ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, June 24, 2008

Hasan jadi kambing hitam lagi weeh!

Kesian lihat Tan Sri Hasan Merican tercungap-cungap menjawab soalan tentang Petronas dalam dalam TV baru-baru ini. Dulu Dr Mahathir ketika melanun royalti Terengganu, anak Merican juga yang kena. Kesian.
Sepatutnya masa 1 jam di TV tu boleh digunakan Hasan untuk fikir untuk menambah untung Petronas. Bukan buang masa di TV. Tapi apakah daya kena ikut perintah Pak Lah.
Sebenarnya Tan Sri Hasan, Petronas dan staff nya 30,000 tidak bersalah. Mereka semua tidak terlibat dengan penderitaan rakyat. Mereka sekadar pekerja.
Sebenarnya isu sekarang tentang perjalanan duit sumbangan Petronas kepada kerajaan. Itu sahaja. Janganlah meleret kepada operasi Petronas. Rakyat tidak salahkan 30,000 staf Petronas. Hak mereka tidak pernah dipertikaikan rakyat. Kenyataan Hasan tentang kononnya rakyat marah kepada staff 30,000 orang hanyalah alasan dan hujah yang dangkal. Nasihat rakyat untuk Tan Sri Hasan ialah tumpukan kerja anda. Jangan anda direlakan jadi si kambing hitam atau sibadut maupun pelawak bodoh. Cukuplah Malaysia ada seorang yang jadi badut dan pelawak bodoh iaitu Si RaSHIT SPR weeeh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...