ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 26, 2008

"Scotland " di Malaysia Timur.

Sejak kebelakangan ini TV3 menerusi Buletin Utama sering memaparkan berita-berita tentang Sabah terutama berkenaan pembangunan. Berita yang dipaparkan seperti kedaifan sekolah, jalanraya, jambatan serta taraf ekonomi penduduk.
Selepas itu wartawan akan menemuramah wakil rakyat(tentunyaBN) untuk dapatkan respon. Wah! Berbuih wakil rakyat bercakap tentang peruntukan jutaan RM dari kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Prihatin terhadap rakyat kononnya.
Umum mengetahui, sejak MP Sabah meluahkan perasaan dalam Parlimen tentang layanan Kerajaan Pusat maka pihak media begitu kerap menyiarkan khabar dari Sabah. Antaranya TV3.
Motifnya untuk menunjukkan pihak KL begitu prihatin. Kita begitu hairan sejak penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia Sept 1963 masih ada lagi sekolah di sana menggunakan lantai sebagai meja, bekalan elektrik terhad, pelajar terpaksa menyambung nyawa menggunakan jambatan gantung untuk ke sekolah. Prasarana sekolah dan jalanraya begitu teruk seperti Kemboja. Anda tak percaya? Tanyalah guru-guru Semenanjung yang mengajar di sana.
Persoalannya inikah hasil kemajuan dan pembangunan yang dicanangkan dan diwar-warkan oleh BN didalam manifesto setiap kali menjelang pilihanraya?
Sebenarnya Sabah dan Sarawak kaya hasil perut bumi. Dikala royalti Terengganu dilanun dan dirompak oleh UMNO, kedua negeri kekal dengan royalti 5%. Malangnya kedua negeri kekal status negeri termiskin di Malaysia. Inikah hasilnya selama 45 tahun dalam Malaysia?
Kemanakah hasil kekayaan mausul diagihkan? Kekayaan negeri dibolot dengan rakus Sang Penguasa sejak zaman Haris Salleh hingga kini.
Cumanya apabila UMNO tewas teruk di Semenanjung, barulah MP Sabah angkat muka dan tunjuk berani. Jika negeri pantai timur Terengganu dan Kelantan dilayan oleh Pusat sebagai negeri Kelas Dua maka Sabah dan Sarawak sebagai negeri Kelas Ketiga! Anda tak percaya? Perumpamaan MP Sabah mengatakan bilik Sabah dan Sarawak dalam rumah banglo BN tepi tandas adalah tidak tepat. Bahkan bilik mereka berdua sebenarnya dalam tandas yang tiada lampu dan air!! Kalaulah Mat Salleh, Rosli Dhobie dan Rentap masih hidup tentunya mereka sedih dan kecewa dengan situasi ini kerana semangat menegakkan maruah bangsa tidak disambung oleh generasi selepas mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...