Seminggu telah berlalu BERSIH 3.0. Yang pasti yangmasih ketawa besar dan makan besar adalah Menteri Polis merangkap sepupu PMNajib Si Hishamuddin bersama pegawai atasan Bukit Aman.
Apa tidaknya, rancangan dan strategi beliau bersama pegawai Bukit Aman mengena dan menepati sasaran. Barangkali semua pegawai Bukit Aman tahu tentang kerja jahat Hishamuddin kecuali IGP Ismail. Ismail tidak tahu kerana terdapat kenyataannya bercanggah dengan Hishamudin iaitu tentang rampasan kamera mengikut SOP. Hisham kata "boleh" manakala IGP Ismail kata "tidak boleh". Adakah IGP Ismail tidak dibawa mesyuarat untuk huru harakan BERSIH 3.0 ?Tiga startegi yang "amat tepat" mengena iaitu :
a) membawa 2,000 anggota polis menyamar menjadi peserta BERSIH 3.0. Mereka inilah yang melontar batu ke arah peronda polis yang dipandu Konstabel Kamil hingga melanggar peserta BERSIH.
b) membuka pagar dan kawat berduri untuk memberi laluan dan "lesen besar" polis bawahan bertindak ganas.
c) menyebarkan berita kematian polis untuk anggota polis bawahan "bersemangat" membantai rakyat.
( nota: taktik ini juga dilakukan dalam peristiwa Memali Nov 1985 , anggota polis bawahan ditipu oleh pegawai atasan yang menyatakan serangan bakal dilakukan keatas "pengganas komunis" )
Cuba anda lihat analogi yang berlaku semasa penahanan rakyat. Yang memukul,tendang,maki, tampar serta tumbuk adalah anggota bawahan. Pegawai atasan duduk jauh-jauh dan sekadar memerhati dari jauh.
Sebab apa ? Mereka inilah yang merancang dan sudah tentu tidak mahu mengambil risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini. Siapa mahu naik turun mahkamah ! Mangsanya adalah anggota bawahan.
Amat melucukan apabila "bakal" IGP Bakri dan Ketua Polis KL Mat Salleh mengugut rakyat menangkap serta siarkan gambar peserta BERSIH 3.0. Hebatnya juru foto polis yang mengambil gambar peserta dalam keadaan "marah" untuk menunjukkan betapa "ganas"nya peserta BERSIH 3.0
Taktik basi ini juga telah digunakan semasa BERSIH di Terengganu yang mengakibatkan seorang rakyat ditembak peluru hidup oleh anggota polis kaki arak ! Hingga bersemangat Si AG Gani untuk turun sama untuk pastikan rakyat marhein itu disumbat dalam penjara!
Nasihat untuk Si Bakri dan Mat Salleh , untuk mencepatkan Hishamuddin naik pangkat anda berdua, tampalkan 49 gambar di seluruh negara terutama di tiang lampu TNB. Rasanya bukan sekadar 49, orang. Ada baki 299,951 lagi baki orang yang bertindak "ganas" semasa BERSIH 3.0. Nak siar gambar biar adil !
Satu lagi, dalam 49 keping gambar yang di "WANTED"kan itu, takkan tiada satupun gambar anggota polis seramai 2,000 yang menyamar ?
Hey Hishamudin ! Hari ini anda boleh berjoget sakan, minum-minum sampai mabuk. Tetapi ingatlah langit tidak selalunya cerah. Hari ini anda bersama pegawai atasan polis boleh ketawa besar hingga pecah perut lihat anggota bawahan diperbodohkan dan dilagakan dengan rakyat.
Barangkali anda ketawa besar dan makan besar kerana ada ribuan anggota polis, puluhan trak Water cannon, puluhan ribu gas pemedih mata, puluhan ribu SB bersama anda.
Tetapi ingatlah! Kami ada ALLAH TAALA.
1 comment:
Ismail tidak tahu kerana terdapat kenyataannya bercanggah dengan Hishamudin iaitu tentang rampasan kamera mengikut SOP.
Post a Comment