ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, January 3, 2009

Tradisi Membuli Rakyat


Setiap kali musim perayaan atau peristiwa penting, muncullah PM di kaca TVuntuk berucap. Maka berserulah PM supaya rakyat jaga perpaduan, jaga hubungan kaum, jangan sengketa agama , jangan balah tumbuk sesama sendiri, jaga kerjasama hingga berbuih-buih mulut PM bagi nasihat. Mulut manis, hati busuk!


Sikap Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri tidak berubah-ubah sejak zaman Tunku hinggalah kini. Cumanya zaman Tunku hingga zaman Tun Hussein Onn tidaklah melampau sangat berbanding zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Zaman Mahathir dan Pak Lah asyik membuli kerajaan negeri yang diterajui parti pembangkang.
Sepatutnya Kerajaan Pusat menjadi bapa mithali kepada anak-anak mereka seramai 14 orang(negeri). Malangnya Kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi terhadap Kerajasan Negeri yang diterajui PR. Bukan sahaja menjadi bapa tiri yang jahat tetapi pembuli yang dahsyat lagi kejam!


Lihatlah Kelantan. Mungkin TGNA dah kalih dengan sepak terajang Pembuli Pusat(Kerajaan Pusat). Dah kering air mata TGNA mengenang layanan Putrajaya terhadap Kelantan. Bukan sahaja negeri di dera bahkan anak TGNA sendiri dikurung di Kemunting selama 6 tahun. Pelbagai sekatan, ugutan dilakukan oleh Pembuli Pusat. Dari bantuan baja, bantuan geran, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hinggalah ancaman perlaksanaan hudud.


Selepas itu Terengganu menjadi mangsanya pula. Apabila PAS menang di sana tahun 1999, royalti minyak dirampas. Kemudian penubuhan JPP(bantuan RM melalui Ketua Bahagian UMNO), JKKK untuk lawan Jawatan Kuasa Syura Rakyat(JSR) dan penutupan MRSM.


Kini selepas Selangor, Perak , Kedah dan Pulau Pinang jatuh ketangan PR, pelbagai ancaman, ugutan dan sekatan direkacipta oleh Pembuli Pusat. Antara perangai buruk Pembuli Pusat ialah :


a) mewujudkan JKKKP di negeri PR. Tujuannya untuk menporak perandakan perpaduan komuniti kampung. Jika di Terengganu spesis ini dinamakan "Jin Kampung". Hey Pak Lah! Inikah dinamakan perpaduan? Poooraah!


b) menggunakan agensi kerajaan untuk menafikan bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Anda lihat semasa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, siapa seolah-olah ketua kerajaan negeri. Bukan Khalid Ibrahim tapi Khalid Abu Bakar weeh! Begitu juga JKR dengan melambat-lambatkan penyerahan laporan kepada kerajaan negeri. Ini permainan busuk hati Pembuli Pusat.


c) Menteri Johari Baharom mengumumkan penubuhan Tabung Bencana Alam di Kedah dengan beralasan kerajaan negeri Kedah tiada tabung tersebut. Apa motifnya? Supaya RM senang masuk poket UMNO.


d) Terbaru Pembuli Pusat mengeluarkan ancaman terhadap Kerajaan Perak mengenai pemberian geran tanah kepada rakyat Perak. Melalui TPM Najib, pembuli mendakwa hak lulusan pemberian tanah adalah bidang kuasa Putrajaya.

Hoi Najib! Anda perlu masuk semula Tingkatan 3 untuk belajar tentang Perlembagaan Negara. Atau anda tersasul tentang Perlembagaan Mongolia ? Ini Malaysialah bukan Mongolia weeh!


Satu lagi lagi perangai buruk mereka selain pembuli ialah "Ayam Gila Ngeram". UMNO di negeri PR memerintah berlagak macam ayam gila ngeram. Mereka masih khayal seolah-olah masih berkuasa. Berlagak seperti parti pemerintah bukannya parti pembangkang. Masih tak sedar diri dengan kekalahan dalam PRU12.
Sifat federalisme yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat sekadar tinggal nama. Tiada semangat federalisme lagi. Sepatutnya semangat inilah diamalkan tetapi malangnya bertukar menjadi PEMBULI.
Kita patut belajar dari sejarah pepecahan Soveit Union. Negeri-negeri naungan USSR berpecah dan menuntut kemerdekaan kerana tidak tahan dibuli oleh Moscow yang dikuasai oleh Russia.
Tidak mustahil ianya bakal berlaku di Malaysia jika keadaan ini tidak dibaiki semula.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...