ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 : Perhatikan betul-betul....

 

Seperti yang dijangkakan, penamat BERSIH 3.0 seperti BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 iaitu mesti ditamatkan dengan pancutan air "kencing" polis dan tembakan gas serta disusuli oleh sepak terajang polis.


Ini adalah lumrah bagi demostrasi yang dihadiri selain puak-puak UMNO.

Cuma kita perhati beberapa perkara dan perbandingan antara BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.

Sebelum BERSIH 2.0, ribuan laopran polis dibuat oleh barua-barua UMNO. Siang malam TV barua menyiarkan pelbagai kencaman dan fitnah terhadap BERSIH 2.0. Polis tumpang semangkuk. Menangkap ahli Parti Sosialis dengan dakwaan komunis. Juga polis KL buat gempak kononnya jumpa parang,minyak petrol dan bom petrol dalam pasu !

Itu belum lagi dengan puluhan sekatan polis menuju KL.

Berbanding dengan menjelangnya BERSIH 3.0, Menteri Polis Hishamudin mulakan dengan "kebenaran" berhimpun. Selang 24 jam kemudian, polis KL membatalkan "kebenaran" itu. Akhirnya mahkamah kanggaru mengharamkan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Anehnya, tiada tangkapan ke atas pemakai baju kuning, tiada dakwaan komunis dan tiada penemuan senjata oleh polis menjelang BERSIH 3.0.

Rupa-rupanya, UMNO,media dan polis sedang merancang sesuatu...........

UMNO berjaya melagakan polis dengan rakyat. Contohnya tersebar berita anggota polis "terbunuh", hingga polis mengamuk sakan.

Barangkali si Kamil yang bawa kereta peronda menjadi mangsa kambing hitam UMNO. Barangkali anda boleh meneka, siapa yang memberi arahan kepada si Budak Kamil agar bawa kereta laju-laju dengan Sogo !

Sehari selepas itu, PMNajib dengan bibir merahnya menziarahi Kamil di hospital malangnya PM tidak dibenarkan menziarahi Ketua Muslimat PAS Selangor ! Barangkali si muslimat itu takut PMNajib membawa C4 !


Cerita kisah kereta polis yang diterbalikkan sama seperti kereta TV3 yang dikeronyok zaman reformasi 1998. Semuanya dilakukan oleh SB. Samada tukang tendang maupun tukang provokasi.

Segalanya ditolak oleh rakyat. Penipuan UMNO yang dibantu oleh SB tentang BERSIH 3.0 ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

UMNO juga tahu hakikat ini. SB juga tahu dan segala perkakas UMNO juga tahu. Buktinya, lihat selepas 5 hari BERSIH 3.0, timbul pula kes video "Azmin " dengan videonya. Ini tandanya UMNO gagal untuk mewajah hodohkan BERSIH 3.0.

Selepas video "Azmin" , apa pula modal UMNO ?

Apapun itu tidak penting bagi Rosmah Mansor. Kini beliau bersuka sakan menghabiskan duit rakyat di Pahang selama 5 hari dalam Karnival Bini-Bini Wakil Rakyat BN.

Mari kita pakat jeling-jeling beg tangan beliau.......jenis apa tu ? Berapa sen harganya?


1 comment:

Anonymous said...

Perangai Pembangkang dah macam ini nak buat macamana, kalau otak dah letak kat lutut, yang benar pun diubah seolah-olah orang lain yang bersalah, PKR, PAS dan DAP dah sah parti yang jahat, munafik, laknat dan sangat menyakitkan hati, selalu mengatakan kerajaan zalim, anda semua kata zalim, kepala kamu semua kena pancung ke? anak bini kamu kena rogol ke, harta benda kamu kena samun ke, BODOH! SENGGAL! aku tengok pembangkang betul betul menyakitkan hati, sikit-sikit rakyat dijadikan benteng, rakyat sekarang hidup aman parti anda yang mengada-adakan cerita. CELAKA betul lah Pakatan Rakyat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...