" Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga. "
ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Wednesday, March 25, 2009
"Perbicaraan Padang Mahsyar Dunia" di Selangor.
" Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga. "
Tahniah "Beruk Jalanan" menang !
Sunday, March 22, 2009
PAS di hati Raja-Raja Melayu.
Tiba-tiba dalam barua-barua UMNO menyalak dan menyerang MB Terengganu itu, Al Sultan MIzan menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato Seri kepada TG Haji Hadi sempena Keputeraan baginda.
Timbul tanda tanya: Takkan Al Sultan sudi beri anugerah kepada "pemecah belah masyarakat"?
Semasa pasca peristiwa Memali Nov 1985, pelbagai barua-barua UMNO terdiri ulamak jahatnya, media dan pimpinannya melabelkan hodoh kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terbunuh. Ada kata Ustaz Ibrahim pakai ilmu kebal, penyebar ajaran sesat, komunis. Dan sekonyong-konyong Mufti Kedah hukum Ustaz Ibrahim Libya penderhaka.
Tiba-tiba Al Sultan Kedah mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim dan anak muridnya di Kg Parit Panjang.
Timbul pertanyaan : Takkan Al Sultan sanggup mencemar duli ziarah pusara "penderhaka" ?
Hari ini UMNO tuduh Exco PAS Kedah menghina Sultan. Tiba-tiba Al Sultan memperkenankan perlantikkan semula semua Exco yang lama dan mencemar duli menjejak Kompleks PAS Kedah.
Untuk rekod, ahli PAS tidak pernah menggelarkan Raja-Raja Melayu sebagai "natang". Ahli PAS tidak pernah larikan anak Raja Melayu untuk dikahwini dan ahli PAS tidak pernah menabalkan Raja Melayu menjadi Raja dalam keadaan Raja sedia ada masih sihat dan hidup.
Semua rekod buruk tentang perkara menghina Raja-Raja Melayu tercatat dalam Muzium UMNO Terengganu, Selangor dan Kelantan. Tanyalah si Deris, Si Mat Tyson dan si Nuar Musa!
Wednesday, March 18, 2009
Peribahasa / Kata-kata hikmah politik Malaysia terkini.
" Sesiapa mengatakan Monggol telah kalah, ia adalah pembohong besar".
Maksudnya ketika itu(ketika menakluk Baghdad), Monggol adalah mempunyai kekuatan tentera yang besar dan gagah perkasa. Tiada sesiapapun yang mampu kalahkannya. Sesiapa yang mengatakan Monggol kalah bermakna ia pembohong besar.
Begitu berkesan psikologi yang tertanam dalam minda orang-orang Arab ketika itu.
Baik, kita tinggalkan peribahasa Arab zaman dahulu itu. Kita melihat situasi dalam negeri pula. Rasanya elok kita ketengahkan peribahasa politik moden untuk tatapan umum. Peribahasa atau kata-kata hikmah ini belum diterbitkan oleh mana-mana penerbit. Bahkan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pun belum mengkaji lagi dari segi kehalusan seni bahasa yang terkandung dalam peribahasa-peribahasa politik ini.
Walaubagaimanapun jika digunakan peribahasa/kata-kata hikmah ini dalam mana-mana peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran samada UPSR,PMR,SPM atasu STPM 2009 "terjamin" dapat markah tinggi seandainya penanda kertas jawapan itu penyokong perjuangan rakyat marhein!
Berikut antara kata-kata hikmah politik terkini Malaysia:
1) Sesiapa mengatakan UMNO pendokong Agama Islam, ia adalah pembohong besar.
2) Sesiapa mengatakan UMNO pembela bangsa Melayu, ia adalah pendusta besar.
3) Sesiapa mengatakan UMNO pembela Raja-Raja Melayu, ia adalah penipu besar.
4) Sesiapa mengatakan UMNO penegak Bahasa Melayu, ia adalah pembohong besar.
5) Sesiapa mengatakan UMNO suci Rasuah, ia adalah pendusta besar.
6) Sesiapa mengatakan UMNO bencikan Perkauman, ia adalah penipu besar.
7) Sesiapa mengatakan Pak Lah kuat, ia adalah pembohong besar.
8) Sesiapa mengatakan Najib suci dari skandal, ia adalah pendusta besar.
9) Sesiapa mengatakan Pak Lah serah jawatan PM, ia adalah..............eerrrrr ini belum terbukti secara saintifik lagi........maaf !
Monday, March 9, 2009
Jom! Pakat-pakat tengok lakonan Hishamudin & The Gangs pada 12hb Mac
Keputusan SPM bakal keluar pada hari Khamis ini. Semua pelajar kita berdebar-debar menunggu keputusan. Kita doakan mereka semua berjaya.
Saturday, March 7, 2009
Hapuskan PPSMI kecuali untuk.........
Hebat Polis !! Masjid Ubudiah...Masjid Negara....selepas ini?
Wednesday, March 4, 2009
7hb Mac: Anak Cucu kita saksi pengorbanan kita.
Menjelang tarikh keramat 7hb Mac ini untuk meng"talqin'kan PPSMI, di sarankan semua pejuang bahasa dan rakyat yang cintakan Bahasa Meayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama-sama membawa anak-anak mereka ke Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI.