ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, September 17, 2013

Negara dalam bahaya kerana ancaman "benda ini" !


Sekonyong-konyong IGP Khalid mengarahkan entah berapa unit polis mengawasi agar sempadan Malaysia tidak dicerobohi oleh "musuh ketat" negara dalam bentuk "abu" mayat Chin Peng.

IGP Khalid memberi arahan demikian setelah Menteri Polis Zahid Hamidi mengatakan bumi Malaysia tidak menerima abu Chin Peng.

Itu belum lagi arahan Menteri Kapal Selam Hishamudin Husein. Barangkali Hisham akan arahkan beberapa batalion termasuk Regimen Gerak Khas mengawasi sempadan negara laut,darat dan udara agar abu itu tidak masuk ke dalam negara ini.

Skuadron Jet pejuang MIG 29 juga diarahkan berjaga-jaga atas kemungkinan tiupan angin boleh menyebabkan abu itu bercampur jerebu masuk ke negara ini.Bahaya.

Armada Kapalselam juga diarah bersiap siaga atas kemungkinan abu itu dilekatkan pada perut paus maupun jerung untuk diseludup masuk melalui perairan pantai Malaysia.

Lebih hebat dari persiapan menghadapi ancaman Sulu !

Inilah akibat terlalu "pandir" sangat !

Kerana "abu", Menteri dan IGP "gatal mulut" mempromosikan dan mensensasikan isu ini. Rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan kematian Chin Peng menjadi ingin tahu kisahnya.

Mengapa takut sangat dengan abu ?

Takut pemuja komunis memujanya di tugu macam Syiah keliling kubur imam mereka? Apa bezanya dengan polis dan tentera kita? Setiap tahun "sembah" Tugu Negara.

Masih ramai lagikah pemuja komunis di negara kita setelah komunis ditaklqinkan 30 tahun yang lampau ? Apa ada pada abu? Adakah abu itu boleh menghidupkan kembali fahaman komunis?

Barangkali yang ingin keliling "tawaf" abu Ching Peng hanyalah Hishamudin Rais sahaja.

Bermula dari politikus,IGP hingga JKKK semuanya di"pandirkan" oleh abu Chin Peng!

Sekarang isu ini dipanjangkan dengan pertanyaan, jika Chin Peng dianggap sebagai pengganas dan pengkhianat negara, bagaimana arwah bapa PMNajib yang pernah menjalani perkaderan  tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di negara ini?

Sepatutnya pimpinan politikus,pmpinan polis dan tentera tidak panjangkan isu ini.Biarkan ianya berlalu begitu sahaja.Tidak ulas dan komen panjang-panjang.

Pandirnya kita kerana menyibukkan diri dengan abu sedangkan kadar jenayah bertambah meningkat di negara kita.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...