ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, March 1, 2011

Adakah Ikhwanul Muslimin tahu guna C4 ?


Sekonyong-konyong PMNajib di bumi Bapa Sekular Kamal Attaturk mengaitkan Ikhwanul Muslimin (IM) dengan imej keganasan dan pelampau.


PMNajib tidak menuduh secara langsung IM sebagai pengganas tetapi secara berlapik dan menyandar kepada pihak lain iaitu persepsi umum.


Mengapa PM Najib bersandarkan "persepsi umum" ? Mengapa tidak berani menuduh terus ?


Apabila PMNajib berkata demikian bersandarkan "persepsi umum", ini menunjukkan Najib juga termasuk dikalangan yang terpengaruh dengan dakyah Barat dan Yahudi kononnya IM sebagai pengganas.


Kita juga hairan kenyataan Najib ini dibuat selepas Hosni Mubarak tumbang dan Dr Yusof Qardawi menyeru agar pemimpin Libya Muammar Gaddafi dibunuh.


Adakah Najib bimbang kebangkitan rakyat Mesir berjangkit pula kepada rakyat Malaysia?


Barangkali Najib bimbang nasibnya dan UMNO akan sama seperti nasib Mubarak, Zainal Abidin Ben Ali dan Gaddafi.


Lebih-lebih lagi usia UMNO memerintah Malaysia melangkaui lebih 50 tahun berbanding Mubarak sekitar 30 tahun, Ben Ali 23 tahun dan Gaddafi 40 tahun.


Kita melihat pemahaman PMNajib terhadap IM sama seperti pandangan Barat dan Yahudi. Ini tidak menghairankan kerana penasihat UMNO adalah APCO.


Mengikut rekod IM adalah sebuah pertubuhan yang cintakan keamanan dan kedamaian. IM tidak seperti Al Qaedah dan Jamaah Islamiyyah yang memilih kekerasan untuk mencapai matlamat.


Sejarah IM membuktikan tiada aktiviti sepanjang kewujudannya di serata dunia bercorak keganasan dan pelampau. Bahkan IM lah yang sering ditindas, dijadikan "spacegoat" dan ramai anggota dan pemimpinnya dibunuh, disiksa dan dipenjarakan oleh regim pemerintah.


Lihatlah nasib Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Abdul Qader Audah dan puluhan lagi anggotanya yang hilang entah kemana tiada kubur.


Adakah PMNajib membaca sejarah IM atau buat-buat "buta" kerana ikut telunjuk APCO?


Sepatutnya PMNajib cermin dahulu diri sendiri sebelum menuduh pihak lain pengganas dan pelampau. Barangkali jika Najib "cermin dirinya" , beliau akan lihat wajah Altantuhya dan letupan c4.


Selepas itu tentulah Najib tahu bagaimana "persepsi umum" terutama rakyat Malaysia, Monggolia, Singapura dan Peranchis terhadap diri dan isterinya.


Apapun sehingga kini, masih timbul soalan "cepu emas" iaitu siapakah yang menyuruh 2 orang UTK mengebom gadis Monggolia itu menggunakan bahan letupan C4 ?


Anda tentu mampu menjawabnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...