ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Nak kata kelakar ,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini. Masing-masing "keluar...
-
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti A...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk ...
Sunday, September 8, 2013
Hodohnya bergaduh dengan orang tua......
Semacam berpakat apabila IGP Khalid berganding bahu dengan TPM Muhyiddin dan Menteri Nazri Aziz "membelasah" Sasterawan Negara Pak Samad dalam isu malam Merdeka.
Khalid menuduh Pak Samad menyorok manakala Muhyiddin pula menuduhnya tidak senonoh.
Khalid pernah disaman dalam kes Kugan.Bahkan hakim berkata Khalid bertanggungjawab berhubung kesalahan yang dilakukan dalam kes ini.
Muhyidin pula banyak tersasul dalam beberapa perkara seperti isu anjing sambut raya dan terkini NGO Cina menuduhnya menipu dalam isu penggunaan pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah Cina.
Nazri pula,semua orang kenal dia.Terkenal dengan "mulut jahat" dan isyarat lucah dan anaknya yang samseng.
Merujuk kepada isu Pak Samad malam merdeka. Beliau tidak mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.Bahkan sajaknya tiada kaitan langsung dengan bendera itu.
Penangkapan Hishamudin Rais mungkin ada logiknya. Tukang promosi bendera itu bahkan dalam blognya ada gambar pijak bendera Jalur Gemilang.Satu penghinaan buat bendera negara.
Tetapi "menyerang" Pak Samad hingga peringkat menuduhnya bukan-bukan dan mengetuk pintu rumah melebih jam 12 tengah malam adalah satu perbuatan melampau dan kejam.
Adakah IGP serta rakan-rakan UMNOnya sudah hilang adab budaya Melayumenghormati orang tua?
Kalau Khalid,Muhyiddin dan Nazri mahu belajar adab,mereka boleh mengadap Rais Yatim.Dia tahu selok belok adab budaya Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment