ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Nak kata kelakar ,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini. Masing-masing "keluar...
-
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti A...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk ...
Saturday, September 14, 2013
MALAYSIAKU : Saya keluar....awak masuk pula....!
Selepas PRU 13, banyak kejadian "aneh, jijik dan memalukan" berlaku di Malaysia. Terutama soal kehakiman.
Perhatikan dua kes ini ini membabitkan PMNajib.
Pertama, Mahkamah membebaskan dua tertuduh yang mengaku membunuh dalam kes Altantuya Shariibuu. Tertuduh didakwa menggunakan letupan C4 milik Kementerian Pertahanan yang ketika itu Najib menjadi Menterinya.
Mahkamah membebaskan dua tertuduh kerana hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. Antaranya tidak memanggil Deputi Supritendan Musa Safri, Bukan sahaja mahkamah membebaskan mereka berdua bahkan IGP Khalid juga tidak "berminat" untuk mencari siapakah sebenar pembunuh gadis Mongolia itu. Aneh bukan?
Kedua, bagaimana sikap Hakim yang begitu "bersemangat dan teruja " untuk menghumban 13 individu ke penjara dengan serta merta tanpa menerima permohonan untuk menangguhkan hukuman untuk mendengar rayuan.
"Jenayah dan kejahatan" 13 individu yang berumur 26 hingga 56 tahun ialah membantah kudeta Kerajaan Perak yang diketuai oleh Najib sendiri selaku Timbalan PM ketika itu.
Mereka semua tidak membunuh, jauh sekali menggunakan letupan C4.
Bahkan 13 individu ini tidak pula menggunakan topeng menutup muka sepanjang kes mereka dibicarakan berbanding dua tertuduh dalam kes Altantunya.
Menariknya, Penjara Tapah baru sahaja membebaskan seorang penghuninya yang terlibat dalam kes Altantunya dan kini menerima "tetamu baru" dalam kes kudeta kerajaan Perak.
Lebih menarik, kedua kes ini membabitkan PMNajib. Hebatkan ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment