ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, August 22, 2011
Ramadhan yang penuh dramatik dan berdarah di bumi Arab.
Sesuatu yang menarik yang berlaku 10 terakhir Ramadhan Mubarak ini. Lailatul Qadar adalah suatu yang pasti.
Yang lainnya berkenaan dua peristiwa yang berlaku pada 10 terakhir Ramadhan di dunia Arab. Pertamanya tentang keberanian pemuda Mesir memanjat bangunan 22 tingkat Kedutaan Israel dan menurunkan bendera Israel kemudian membakarnya.
Sejak kejatuhan Mubarak, rakyat Mesir dapat mengembalikan kembali maruah negara yang tercemar akibat Perjanjian Cam David 1978.
Kita mendoakan langkah seterusnya rakyat Mesir menghalau diplomat Israel dari bumi Mesir dan seterusnya menutup Kedutaan Zionis.
Manakala yang kedua adalah jatuhnya dan berakhirnya era Muammar Gadaffi berkuasa di Libya selama 40 tahun. Gaddafi adalah pemimpin Arab ketiga yang tumbang pada tahun ini selepas Ben Ali dan Hosni Mubarak.
Gaddafi tumbang bersama anaknya yang direkrut untuk menggantikannya
Kita sedang menunggu berita kejatuhan Bashar al Assad yang membunuh umat Islam Syria hampir 3,000 orang di bulan Ramadhan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment