ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, March 1, 2011

Agaknya RM888 bilion milik siapa ya?


Laporan Finacial Integrity (GFI) mendedahkan aliran wang haram yang keluar dari bumi Malaysia berjumlah RM888 bilion. Ianya dalam tempoh 9 tahun bermula tahun 2000.



Dahulu semasa belum meluas penggunaan internet, ramai rakyat bawahan tidak mengerti apa makna aliran wang haram yang keluar dari negara ini.



Adakah seperti Mat Taib pikul guni wang semasa di Australia ? Atau macamana?



Barangkali semakin ramai rakyat telah faham makna istilah itu apabila 2 regim di Afrika Utara digulingkan oleh rakyat.



Rakyat semakin memahami dan tahu bahawa istilah aliran keluar wang haram ke luar negara bermakna itulah pekerjaan "utama" pemimpin sesebuah negara apabila di usir oleh rakyat sendiri. Inilah "pekerjaan utama" Marcos, Shah Iran, Zainal Abidin, Hosni Mubarak dan bakal menyusul Gaddafi. Kerja jahat ini juga dibantu oleh Wanita Pertama negara tersebut.



Itu setelah mereka tidak berkuasa dan tidak jadi pemerintah.



Tetapi yang pelik dan uniknya, aliran wang haram di Malaysia berlaku dalam keadaan tiada pemberontakan, penggulingan dan peperangan. Begitu mudah.



Rakyat Mesir, Filipina, Iran dan Tunisia mengetahui tentang harta negara mereka yang dirompak setelah pemimpin diguling dan dihalau.



Agaknya bilakah rakyat negara ini tahu siapa pemilik-pemilik sebenar RM888 bilion itu ?


Adakah Dr Mahathir juga termasuk senarai itu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...