajah-wajah dalam gambar ini. Ia diambil semasa Penamaan Calon di Permatang Pauh. Ianya memberi 1001 persoalan untuk diungkaikan. Antaranya :

1) Anak siapa tu weeh? Tentu ibubapanya malu besar kat orang kampung. Mereka tidak pernah didik anak mereka berperangai demikian.

b) Budak IPT mana tu ? (biasanya Puteri/Putera UMNO student IPT) . Malunya IPT punya student macam ini. Mungkin kat situ ada diajar silibus berlagak macam tu?

c) Tunang siapa tu weeh? Merah padam tunang mereka lihat aksi mereka. Mungkin hantar balik cincin batal pertunangan.

d) Majikan mana tempat mereka kerja? Aksi ini mungkin macam kerja GRO je.

e) Parti mana punya ahli macam tu? Tentunya UMNO. Wow!! Spesis ini memangpun ramai kat dalam UMNO. Jika dulu UMNO penuh dengan guru kemudian ahli koporat dan kini ahli-ahli SX. Mungkin inilah wajah-wajah yang bakal ambil jawatan Ketua Wanita UMNO.

Inilah gambaran "kebodohan dan ketololan" politik Malaysia. Kalau kita bandingkan politik kita dengan negara luar seperti Thailand, Indonesia, Singapura jauh sekali dengan Negara Barat, kita bagaikan langit dengan bumi. Kematangan politik kita masih ditahap bawah -ve "Beku dan Jumud".
Inilah warna-warna wajah anak Malaysia menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 51. Ini semua hasil tetasan benih UMNO.

Saturday, August 16, 2008

Sindrom Kekangkungan Intelektual


Sejak MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim lontarkan cadangannya agar UiTM membuka 10% kemasukan pelajar bukan Bumiputera, pelbagai pihak mengkritik dan menghentamnya. Cuma JKKK belum mengkritiknya. Yang agak hebat mengkritiknya adalah terdiri budak-budak "hingusan" UiTM. Seluruh budak-budak "hingusan"UiTM dikerah oleh NC Ibrahim untuk buat demo di seluruh negara. Masing-masing bawa sepanduk mempamerkan semangat "taksub Melayu".


Tahukah anda kesemua budak"hingusan" UiTM itu adalah sekadar patung-patung wayang kulit sahaja. Yang sebenarnya Tok Dalang yang menggerakkan mereka adalah Ketua Bahagian UMNO UiTM, NC Ibrahim sendiri.( Anda kena ingat! Semua IPTA Malaysia, UMNO ada buka cawangannya.Dan Ketuanya adalah NC !)


Pepatah Melayu ada mengatakan, Guru kencing berdiri maka anak murid kencing berlari. Inilah gambaran di IPTA kita terkini. Tahukah anda betapa ramainya yang menerajui IPTA adalah bertaraf "Kekangkungan Intelektual". Apabila "spesis " ini bertaraf demikian, ianya berjangkit kepada mahasiswa mereka. Anda saksi sendiri "Kekangkungan Intelektual" mereka terserlah pada malam debat antara Anwar-Shabery baru-baru ini, bagaimana ketololan NC UUM "bersinar" !

Seluruh Malaysia tahu kesemua yang pimpin MPP IPTA kecuali UIA adalah budak-budak belaan UMNO. Budak hingusan inilah yang ketuai demo. Tanya mereka, berapa dapat RM? Atau sekadar topi dan baju hitam.

Wah! Hebatnya mereka berdemo kerana sekadar cuma cadangan, kemudian mahu hantar memorandum kepada Tuanku Mizan sebagai Canselor UiTM. Tan Sri Khalid sekadar beri cadangan bukan menghina. Kita tertanya-tanya mana sifat kejantanan Melayu Tulin yang ada pada budak-budak UiTM yang hingga kini membisu seribu bahasa apabila "bapa-bapa"UMNO mereka menghina Tuanku Mizan sebagai "natang" tempoh hari. Kurang ajarnya dan "setannya" bapa-bapa UMNO, budak-budak hingusan UiTM buat-buat pekak badak. Mereka sepatutnya perlu "disunatkan" kali kedua weeh!

Jika nilai seikat kangkung di pasar tani sekitar Rm 0.50- RM 1, itulah nilai harga diri NC UUM dan UiTM kita sekarang. Mungkin lebih murah lagi.


Tuesday, August 12, 2008

Tahniah UMNO! Anda berjaya.


Dalam masa seminggu ini, rakyat dilambak-lambakkan(sampah?) oleh pelbagai isu. Tak terdaya dan tak sempat untuk membersihkannya datang lagi isu lain("Alam Flora "pun tak daya!). Setiap isu yang dilambakkan memberi kesan kepada sesiapa saja yang dituju.Tahukah anda siapa yang melambak-lambakkannya? UMNO ! UMNO lagi...? Tak percaya? Habis siapa lagi? Kita tengok satu persatu:

a) Isu Muzakarah PAS-UMNO.

Menyebabkan PAS menerima 3 kesan. Pertamanya pimpinan PAS mulai diragui oleh Pakatan Rakyat. Yang kedua, ahli PAS seolah-olah terbahagi 2 kem iaitu kumpulan TGAA dan TGAH. Lihat ulasan Husam dan Roslan SMS yang berbeza? Satu sokong kiri dan satu lagi sokong kanan.Yang ketiganya, penyokong PAS dari non muslim mula berfikir 2 kali tentang undi yang diberikan semasa PRU12 yang lalu.

Tahukah anda kesemua situasi yang terjadi diatas bermula dari satu kenyataan Pak Lah ! Satu peluru, 3 hasil. Hasilnya dapat menjatuhkan 3 mangsa!! Hebatkan? Terima kasih juga kepada Khir Toyo dan Tajol Rosli.


b) Isu Majlis Peguam

Matlamatnya untuk menjarakkan lagi hubungan Islam-Non Muslim. UMNO melihat sokongan non muslim kepada PAS semakin bertambah. Lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS. Satu kaedah perlu digunakan untuk menjauhkan PAS dengan non muslim. Akhirnya Majlis Peguam digunakan. Tahukah anda siapa dibelakang Majlis Peguam? Zaid Ibrahim, Menteri jaga Undang-undang. Juga jangan lupa, Sister In Islam juga jaguh dalam membela orang-orang murtad. Siapa dibelakangnya? Anak Pak Lah, Nori.

Mungkin kita lupa, Majlis Peguam amat gembira dengan perlantikan orang yang menentang hudud di Kelantan.

Forum anjuran Majlis Peguam baru-baru ini berjaya melahirkan 2 kesan iaitu untuk menunjukkan UMNO prihatin dengan Islam(tengok komen pimpinan mereka-lakonan je weeh!) dan yang kedua untuk menakutkan non muslim(bukan yang hadir pada majlis itu) bahawa seolah-olah Islam itu ganas( lihat aksi MP Kulim Zulkifli) .


c) Isu UiTM

Isu ini dieksplotasikan seolah-olah MB Selangor pengkhianat umat Melayu. Mungkin ulasan MB tidak sesuai dengan keadaan semasa tetapi UMNO berjaya men"nyala"nya. Woh! Hebat UMNO dapat kumpulkan 8,000 orang untuk berarak ke Pejabat MB. UMNO berjaya meniupkan perasaan perkauman. NC UiTM tumpang semangkuk. Selepas ini rakyat akan dihidangkan disetiap media UMNO(UM,BH,NST danTV3) dengan semangat perkauman Melayu. Anda lihat nanti media UMNO akan provokasi isu ini kepada PAS. Maka akan terbahagilah 2 jawapannya. Ada sokong dan kontra. Inilah yang dicari oleh UMNO.


Kesimpulannya, ketiga isu diatas berjaya dimomokkan oleh UMNO bahawa PAS terbahagi kepada 2 kem, PAS dengan lagak ganasnya dan PAS masih tebal dengan keMelayuannya.

Dan yang lebih penting, rakyat dah lupa kisah Altantunya, kapal selam, MIG, AK Lingam, harga minyak dan sewaktu dengannya.

Kadang-kadang terfikir juga.....bodohnya kita asyik melayani benda-benda ini...

Sunday, August 10, 2008

16 September: Masa depan umat Islam?


Tarikh 16 September ditunggu-tunggu ketibaannya. Menurut ramalan politiknya, tarikh itulah Malaysia bakal mendapat PM baru.(itu cuma ramalan, hanya Allah Taala menentukan segala-galanya).

Bagi pendokong Gerakan Islam samada parti politi maupun NGO, tarikh itu perlu dilihat dari sudut keuntungan Islam. Dalam keadaan kegawatan politik tanahair sekarang, ramai dari kalangan pendokong Gerakan Islam mungkin terlepas pandang melihat perubahan-perubahan politik yang bakal berlaku. Kita mungkin asyik dengan penukaran kerajaan tetapi kita lupa nasib yang bakal menimpa politik umat Islam.

PAS sebagai mewakili kuasa politik orang Islam mestilah bersiap sedia menghadapi suasana yang tidak menentu ini. Pimpinan mestilah mempunyai "rancangan pelan kedua" jika kuasa politik umat Islam tergugat selepas penukaran kerajaan. PAS mestilah melakukan"apa sahaja" demi kelangsungan masa depan Islam di Malaysia.

Kita tidak mahu sikap "liberal" kerajaan baru(?) melangkaui batas-batas sempadan maruah umat Islam. Kita yakin pimpinan PAS mempunyai sikap tanggungjawab yang tegar terhadap masa depan umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang lalu, ternyata kita mempunyai sikap yang terbuka, jelas lagi terang. Kita boleh menerima pimpinan negara yang bukan Melayu tetapi mestilah Islam. Begitu juga kita boleh menerima sesiapa saja individu atau parti untuk menerajui Malaysia, asalkan Islam itu dimartabatkan di tempat yang layak baginya. Sejarah menyaksikan perseteruan kita dengan UMNO walaupun sesama Melayu adalah atas dasar Islam. Apabila UMNO menolak Islam, maka semboyan "perang" mula dibunyikan. Lamanya selama 51 tahun!.

Inilah yang perlu diberi perhatian kepada sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan kerajaan Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Kepada yang non Muslim, anda jangan risau kerana Islam itu bermakna kesejahteraan, keamanan, keadilan, keharmonian dan keselamatan.








Monday, August 4, 2008

PDRM perlu dimerdekakan!


Alahai malangnya negaraku! Kehilangan barang kes (syabu) berharga kira-kira RM 1juta dari IPK Negeri Johor menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan dan ketelusan PDRM. Minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan hampir RM100 juta oleh pegawai atasan PDRM. Hari ini syabu pula hilang.

Kes kehilangan dadah syabu ini bukanlah yang pertama. Pada Mei 2005, kira-kira 60,000 pil jenis psikotropik bernilai kira-kira RM1 juta hilang dari IPK Selangor. Yang peliknya ianya disedari semasa 3 kotak itu dibuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Manakala pada Mei 2006, lebih 1,000 psikotropik hilang dari IPK Kelantan. Cuba bayangkan begitu hebat tahap keselamatan PDRM kita yang kini diketuai oleh IGP Musa.

Hey Musa! Apa sudah jadi dengan PDRM? Kalaulah barang kes itu hilang di Balai Polis Sungai Lembing atau Balai Polis Baling boleh juga alasan itu rakyat terima. Tetapi barang itu hilang di IPK negeri. Sungguh memalukan! Timbul persoalan, adakah IPK kekurangan anggota untuk jaga Bilik Kebal atau asyik menyibuk pantau aktiviti Parti Pembangkang hingga biarkan penyamun berjoget sakan di laman IPK ? Hebat PDRM kita weeh! Mungkin juga ramai anggota terdapat di Cawangan Khas(SB) hingga menjangkau 20,000 anggota dan tugas mereka hanya ganggu rakyat yang menentang UMNO?

Pak Lah, anda tersilap benarkan IGP Musa sambung tugas hingga September 2009. Tahniah IGP Musa kerana di zaman anda prestasi PDRM berada dalam keraguan rakyat yang tinggi! Mungkin gara-gara "sumpahan tilam" 10 tahun lalu. Apa yang pasti rakyat lihat "lakonan" anda mengalahkan lakonan Jalaludin Hasan. Kita cadangkan cogan kata "Saya Anti-Rasuah" diletakkan di dahi setiap anggota PDRM.

Elok warga PDRM renungi pepatah ini: Buruk dan Busuk ikan itu bermula dari kepala. Warga PDRM sememangnya patut malu mempunyai "kepala" yang sudah busuk lagi membusukkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...