ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, September 29, 2010

40 kilogram : Apa sudah jadi ?


Masihkah kita ingat rampasan dadah terbesar di Malaysia Jun tahun lepas? Ketika itu PDRM di bawah Musa Hasan. Media perdana saban hari menyiarkan gambar-gambar dan laporan tentang kejayaan polis dalam kes tersebut.


Ketika itu Musa Hasan sedang membawa kempen PDRM " Saya anti rasuah" kepada anggota PDRM. Tidak cukup dengan itu, Musa menyampaikan penghargaan kepada anggota polis yang terlibat dengan kes itu bahkan dinaikkan pangkat kerana tolak rasuah yang cuba diberikan oleh tertuduh.


Apakah yang terfikir di fikiran anda ketika itu? Tentunya orang yang tertuduh bakal digantung mandatori. Memangpun, dadah seberat 753kg yang dimuat dalam kontena. Bukan 10 gram yang dimuat dalam poket seluar jeans!


Kita juga memuji PDRM pimpinan Musa kerana merampas dadah itu, juga pengorbanan anggotanya yang sanggup menolak rasuah. Imej rasuah anggota PDRM pulih seketika


Tiba-tiba hari ini, kes ini dibuang. Tertuduh dibebaskan dari tali gantung.


Sebabya, bahan bukti dihapuskan. Bukan tikus makan. Bukan hanyut dilanda tsunami. Bukan hangus dalam kebakaran. Bukan dan bukan.


Sebabya, anggota polis yang mencurinya. Bukan 4 gram tetapi 40 kilogram. Sekali lagi 40 kilogram! Sekilo dadah berapa weeh?


Apa sudah jadi pada PDRM? Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan dan keselamatan pada PDRM? Ini semua berlaku zaman Musa Hasan.


Barangkali kes ini adalah "pengakhiran penuh dramatik" jasa Musa Hasan terhadap PDRM dan negara! Memalukan.


Kadangkala kita terfikir, mengapa kes dadah tidak selesai-selesai walaupun pelbagai akta digubal. Semuanya membawa hukuman yang berat. Tetapi masih dan bertambah ramai anak muda menagihnya. Pusat Serenti saban tahun bertambah pembinaan dan penghuninya.


Apabila kita melihat kesudahan kes ini, barulah kita tahu mengapa masalah dadah tiada penyelesaian bahkan lebih teruk lagi!


Hari ini, kes Sosilawati pula menjadi perhatian umum. Apabila melihat kepada bagaimana pembunuhan terjadi, sudah tentu dalam fikiran kita pembunuh mesti di tali gantung. Terutama 2 suspek utama.


Apakah peristiwa yang berlaku di Mahkamah Kuantan semalam bakal berulang lagi dalam kes Sosilawati. Bahan bukti bakal hilang? Begitu juga adakah kesudahan kes Sosilawati juga sama seperti berakhirnya kes Altahtunya?


Kepada IGP Ismail Omar, pulihkan segera integriti dan ketelusan PDRM. Jika tugas utama PAS mem"basuh" semula tahi yang ditinggalkan UMNO di Kelantan , Kedah dan Terengganu ketika memerintah negeri-negeri tersebut, kini tugas IG Ismail membasuh "tahi" yang di tinggalkan oleh Musa Hasan. Selamat Membasuh!






Monday, September 27, 2010

Berapa juta mereka dapat?


Sekonyong-konyong Reezal Naina Merican berlagak menjadi orang Islam yang sejati. Seolah-olah beliaulah orang yang mementingkan keberkatan dan bercakap tentang najisnya judi.



Itulah wajah-wajah pimpinan UMNO. Depan rakyat berlagak alim, kudus dan suci.



Di belakang rakyat, bertong-tong arak ditogok. Puluhan artis, personaliti media gugur di riba mereka. Kelab dangdut, disko tempat "ibadat" mereka. Bahkan merekalah menjadi taukeh-taukeh pusat maksiat.



Tanyalah Tengku Adnan Mansor, siapa punya saham dalam syarikat arak dan judi. Pastinya Setiausaha Agung UMNO ini akan memberikan secara telus maklumat ini!



Hari ini, Si Rezal ini bercakap tentang judi. Katakan padanya...pooorah!



Adakah UMNO Pulau Pinang begitu benci dan marahnya mereka pada Lim Eng Guan kerana Eng Guan haramkan judi bola di Pulau Pinang?



Akibatnya UMNO tidak mendapat habuan dan komisen hasil jualan judi bola.



Bayangkan jika judi bola diluluskan oleh Eng Guan, berapa RM juta yang bakal dikaut oleh Reezal dan pimpinan UMNO Pulau Pinang.



UMNO dan Judi bagaikan aur dengan tebing. Sehati sejiwa.



Tiada judi bermakna tiadalah UMNO di bumi Malaysia. Ini adalah realiti.


PRK Dun Galas: Menteri Judi dan Ketua Katak bakal bertanding?


Nampaknya orang Galas bakal diguguri "durian runtuh" selepas Manek Urai. PRK kali ini adalah kali kedua di Kelantan selepas PRU 12. Pertamanya di Manek Urai.

Kali ini melibatkan DUN Galas dalam Parlimen Gua Musang kawasan stronghold Tengku Razaleigh Hamzah.


Menariknya, cuma DUN Galas sahaja dapat ditakluki PAS dalam PRU 2008. Itupun dengan majoriti tipis 646 undi.


Dengan mempunyai cuma 65% undi Melayu manakala selebihnya 22% undi Cina, 10% orang asli dan 2% undi India, DUN Galas menjanjikan satu pertarungan yang sengit.


PRK DUN Galas ini bakal menarik minat seluruh negara kerana ianya bakal menimbulkan beberapa spekulasi menarik. Antaranya :


1) Sikap Ku Li setelah tuntutan royalti minyak Kelantan. Ku Li bersama Kerajaan dan Rakyat Kelantan dalam isu ini. Adakah Ku Li turut berkempen dalam PRK ini? Siapakah yang bakal dikempenkannya?


2) Adakah "bakal" Menteri Besar Kelantan Awang Adek Husin bakal bertanding setelah di"ko"kan dalam PRU 12 dalam perebutan kerusi DUN dan Parlimen Bachok? Kerusi Timbalan Menteri adalah "sedekah" dari Pusat. Bukan melalui undi rakyat.
Seeloknya Awang Adek bertanding bagi menguji sokongan rakyat terhadap isu judi bola! Atau beliau bakal ditendang seperti bola oleh rakyat DUN Galas!


3) Adakah parti "katak" juga turut bertanding? Ketuanya sekarang Ibrahim Ali sekadar menjadi MP Pasir Mas atas ehsan MB Kelantan. Beliau seeloknya bertanding bagi menguji kehebatannya "mengONG". Jika menang, baru meriah suasana Persidangan DUN Kelantan dengan bunyi ONGnya.
Kalau kalah, jadinya seperti "mati katak". Ibrahim Ali boleh mengajak MP Katak yng lain seperti YB Kulim dan rakan-rakannya tolong kempen. Baru ONG !


PRK Dun Galas bakal melihat aksi pemain bola (PAS) menendang bola (judi bola BN) mengenai katak (Perkasa) ! Insya Allah.

Thursday, September 23, 2010

UMPAMA HIDUP DALAM ISTANA FIRAUN






Semasa Firaun berkempen menghapuskan anak-anak lelaki Bani Israel, bonda Nabi Musa as melahirkan Nabi Musa as. Allah Taala metakdirkan Musa as diambil pihak Istana Firaun dari sungai lalu memberi kehidupan di Istana Firaun.



Akhirnya Nabi Musa as sendiri menentang tuan yang membelanya dan yang memberi makan minum padanya.






Jalan liku perjuangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari sedikit sebanyak seperti yang dilalui Nabi Musa as.



Inilah juga hujah dan "fatwa" bagi mereka-mereka yang berjuang demi kebenaran tetapi dalam masa yang sama berkhidmat kepada penentang kebenaran. Kisah Nabi Musa sebagai ikon dan pedoman perjuangan.



Dalam suasana Utusan sedang "berperang" habis-habisan melawan Ketua Menteri Pulau Pinang, tiba-tiba dalam bangunan mereka masih ada lagi pejuang kebenaran. Lebih memilukan lagi Utusan, insan itu ingin berjuang mengembalikan semula Utusan di atas landasan sebenar seperti sebelum tahun 1961.



Utusan hanyut sehanyut-hanyutnya sejak jadi barua UMNO tahun 1961. Dari perjuang membela golongan Melayu yang marhein kepada pengampu dan peracun fikiran umat Melayu.



Kini Utusan terpaksa hadapi "musuh"nya dari dalam bangunan mereka sendiri.


Perjuangan Hata tidak keseorangan. Beliau didokong oleh lebih 1,000 orang pekerja bawahan Utusan. Musuh yang dihadapinya tidak ramai. Sekadar Editor Kanan sahaja. Dan Kelab Veteran Utusan. Itupun jenis wartawan kelas tiga!


Beraninya Hata demi kebenaran apabila beliau menyeru mana-mana wartawan yang bekerja dengan Utusan agar tinggalkan Utusan jika tidak berpegang etika kewartawanan. Bukannya berpegang kepada etika mengampu dan meracun!


Tentunya kenyataan Hata ini merobekkan keangkuhan editor-editor kanan Utusan termasuk ZAM yang berjiwa rasis dan sekular


Kini barangkali Said Zahari mungkin boleh tersenyum lebar kerana masih ada lagi pejuang kebenaran di dalam bangunan Utusan.


Cukuplah puluhan tahun Utusan memperbodohkan minda umat Melayu. Cukuplah puluhan tahun Utusan meracuni fikiraan umat Melayu.


Hata, teruskan perjuanganmu. Jangan pandang belakang lagi.

Wednesday, September 22, 2010

KES SOSILAWATI: Media Barua Sensasikan demi kelangsungan hidup.


Nampaknya isu kes pembunuhan Sosilawati dan 3 pembantunya masih lagi panas. Panasnya kerana ianya disensasikan oleh media barua UMNO seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Metro dan NST.


Tujuan disensasikan adalah semata-mata untuk menaikkan kembali pasaran mereka yang terus merundum akibat ketidakpercayaan rakyat terhadap media barua arus perdana milik UMNO.


Jika kita lihat sejak kes Sosilawati ini meletup, setiap hari media ini melaporkan pelbagai berita dan tajuk yang "digempakkan".


Demi kelangsungan nyawa media barua ini, wartawan mereka ke sini ke sana mencari berita untuk disensasikan. Mereka cari ibubapa, rakan, keluarga, orang kampung simati untuk dimuatkan dalam media mereka.


Barangkali kalaulah ada haiwan pemeliharaan simati boleh bercakap maunya diwawancara!


Inilah "permainan" media barua untuk terus hidup.


Dalam situasi "permainan" ini terus berlangsung, rakyat terbuai-buai dengan isu ini dan tidak sedar harga minyak sudah naik!


Sepatutnya dalam suasana, polis sedang menyiasat dan lebih-lebih lagi keluarga simati dalam kesedihan, media perlu turut sama "bersedih" dengan tidak menyiarkan berita yang menambahkan lagi derita dan kesedihan keluarga simati.

Tuesday, September 21, 2010

Masjid WTC : Quba' atau Dhirar ?




Setelah berjaya melabelkan umat Islam sebagai pengganas menerusi Konspirasi 9/11, tiba-tiba White House memberi lampu hijau untuk pembinaan sebuah masjid berdekatan dengan tapak runtuhan WTC yang berjarak kira-kira 600 kaki.



Apakah motif sebenar White House?



Pelbagai andaian dibuat. Ada yang pro dan ada yang kontra.



Barangkali yang pro dengan pembinaan masjid itu berpandangan White House sudah berpandangan positif terhadap umat Islam sejak Obama jadi Presiden Amerika. Bahkan ada mengatakan ini adalah kemenangan moral umat Islam kerana berjaya membina masjid di lokasi berdekatan dengan WTC.



Atau White House ingin menebus "dosa"nya atas kejahatan mantan penghuninya Bush yang melakukan konspirasi terhadap umat Islam maka dibenarkan sebuah masjid dibina di situ?



Benarkah begitu?



Beberapa persoalan yang perlu kita kaji dan teliti mengapa begitu mudah White House membenarkan masjid dibina oleh Cordoba Initiative.



Kita juga perlu melihat dan menyiasat siapakah di belakang Cordoba Initiative dan Soho Properties, sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membina masjid tersebut.



Pembabitan CIA dan individu hartawan Zionis di dalam Cordoba Initiative dan Soho Properties amat meragukan kita.



Begitu juga bagaimana White House yang mana Ketua Stafnya adalah pendokong kuat Zionis senang hati meluluskan pembinaan masjid yang dikenali sebagai Ground Zero Mosque?



Kita lihat kesan daripada cadangan pembinaan masjid tersebut, timbul Hari Pembakaran Al Quran yang dianjurkan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat.



Juga tiada tindakan oleh kerajaan Amerika terhadap warganya yang membakar Al Quran di hadapan White House.
Begitu juga berlaku pembakaran gereja di Indonesia dan kematian beberapa umat Islam yang marah terhadap insiden pembakaran Al Quran di Kabul, Afghanistan dan Srinagar, India.



Semacam satu perangkap dan umpan yang dibuat oleh White House dan tuannya Zionis terhadap rentetan peristiwa yang telah berlaku.



Barangkali Zionis sengaja merancang pembinaan Masjid Ground Zero sebagai satu simbolik bahawa Islam sebagai pengganas. Apabila ianya dibina di berhampiran tapak runtuhan WTC, secara automatik seolah-olah Islam dan Pengganas tidak boleh dipisahkan!



Ini adalah permainan psikologi Zionis.



Membina masjid satu kerja mulia. Tetapi apabila mempunyai matlamat yang kabur dan samar ianya menyerupai pembinaan Masjid Dhirar oleh Abu Amir ArRahib(Al Fasiq) semasa zaman Rasulullah.



Bezanya, Masjid Quba' di bina atas dasar taqwa manakala Masjid Dhirar di bina atas dasar kemunafikan, permusuhan dan penuh muslihat.

Thursday, September 16, 2010

Obama bakar hati umat Islam.


Amerika Syarikat
begitu "bergaya" menghantar tenteranya ke Iraq, Afghanistan dan tempat-tempat yang difikirkan perlu demi "pembebasan" dari penindasan dan "pengganas".

Pelbagai alasan dicipta demi menghalalkan cara untuk menjajah. Itulah Amerika Syarikat.

Begitu juga Amerika mendabik dada mengaku merekalah pejuang kebenaran, pendamaian dan menjaga keharmonian berugama.

Malangnya peristiwa yang berlaku di halaman White House sendiri pada 11 September yang lalu mencerminkan sikap "double standard" Negara Uncle Sam itu. Peristiwa pembakaran Al Quran oleh rakyatnya sendiri tidak mampu dibendung dan dihalang oleh pihak berkuasa Amerika yang meliputi CIA dan FBI.


Bahkan tiada tindakan keras keatas individu yang terlibat menghina Islam dengan membakar Al Quran.

Sepatutnya jika Presiden Obama dan pentadbiran White House mempunyai niat yang ikhlas untuk berdamai dengan penganut Islam, peristiwa tersebut boleh dihalang dan diambil tindakan pantas.

Sikap Obama membiarkan warganya bertindak membakar Al Quran di hadapan White House adalah sebagai isyarat "anti Islam" yang dianut oleh Obama dan penghuni White House!

Amerika sanggup kerah ribuan tenteranya dan berbelanja bilion dollar menuju Negara Islam kononnya demi pendamaian tetapi "membuta mata" terhadap perbuatan rakyatnya yang membakar Al Quran di halaman White House.

Wednesday, September 15, 2010

SOSILAWATI: Ketelusan bukan Perkauman.


Sekonyong-konyong Menteri UMNO/BN memberi amaran supaya rakyat tidak mainkan isu Sosilawati sebagai perkauman.


Tiada diketahui apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada rakyat atau apakah Menteri BN/UMNO siang malam hanya fikirkan tentang perkauman?


Mengapakah sekonyong-konyong Menteri ingatkan rakyat tentang perkauman dalam isu pembunuhan Sosilawati?


Sebenar tiada terlintas langsung dihati rakyat tentang hubungkait kes Sosilawati dengan perkauman. Tiada langsung.


Malangnya oleh kerana fikiran Menteri UMNO terutamanya asyik fikirkan untuk isu perkauman, sampai kes Sosilawati terbawa-bawa oleh mereka.


Inilah taraf minda Menteri UMNO/BN. Perkauman, Perkauman dan Perkauman.


Sebenarnya rakyat melihat isu Sosilawati sebagai isu Ketelusan. Ianya melibatkan PDRM.


Kes ini berlku di zaman Musa Hasan lagi. Beberapa laopran tentang kehilangan individu yang berhubungan dengan peguam yang terlibat sebagai suspek utama.


Isunya, bagaimana PDRM terutama Balai Banting bertindak terhadap laporan yang diberikan.


Perbagai persoalan berlegar di fikiran rakyat. Antaranya, adakah polis mengamalkan "penyiasatan terpilih" iaitu menyiasat dengan drastik dan segera jika melibatkan orang kenamaan tetapi seperti" kura-kura" jika melibatkan rakyat marhein dan tiada pengaruh?


Begitu juga, adakah ada di kalangan polis yang "dibela" oleh peguam tersebut yang menyebabkan kes terdahulu seolah-olah "diabaikan" ?


Melihat kepada kes-kes seperti pusat pelacuran, perjudiaan, disko yang terletak berhampiran dengan Balai Polis yang mempunyai "lesen besar" untuk beroperasi, tidak mustahil ianya berlaku di tempat kes pembunuhan Sosilawati.


Sewajarnya kita mengharapkan IGP Ismail Omar memulihkan kembali harapandan kepercayaan rakyat terhadap PDRM.


Kita juga mengharapkan kes ini tidak berlaku seperti kes gadis Mongolia. Pembunuh "saja-saja" membunuh dengan tiada arahan! Barangkali akan ada orang berlenggang naik kapal terbang menuju London!

Sunday, September 12, 2010

UMNO : 1Malaysia atau Perkasa ?


Sememangnya Dr Mahathir "gila politik". Kerjanya dulu dan kini ialah "melawan arus". Itulah kerja Mahathir sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Pak Lah dan kini Najib.


Uniknya, Mahathir "lawan arus" jika tiada kuasa ditangannya. Jika ada kuasa dia bertindak macam "orang gila" (sila rujuk puisi Disman). Malah ada menggelarnya sebagai "Maha Firaun".


Apabila Mahathir bersama anaknya Mukhriz isytihar berkasih sayang kepada PERKASA, selepas Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung BN minta ahli UMNO jauhi PERKASA, ini bermakna UMNO terbelah dua. Satu UMNO 1Malaysia pimpinan Najib. Satu lagi UMNO Perkasa pimpinan Mahathir.


Hebat Mahathir memecah belahkan UMNO dahulu dan kini. Dulu UMNO pecah dua jadi Team A dan Team B. Kini UMNO 1Malaysia dan UMNO Perkasa.


Cantiknya, seolah satu pakatan antara Mahathir dan pegampunya ZAM dalam kerja-kerja pecah belah.


Zam bekerja untuk pecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat manakala Mahathir bekerja untuk pecahkan UMNO.


Sehati sejiwa. Darahpun tidak 100% Melayu tulin!

SOSILAWATI: Rakyat ikut agama pemimpinnya.


Pembunuhan di Malaysia semakin "canggih" dan menggerunkan. Terkini kes Sosilawati seorang jutawan kosmetik.


Cara pembunuhannya lebih kurang Altahtunya. Cumanya tiada C4 sahaja.


Jika gadis Mongolia itu ditembak dahulu sebelum diletupkan, Sosilawati dan 3 yang lainnya diseksa dahulu, dibunuh dan dibakar. Abunya dibuang ke sungai.

Barangkali pembunuhnya mengikut "contoh" ilmu pembunuh Altahtunya untuk membunuh Sosilawati.

Jika buruk kepala ikan, buruknya akan merebak hingga ke ekornya.

Rakyat mengikut amalan perangai pemimpinnya.

Rakyat mengikut agama pemimpinnya.

Takziah buat keluarga Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamarudin.

Majlis Perantau: Terimakasih Dato PJ Ganu Kite !




Majlis Perantau yang diadakan oleh PAS Terengganu bagi meraikan anak-anak Terengganu yang tinggal di luar Terengganu berlangsung hari ini dengan kehadiran yang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.



Majlis yang diadakan di Markaz PAS Kuala Terengganu juga kali ini turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Dewan Ulamak.





Saudara Suhaimi Al Maniri mempengerusikan sesi dialog.



Lebih memeriahkan majlis dengan kesudian Presiden TG Haji Hadi Awang untuk turut bersama berdialog bersama perantau setelah 3 tahun beliau sekadar memberi ucapan perasmian.





Slot dialog yang diadakan selepas ucapan perasmian oleh TG Presiden lebih didominasikan oleh kalangan mahasiswa.



Saya sebagai anak Terengganu juga turut hadir dan sertai dialog terebut. Antara pertanyaan dan kongsi bicara yang diutarakan oleh saya ialah berkenaan perhargaan oleh kerajaan PAS kepada golongan perantau seandainya PAS dapat menguasai semula Terengganu dalam PRU 13 nanti.



Saya berpendapat seharusnya pimpinan PAS juga memikirkan jasa dan pengorbanan mereka. Antara cadangan saya agar perantau yang tidak mempunyai tanah dan rumah di Terengganu dipertimbangkan untuk dikurnia rumah walaupun sekadar Rumah Murah.



Ini kerana bukan semua perantau mempunyai tanah dan rumah semasa mereka meninggalkan bumi Terengganu untuk mencari rezeki di luar. Ada dikalangan mereka menyewa, tinggal di kawasan perkuburan dan setinggan (tiada geran).




Apabila mereka berhijrah ke negeri lain, mereka juga menyewa dan tinggal di kawasan setinggan.



Tetapi pengorbanan dan kesetiaan mereka terhadap PAS adalah tinggi. Setiap pilihanraya, mereka sanggup tinggalkan sementara kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang balik menaiki bas ekspress menuju Terengganu untuk mengundi PAS.


PAS Terengganu seharusnya tidak lepas pandang dalam soal ini.



Jika Kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah boleh bagi tanah kepada pemain bola yang pakai seluar pendek semata-mata kerana menang Piala Malaysia 2001, mengapa anak rantau tidak mendapat layanan demikian?




Rendah benarkah taraf anak rantau yang setia dan berkorban untuk Islam berbanding pemain bola pada kacamata pimpinan PAS Terengganu?



Kerajaan dicadang agar buat kawasan perumahan untuk anak rantau yang layak. Apabila mereka balik mengundi, rumah itu boleh dijadikan tempat menginap. Ataupun ini satu galakkan agar anak rantau pulang berkhidmat di bumi Terengganu.



Alhamdulillah, cadangan saya diberi respon positif oleh Dato PJ Ustaz Harun Taib semasa bersalaman dengan beliau di akhir majlis.



Terima kasih Dato PJ Ganu Kite!





Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Idil Fitri.Maaf Zahir Batin


Malam Lailatul Qadar akan berjauhan
Pahala Fardu dn Sunat akan berkurangan
Berkat Ramadhan akan ditinggalkan
Semoga dapat dinikmati lagi tahun hadapan
SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari Tok Pepijat, Bumi Malaya.

Tuesday, September 7, 2010

Ustaz Musa, bila mahu buka kelas mengaji? Saya mahu daftar anak!



Ramadhan adalah bulan jihad. Bulan berlakunya Ghazwah Badar Al Kubra. Peperangan antara kebenaran dengan kesesatan. Perang antara orang yang menegakkan Islam dengan orang yang menegakkan Sistem Jahiliyyah.



Pelik apa yang berlaku di Malaysia kini. Menjelang Ramadhan melabuh tirai, sekonyong-konyong IGP Musa melancarkan "perang" terhadap majikannya sendiri yang selama ini dan melonjakkan Musa ke puncak jaya(IGP)dan membayar gaji kepadanya.



Macam Abu Jahal isytihar perang terhadap Abu Lahab! Atau macam cannon water FRU sembur sesama sendiri.



Apa motif IGP Musa "melondehkan" kerja KDN?



Adakah kerana sepupu PMNajib, HIshamuddin tidak sambung IGP kepada Musa? Atau memang Musa tergila-gila pangkat IGP untuk disandangnya sampai mati?



Kita belum dengar lagi "serangan balas" KDN pimpinan Hishamudin Huseein. Berdebar-debar juga kita menunggunya!



Mungkin Hishamuddin sedang beriktikaf atau sedang sibuk memberi kursus kepada isterinya cara memakai tudung secara sempurna mengikut kaedah yang betul. Mana tau !



Atau barangkali Hishamuddin biarkan dahulu IGPMusa habiskan dahulu "pelurunya" sebelum KDN lancarkan serangan balas lepas. Raya didahulukan sebelum Serangan Balas!



Barulah kita tahu, selama ini aksi senyum IGPMusa dan Hishamudin sekadar lakonan sahaja. Macam senyum Mahathir dengan Musa. Macam senyum Mahathir dengan Anwar.



Rupa-rupanya IGPMusa menanggung "derita" yang amat dahsyat!



Apabila IGPMusa "londehkan" tentang KDN, adakah KDN "membuli"nya semasa beliau jadi IGP? Atau sejak peristiwa beliau usung tilam tahun 1998 ?



Jawapan IGPMusa tentang soalan diatas, adalah penunjuk aras samada "londehan" beliau tentang KDN boleh diterima atau tidak?



Mengapa?


Macam kisah Nabi Yusof .



Jika beliau berkata ianya sejak peristiwa usung tilam, IGPMusa di pihak yang benar. Ini kerana bukti Anwar memang dizalimi hasil konspirasi politik.



Jika sejak beliau jadi IGP, ini menunjukkan beliau memang "geram" kerana tidak disambung jadi IGP. Bukan kerana integriti! Semata-mata kerana pangkat.



Apapun, langkah IGPMusa untuk habis masa pencennya dan diambang sore usianya ini amatlah dipuji. Beliau ingin mengikut jejak ayahnya mengajar Al Quran kepada kanak-kanak. Sikap yang terpuji. Kembali kepada Al Quran.



Berbeza dengan ZAM yang sebati dengan karat "biru" UMNOnya dan mahu peluk "keris telanjang" sampai mati.



Teringat Qunut Nazilah yang menjadi amalan ahli Gerakan Islam bila dizalimi. Antara isinya memohon Allah Taala kucar kacirkan dan porak poranda sesama mereka yang menentang Islam. Mungkinkah ini isyarat dari Allah Taala? Amin.

Monday, September 6, 2010

Bercakap tentang Islam tapi isteri tidak menutup aurat!


Isu MP Serdang mempunyai banyak hikmah. Banyak hikmah, kebaikan dan pengajaran. Daripada isu inilah "membangunkan" ummah dari tidur lena dan "membangkitkan" perasaan ingin tahu non Muslim terhadap Islam.

Mengapa?

Peristiwa MP Serdang masuk surau inilah menerbitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh umat Islam. Persoalan yang besarnya berkaitan dengan hukum dan peraturan Islam iaitu masuk ke surau atau masjid oleh non Muslim dan Aurat.


Kita melihat sebelum peristiwa ini berlaku, MP Serdang mempunyai pengetahuan yang cetek tentang Islam. Barangkali beliau juga " prejudis" terhadap Islam. Hasil dari peristiwa ini, MP Serdang banyak "menimba ilmu" tentang Islam. Hebatnya, beliau sanggup "menadah" telinga mendengar penjelasan Mursyidul Am.


Tentunya peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini "menyamai" seperti September 11. Selepas September 11, ramai rakyat Amerika mengkaji Islam dan menganuti agamanya.


Satu lagi tentang aurat. Jika sebelum ini, MP Serdang dan mungkin ramai lagi non Muslim tidak memahami hukum aurat, kini mereka lebih faham lagi.


Barangkali sebelum ini non Muslim melihat tudung isteri PM atau tudung isteri Menteri Penerangan adalah menepati hukum Islam, kini mereka lebih faham lagi konsep penutupan aurat yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam.


Nah, kini non Muslim boleh membandingkan yang mana satu penutupan aurat yang sebenar antara tudung isteri PM dengan tudung isteri Presiden PAS misalnya.


Lagi, jika sebelum ini non Muslim memahamit tutup aurat hanya dalam lokasi surau, masjid, majlis keagamaan, Musabaqah apabila melihat isteri pembesar-pembesar negara berbuat demikian. Kini non Muslim sudah memahami bahawa itu konsep yang salah. Kini mereka tahu penutupan aurat yang yang sebenar adalah bukan sekadar lokasi tersebut.


Terserlah lagi "kejahilan" isteri-isteri pembesar negara!


Dua perkara yang dapat dipelajari dari peristiwa MP Serdang oleh non Muslim berkaitan aurat. Iaitu tutup aurat mestilah tutup keseluruhan rambut dan menutupnya bukan sekadar dalam surau, masjid dan majlis keagamaan.


Itu belum lagi jika ada non Muslim tanya tentang hukum peluk dan cium pipi bukan mahram. Malu kita! Bila mengenangkan aksi isteri PM berbuat demikian terhadap artis Bollywood dan pemain badminton negara.


Perbuatan demikianlah yang mencemarkan imej kesucian Islam.


Tentang penutupan aurat ini, kita melihat masih ramai isteri-isteri pembesar negara termasuk golongan Istana tidak mengambil berat hal demikian. Sepatutnya mereka sebagai golongan pemimpin dan menjaga kepentingan Islam perlu insaf dan bertanggungjawab menjaga imej Islam pada kacamata rakyat dan non Muslim.


Sesuatu yang "memalukan" jika pembesar-pembesar negara dan golongan Istana bercakap tentang pengamalan ajaran Islam yang sebenar dalam majlis rasmi, tetapi dalam hal yang sama isteri mereka tidak menutup aurat!


Kita melihat tidak ramai isteri Menteri dan golongan Istana menutup aurat. Sekadar Permaisuri Agong, Tengku Puan Pahang dan isteri TPM dan isteri beberapa Menteri sahaja.

Mufti-mufti dan pegawai JAKIM mestilah berani menegur dan menasihat. Mufti Harussani mesti perhebatkan dakwah anda dalam istana! Jangan asyik berpolitik.


Marilah sempena Ramadhan ini, kita semua insaf tentang hal demikian.

Sunday, September 5, 2010

ZAM dan Sekeping Gambar Usang.


Seperti yang dijangkakan Bekas Menteri Penerangan dan mantan pembesar media barua Utusan, Zainuddin Maidin (ZAM)mempertahankan tuduhan jahatnya terhadap PAS.


Itu tidak menghairankan. Semua umat Islam di Malaysia tahu itulah kerja ZAM dulu, kini dan selamanya. Hentam Islam dan PAS. Kerja dia.


Jika dahulu semasa beliau pegang Utusan dan Kementerian Penerangan, propaganda dakyah UMNO digunakan 100% untuk menyerang dan mengfitnah PAS, kini modalnya sekadar "sekeping gambar usang" yang bisu. Lebih malang lagi watak yang didakwanya memberitahu tentang "kenyataan "pemimpin PAS itu sudah jadi arwah iaitu Tunku Abdul Rahman.
Jika dahulu ZAM gunakan suratkhabar, TV dan Radio pun rakyat tidak mempercayainya, apatah lagi modalnya kini sekeping gambar yang usang lagi bisu.
Bahkan jika saman PAS dibawa dalam mahkamah, adakah Hakim terima gambar usang ini sebagai bukti?
Hanya Hakim "Hacks" barangkali terima bukti ini. Malangnya Hakim "Hacks" ini juga sudah jadi mendiang!
Dibimbangi diambang sore usia ZAM, beliau membawa gambar usang ini kemana-mana sambil menunjuk-nunjuk kepada orangramai di jalanan agar mempercayai kata-katanya.
Semasa diwawancara oleh Al Jazeera, ZAM menyebut perkataan "Erection" ganti "Election". Mungkin jika Al Jazeera mewawancaranya kali ini, perkataan "PICTURE" (gambar usang) dikatanya pula " FUTURE".
Tuhan Maha Adil. Dipanjangkan umur Mahathir dan ZAM untuk menyerlahkan lagi kebodohan dan kejahilan mereka berdua hingga menyampah dan meluat rakyat melihat dan mendengar namanya.
Itulah hukuman untuk mereka yang kerjanya menghina Islam dulu, kini dan selamanya.
Elok juga kisah "ZAM dan Gambar Usangnya" difilemkan. Hishamudin Rais calon terbaik jadi Directornya. Mesti box office filem itu!

Saturday, September 4, 2010

Merdekakan MAIS dan JAIS dari UMNO.


Tindakan Sultan Selangor menggantung gelaran dan darjah kebesaran Datuk keatas mantan Presiden MCA Tun Ling Liong Sik kerana terlibat dengan pendakwaan Skandal PKFZ sememangnya tepat.

Ini kerana demi menjaga imej istana dan kemuliaan gelran tersebut. Liong Sik yang didakwa oleh kerajaan Pusat kerana Skandal yang membabitkan lebih RM1 bilion itu juga terlibat menipu kabinet sebanyak 2 kali dalam masa kurang sebulan.

Tentunya Sultan Selangor tidak suka dan murka dengan kelakuan Liong Sik yang "memakan duit rakyat" dan menipu kabinet.

Ada 2 orang lagi yang sepatutnya Sultan Selangor menarik balik gelaran Datuk. Mereka ialah Pengerusi Majlis Agama Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Kedua mereka sepatutnya ditarik gelaran oleh Sultan Selangor atas kesalahan memberi maklumat yang salah (menipu lah tu namanya) ke atas Sultan Selangor berkaitan isu MP Serdang memasuki surau.

Sultan Selangor mendapat gambaran yang salah yang boleh ditakrifkan sebagai "ditipu" oleh pembesar MAIS dan JAIS itu.

Aksi kedua pembesar MAIS dan JAIS itu memalukan umat Islam dan menjauhkan orang bukan Islam mendekati Islam.

Sultan Selangor murka akibat mendapat maklumat salah dari mereka berdua yang merujuk kes MP Serdang itu sebagai "tazkirah" dan "berhadas besar".

Sepatutnya pembesar MAIS dan JAIS dipilih dari golongan non partisan dan bebas dari pengaruh UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...