ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, June 25, 2008

Paku terakhir untuk keranda Bahasa Melayu

Tinggal 6 bulan lagi untuk keputusan akhir menentukan subjek Sains dan Matematik kekal dalam bahasa Inggeris atau kembali ke bahasa kebangsaan. Sesungguhnya sifat KEBERANIAN adalah antara asas kekuatan sesuatu bangsa. Dalam isu memperjuangkan bahasa kebangsaan,kita perlu ada KEBERANIAN dan KESEPAKATAN seluruh umat Melayu.

Lihatlah Ir Nizar yang kini MB Perak sanggup turun tangga mahkamah bersama anaknya untuk menyaman kerajaan Malaysia diatas isu ini. Kes ini belum selesai lagi. Mengapa Ir Nizar yang berkelulusan luarnegeri sanggup menyaman kerajaan? Kerana Keberanian dan Maruah serta melihat masa depan anak-anak Melayu akan gelap gelita akibat kerja jahat Tun Mahathir dulu.(Ingat :Tun Mahathir bukan Melayu sejati. MIC suruh Tun kenang kembali asal usul keturunannya apabila Tun mengecam Hindraf.)

Kita ada satu lagi talian hayat untuk menyelamatkan masa depan Bahasa Melayu. Apa dia ? Seeloknya semua ibubapa pelajar yang bakal ambil UPSR menyuruh anak-anak mereka TIDAK MENJAWAB LANGSUNG kertas Sains dan Matematik dalam UPSR 2008. Apabila keputusan UPSR keluar keluar, sudah tentu peratus kedua subjek tersebut merosot dan kerajaan akan mengambilkira kemerosotan itu untuk mengembalikan kedua subjek dalam bahasa kebangsaan.

Beranikah kita ? Atau kita mahu bahasa Melayu kita terus LAYU akibat kejahatan politik UMNO? Atau kita sama-sama hantar bahasa Melayu ke Muzium Negara ? Atau kita talqinkannya dan buang ke dalam Laut China Selatan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...