ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, June 5, 2009

Siapa nak bagi soalan bocor kat Najib ?



Tahniah PM Najib. Beliau berjaya lepasi cabaran pertama. Berjaya menjawab soalan pemberita semasa sidang media di Beijing. Pastinya soalan itu bukannya datang dari mulut wartawan Malaysia. Jika datang dari mulut orang Malaysia, bersoal jawablah dengan budak Bukit Aman !

Walaupun PM Najib menjawab secara selamba dan ketawa apabila diajukan soalan berkaitan pembunuhan Altahtunya, mungkin PM Najib "gabra" juga dengan soalan-soalan itu.

Bahkan sempat mengulangi pembelaan diri sendiri dengan menyatakan sudah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal gadis Mongolia itu. Najib menyangka hujahnya dipercayai wartawan? Hujah itu sesuai untuk jawab depan JKKK.

Mungkin di China, wartawan-wartawan juga terikat dengan peraturan ketat kerajaan China.

Selepas ini ke mana pula destinasi lawatan PMNajib ?

Najib perlu belajar menjawab soalan-soalan "ramalan" dari wartawan antarabangsa. Beliau jangan menyangka wartawan itu sekadar dari akhbar mengampu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang akan menyoal beliau. Tentunya soalan-soalan itu dibuat skrip oleh pengarang mereka. Wartawan UM dan BH cumanya membaca sahaja.

Kita nantikan Najib melawat Perancis, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat. Tentunya Najib akan berjumpa dan bersoal jawab dengan mereka yang menulis berkaitan cerita pembunuhan Altahtunya. Nampaknya "merah" pula muka Najib dan berpeluh menghadapi soalan-soalan panas dari mereka.

Mungkin soalan mereka : " Mengapa tuan(Najib) tidak menyaman kami yang menuduh tuan terlibat dengan kes ini ?

Harapnya selepas ini PMNajib mula buat latihan menjawab sambil meramalkan soalan yang bakal diajukan oleh wartawan asing semasa beliau melawat mana-mana negara tersebut.

Nampaknya Najib sebaris dengan pelajar-pelajar UPSR,PMR dan SPM yang kini sibuk meramal dan menjawab soalan ramalan peperiksaan bakal menjelang !

3 comments:

Unknown said...

LEPAIH NI NAJIB AKAN BERSEDIA DENGAN JAWAPAN YANG DIKARANG OLEH ROSMAH BILA BELIAU KE LUAR NEGARA.

BUJANG SUSAH said...

Salam Bro.. banyak posting yg bagus2.. izinkan gua copy yer untuk disebar2kan.. satu lagi tolong masukan gadget untuk follower la bro.. senang gua nak follow bila ada posting2 baru. masukan shoutmix sekali.. senang member2 nak tinggalkan link. wassalam.

hasellusiby said...

apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...