ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Saturday, June 4, 2011
Mat Sabu :Tugas Besar Menunggu Anda.
Alhamdulillah. Telah selesai pemilihan Timbalan Presiden PAS. Tuan Haji Muhammad Sabu dipilih dengan undian terbanyak daripada dua lagi calon iaitu Ustaz Nasharudin Isa dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mengapa Mat Sabu dipilih? Apa saja andaian, hujah dan alasan anda, yang pasti ianya kehendak dan penentuan dari Allah Taala. Full Stop.
Kalau kita melihat calon Timbalan Presiden, masing-masing semacam membawa bayangan tokoh terbilang PAS. Misalnya Ustaz Nasha membawa imej Arwah Ustaz Fadhil manakala Ustaz Tuan membawa perwatakkan imej TG Nik Aziz.
Cumanya Mat Sabu barangkali membawa 1001 wajah ahli PAS yang terdiri dari kaum marhein, muda, nelayan, buruh, petani, tua dan sewaktu dengannya.
Pokoknya Mat Sabu membawa imej golongan kebanyakkan berbanding Ustaz Nasha dan Ustaz Tuan membawa imej individu.
Barangkali atas sebab inilah Mat Sabu terpilih. Juga barangkali pewakilan ingin membuat perubahan menukar citarasa. Setelah hampir 20 tahun, ulamak menguasai rangking teratas pimpinan, maka kini tiba giliran golongan bukan aliran agama mendudukinya.
Sebenar, tiada apa hendak "dibimbangi" jika golongan bukan ulamak menduduki kerusi teratas pimpinan. Ini kerana Majlis Syura dan Dewan Ulamak boleh memantau perjalanan parti. Mereka boleh menegur jika ada tanda-tanda kegelinciran berlaku.
Hubungan akrab Mat Sabu dengan Lim Guan Eng adalah satu kelebihan untuk PAS menarik lebih ramai lagi non muslim menyokong PAS. Begitu juga kemampuan Mat Sabu mengetuai demostrasi suatu yang tidak perlu dipertikai lagi. Lebih-lebih lagi dengan demo BERSIH pada Julai nanti.
Apapun Mat Sabu mantan graduan Universiti Kedua Kemunting bakal teruji dengan 1001 macam lagi ujian. Antara perkara yang perlu dihindari oleh Mat Sabu ialah :
a) Menjauhi dari diwawancara oleh media barua UMNO terutama Utusan dan TV3.
b) Tidak menyebut lagi tentang yang berkaitan Syiah seperti Iran, Khomeini dan lainnya.
c) Menarik lebih ramai lagi anak muda, non muslim dan golongan FELDA menyokong PAS.
Abang Mat, anda mampu melakukannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saya suka blog ni amat2...tolong follow saya
blogmusafir...sile follow blog sye ye..insya-Allah ade manfaatnye..
Apa dah jadi dengan orang besar baru PAS sekarang ni? kritik/bising2 sesama jemaah di ruang terkankang begini? macam tak siuman yang mereka ada saluran yang sepatutnya. Heran aku dng mat sabu ni, duk ceramah kat malaysiakini hal dalam seluar! Yang orang muda dari johor pun satu hal. Tak siuman lagi ke yang kita dah jadi orang tinggi dalam jemaah???
Post a Comment