ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, November 27, 2013

MUZAKARAH : PAS masih lurus bendul atau sudah cerdik?




Dalam Sirah,selepas Ghazwah Ahzab,Rasulullah isytiharkan," Selepas ini kita menyerang musuh pula, bukan musuh menyerang kita.......".

Cerita muzakarah timbul lagi.Ianya timbul selepas "kegagalan" UMNO menyekat kemenangan Mat Sabu.

PAS banyak kali "kena tipu" sejak zaman berzaman.

Jika sebelum ini jika sentuh bab Muzakarah,PAS senantiasa berada di pihak yang "bersalah dan kena tipu", biarlah Muzakarah kali ini PASberada di pihak  yang menang dan UMNO keperitan menanggung kesengsaraan!

Muzakarah di pihak PAS adalah untuk kepentingan ummah dan rakyat.

Manakala muzakarah di pihak UMNO adalah satu perangkap dan umpan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Sejarah lama telah membuktikan sejak zaman ayah Hishamudin lagi. Apabila ayah Najib ajak PAS bersatu dalam BN selepas 13Mei 1969,PAS terima. Bila BN kuat dan gagah kembali,PAS ditendang macam kucing kurap di zaman Husein Onn.

Cuba lihat di zaman Mahathir.Selepas perjumpaan PAS-UMNO di Seri Perdana,Dr Mahathir bocorkan rahsia hingga PAS kehilangan kepercayaan kaum Cina. Dikala itu pimpinan PAS dibawah pimpinan arwah Yusof Rawa dan arwah Fadhil Nor semakin mendapat kepercayaan kaum Cina melalui CCC.

Selepas PRU 1999,UMNO asjak lagi PAS ber"muzakarah". PAS hantar Ustaz Nasharudin Mat Isa dan UMNO mewakilkan Khalil Yaakob.

Ketika itu,PAS letakkan syarat-syaratnya.Antaranya kembalikan royalti minyak Terengganu. Pada PAS, muzakarah itu bakal menyatukan ummah tetapi bagi UMNO, perangkap sudah mengena.

Tahun 2004,UMNO menang besar. Sepatah haram tiada ungkapan muzakarah ketika itu.UMNO pimpinan Pak Lah ketawa besar lihat PAS kehilangan Terengganu dan tinggal "nyawa ikan" di Kelantan.

UMNO pandang PAS ketika itu macam " kucing dan anjing kurap".

Apabila PRU 2008, UMNO kalah teruk, Pak Lah terhegeh-hegeh ajak PAS bermuzakarah buat sekian kalinya.

PAS terima pelawaan itu.Lurus bendul.Perangkap sudah mengena. Tujuan UMNO adalah untuk pecahbelahkan pimpinan PAS dan supaya menimbulkan keraguan di kalangan anggota PR.

Lihatlah sampai kini isu UG masih terkesan. Masih timbulkan "pecahbelah" dalam pimpinan PAS melarat kepada isu ulamak-professional.

Cukuplah PAS menjadi selamanya "lurus bendul". Biarlah kali ini muzakarah bakal memenangkan PAS.

Cara untuk menangkan PAS dalam muzakarah kali ini ialah letak syarat yang mudah iaitu :

i) Kembalikan royalti Kelantan.
ii) Beri kebenaran untuk PAS laksanakan hudud di Kelantan.

Jika PMNajib berdolak dalih, ucapkan "sayonara" kepadanya.

Juga PAS mestilah selaraskan kenyataan tentang muzakarah.Hanya Mursyidul Am dan Presiden yang boleh memberi kenyataan melalui saluran rasmi PAS seperti Harakah.

Pimpinan yang lain,di minta jangan "gatal mulut depan mikrofon" depan media barua UTUSAN,TV3 dan sewaktu dengannya.




1 comment:

Anonymous said...

Amat setuju pandangan Tok Pijat.Tepat dan betul yg puak UG dlm PAS menyebabkan timbulnya isu ulamak-profesional sebab diperkudakan UMNO.Puak ni tak faham politik dan belum kenal siapa itu UMNO.Setiap kali UMNO tersepit dan hampir nyawa ikan - muncullah cerita muzakarah.Setuju hanya Mursyidul Am dan Presiden aje yg wajar bercakap dan buka mulut isu muzakarah ni - yg lain tutup mulut dan jangan gatal mulut, termasuk Stopa Ali dan Harun Din.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...