Sejarah adalah peristiwa yang berlaku di masa yang lepas untuk diambil pengajaran dan iktibar di masa hadapan.
Mari kita lihat ke dua buah negara Asia Timur iaitu Hong Kong dan Macau. Hong Kong dahulunya di bawah jajahan British manakala Macau di jajah Portugal. Selama 99 tahun di jajah oleh negara Eropah tersebut, Hong Kong dan Macau maju dan membangun serta rancak pertumbuhan ekonomi. British begitu bersungguh-sungguh membangunkan Hong Kong kerana pulangan ekonomi yang baik. Perlabuhan dan Lapangan Terbang antara yang tersibuk di dunia. Bangunan pencakar langit giat dibina di merata tempat terutama di pulau Hong Kong. Macau pula dibangunkan oleh Portugal sebagai syurga kaki judi.
Kini keduanya kembali dibawah kekuasaan China. Mengapa? Sebenarnya asal keduanya adalah milik China. Ketika British dan Portugal ingin mengambil Hong Kong dan Macau, mereka menandatangani perjanjian dengan China sebagai pajakan 99 tahun bukannya milik kekal. China begitu cerdik melihat dari segi politik jangkamasa panjang. Nah! Pemulangan Hong Kong dan Macau kepada China dalam keadaan kedua negara sudah maju dan membangun. China tidak keluarpun walau sesen duit untuk pembangunan kedua negara tetapi mereka cuma perlu basuh kaki untuk masuk ke Hong Kong dan Macau. Segalanya sudah lengkap. Itulah kecerdikan politik China.
Jom! Kita teropong ke sini pula weeh! Pulau Pinang dulunya milik Kesultanan Melayu Kedah. Tetapi dengan tipu helah dan kebodohan kita sendiri, disedekahkan Pulau Pinang kepada Francis Light British sebagai milik kekal. Walaupun kita telah merdeka tetapi kini umat Melayu merempat dan jadi Red Indian di bumi sendiri. Kerja menjual negeri dan mengadainya dipelopori oleh UMNO. Ini fakta tiada khilaf.
Nun! Lihat pula Singapura. Dulu milik Kesultanan Melayu Johor. Akibat "terlalu cerdik" disedekahkan(Nota: umat Melayu terkenal suka sedekah samada pisang di hari Jumaat atau negeri) kepada Stamford Rafles British sebagai milik kekal. Kini Singapura bukan sahaja memiliki pulau mereka bahkan dapat Pulau Batu Putih dan WPI (bakal).
Lihatlah perbezaan kita dengan China. Walaupun China ketika itu miskin dan dalam kekacauan dengan Perang Candu tetapi maruah bangsa tetap dijaga dan dipertahankan.
Kita segalanya mahu disedekahkan. Bermula dari Tulisan Jawi hinggalah Bahasa Melayu. Pemurahnya bangsa kita........

No comments:
Post a Comment