ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Saturday, August 13, 2011
SERBUAN GERAJA : Siapa bersalah?
Serbuan JAIS keatas gereja tempoh hari mengundang beberapa persoalan dan memperlihatkan beberapa kemelut umat Islam. Sewajarnya kita juga perlu merenungi peristiwa tersebut di luar kotak pemikiran kita. Samada secara pro dan kontra.
Beberapa persoalan timbul. Mengapa MB tidak diberitahu tentang serbuan itu. Adakah ini satu "projek UMNO" untuk lagakan MB-PAS(Hasan Ali) - JAIS ?
Sejak PMNajib isytiharkan "perang" merampas negeri terkaya di Malaysia, sudah tentu UMNO mempunyai 1001 taktik kotor dan jahat untuk melaksanakannya.
Undi non Muslim telah jatuh merundum teruk untuk UMNO sejak peristiwa Beng Hock, pembakaran gereja, kalimah Allah , kepala lembu dan aksi PERKASA.
Boleh dikatakan undi mereka sudah tiada buat UMNO dan BN.
UMNO tentunya memikirkan bagaimana untuk jauhkan dan renggangkan antara non Muslim dan PR khususnya PAS.
Tidak dapat tidak, perlu ada isu yang boleh "terbakar" antara PAS dan non Muslim.
UMNO amat takut jika non Muslim memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS. Lebih memeritkan UMNO dengan Perhimpunan BERSIH baru-baru ini. UMNO cemas melihat non Muslim berganding bahu dengan PAS. Begitu juga ada laporan non Muslim merasai selamat bersama PAS dalam BERSIH tempoh hari.
Begitu juga UMNO juga cuba menporak perandakan dalam PAS agar pimpinan seolah ada kem-kem.
Isu serbuan gereja mempunyai beberapa persoalan untuk difikirkan bersama. Antaranya :
1) Mengapa MB tidak dimaklumkan oleh Exco Hasan Ali?
2) Adakah SUK ada peranan dalam JAIS seperti memberi arahan ?
3) Serbuan untuk mencemarkan imej PAS sebagai Parti Islam?
4) Adakah Gereja itu dijadikan "kambing hitam" projek UMNO?
5) Taktik pecah belah UMNO nampaknya berjaya melagakan Hasan Ali dan Khalid Samad ?
6) Adakah gereja mengambil peluang atas"toleransi" PAS selama ini?
7) Sanggupkah gereja memohon maaf jika benar berlaku kempen pemurtadan?
Apapun keputusannya bakal diumumkan selepas raya.
Serbuan ke atas gereja juga memperlihatkan kelemahan kita umat Islam .Antaranya :
1) Pengagihan duit zakat.
2) Birokrasi Jabatan Agama.
3) Tiada undang-undang murtad.
Bayangkan jika kita ada peruntukan undang-undang murtad, sudah tentu tiada apa yang perlu kita risaukan tentang "kunjungan ke gereja".
Kita tidak mahu kerana serbuan ini, Hasan dan Khalid "bermasam muka dan bertikam lidah". Di mana ilmu tarbiyah anda? Hebat benarkah kalian berdua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment