ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, August 20, 2011

Perbanyakkan program kerohanian bukan perbanyakkan pembelian KALISTER !


Dalam keadaan Si Hishamudin sepupu Najib dan IGPIsmail sekonyong-konyong bekerja keras menafikan keganasan anggota polis dalam perhimpunan BERSIH, tiba-tiba meletup khabar yang tidak enak didengar tentang aksi "hebat" anak buahnya yang merompak warga Bangladesh.


Berikut beberapa fakta menarik yang boleh dibuat renungan :
1) Rompakan berlaku sebulan selepas BERSIH 2.0.
Adakah anggota ini juga yang memaki hamun, sepak terajang, tumbuk peserta BERSIH ? Barangkali mereka berlatih "rompakan" semasa BERSIH!

2) Anggota PDRM dari Balai Dang Wangi. (lokasi terdekat BERSIH).
Masih ada lagikah anggota dari Dang Wangi yang berperangai demikian? Ketua Balai, sila lakukan kekerapan pemeriksaan keatas anggota. Barangkali asyik ikut telunjuk UMNO, terlupa tengok anggota sendiri.

3) Berlaku dalam bulan Ramadhan.
Adakah anggota yang beraksi perompak itu berpuasa dalam bulan Ramadhan. Barangkali solat lagi jauh untuk ditunaikan. Tergamak polis merompak orang asing sesama Islam yang berjauhan dari keluarga untuk mencari sesuap rezeki?

4) Melibatkan 5 anggota merompak 16 orang serentak. Hebat!
Memang polis kita hebat. Yang bunuh gadis Mongoliapun, anggota polis. UTK pulak tu. Barangkali ada berhujah, cuma 5 orang sahaja. Sedikit. Juga ada berhujah, bagaimana kami hendak kawal ratusan ribu anggota?
Inilah hujah yang didendangkan dulu,kini dan selamanya.

5) Umur anggota masih muda. Bawah 30 tahun.
Usia muda ini digunakan untuk merompak. Baru lulus jadi anggota PDRM sudah buat "tahi". Perlunya semakan dan penyusunan semula modul di PULAPOL. Lebihkan subjek agama. Wujudkan unit agama sama gah dengan UTK. Bukan besarkan unit FRU. Barangkali inilah kesannya akibat "manjakan " FRU. Perbanyakkan program sentuhan rohani kepada anggota bukan perbanyakkan serbuan keatas musuh UMNO !

6) Berpangkat Konstabel.
Adakah pangkat konstabel masih bergaji kecil hingga mereka sanggup merompak untuk sara hidup? Atau Panel Pemilihan PDRM terlepas pandang memilih perompak masuk dalam PDRM ?
Atau umpama seperti pepatah Cina, "Buruk ikan bermula dari kepala" . Teringat kata-kata Mat Sabu yang hairan dengan anggota polis yang memiliki rumah dan kereta tidak padan dengan gaji mereka!


Sempena Ramadhan Mubarak ini, bermula IGP hingga peringkat bawah sama-sama bermuhasabah. Barangkali Allah Taala menghantar "isyarat" agar PDRM kembali kelandasan sebenar. Berkhidmat untuk rakyat bukan untuk UMNO.


Mungkinkah ini satu "bala bencana" buat PDRM ? Semakin banyak penafian tentang keganasan polis semakin banyak pula terbongkar kes anggota PDRM buat hal-hal yang memalukan dan mencemar imej mulia PDRM.

Jadikan setiap kedatangan Ramadhan Bulan Muhasabah PDRM. Setuju IGP Ismail ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...