Runtuh lagi. Siapa bertanggungjawab? Malaysia Boleh serba serbi. Memalukan. Akhir sekali terbukti Malaysia adalah Bumi Binaan Runtuh !
Terengganu cipta banyak rekod. Terbaru Stadium Sultan Mizan (SSM)runtuh. Tahun lepas bulan April, bumbung Dewan SMK Wakaf Tapai runtuh pada waktu malam. Di kala itu ada program di sekolah tersebut. Cumanya dewan itu tidak digunakan.
Tiga hari lepas (2 Jun), Stadium kebanggaan negeri jadi mangsa. Juga nasib baik kerana tiada aktiviti sukan berlaku semasa runtuhan berlaku.
Yang pasti semua projek "keruntuhan" itu adalah dibuat oleh kroni-kroni UMNO. Itu pasti 100%. Samada kroni Deris Jusoh ataupun sewaktu dengannya.
Juga yang pasti, "bising-bising dan geger" ini berlaku sehari dua sahaja. Lepas itu isu ini di bawa angin monsun atau di sapu bawah "karpet" cap keris telanjang. Percayalah.
Sebenarnya ada lagi berita "ngeri" untuk kepada sesiapa punya anak. Apa dia ? Menurut Timbalan Menteri Pelajaran terdapat 26 buah sekolah yang berharga RM300 juta yang belum siap mengikut jadual. Lebih mengerikan kesemua sekolah "sakit" itu di bina oleh satu sahaja syarikat.
Mengapa khabar ini mengerikan ? Kerana secara automatik syarikat berkenaan mesti siapkan 26 buah itu secepat mungkin. Jika tidak, kena saman dan denda. Apabila berlaku, aspek keselamatan tidak penting. Yang penting siap. Keselamatan pelajar-pelajar akan jatuh nombor dua. Bagaimana dengan sijil CF ? Mudah lagi senang.
Hoi kawan ! Bukankah rasuah adalah "makanan" nombor satu kroni-kroni UMNO ? Tak percaya? Tanya KM Melaka Ali Rustam !
Kalau stadium yang harga RM 300 sebuah yang di rasmikan Yang Dipertuan Agong juga pakai nama baginda itu boleh main "wayang", apalah dengan sekolah "sakit" yang rata-rata warganya anak-anak golongan marhein dan nama sekolah pula bukannya glamor sangat seperti SK Kg Belukar atau SK Pasir Panjang!
No comments:
Post a Comment