ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, January 5, 2009

Perancangan Jahat Mesir-Fatah-Israel-Amerika


Hari ini masuk hari ke 10 Gaza diserang oleh Rejim Haram Yahudi. Kematian mencecah hampir 600 orang. Kebanyakkannya orang awam dan kanak kanak.

Serangan kejam keatas Gaza diyakini perancangan 4 pihak iaitu Amerika, Mesir, Israel dan Pergerakan Fatah(PLO).

Bagi Amerika mereka menganggap HAMAS adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Mesir pula merasakan lanskap Gaza sebagai tempat subur untuk gerakan Islam adalah satu ancaman kepada Rejim Hosni Mubarak yang menganut fahaman sekular pro Barat. Situasi kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan penguasaan HAMAS(asalnya Ikhwan) adalah satu rangkaian gabungan geografi yang amat menggerunkan Hosni Mubarak. Dengan hancurnya Gaza, bermakna Hosni boleh menarik nafas lega kerana musuh kerajaannya berkurangan. Semenanjung Gaza yang terletak di sempadan Mesir adalah tempat penyeledupan senjatan untuk HAMAS menentang Yahudi. Banyak terowong rahsia digali untuk bantuan senjata HAMAS.

Israel melihat ancaman HAMAS sama seperti pandangan Amerika. Perlu dihapuskan. Manakala bagi Fatah pimpinan Mahmoud Abbas inilah masanya untuk membalas dendam. Fatah berdendam kepada HAMAS berdasarkan 2 peristiwa iaitu :

a) Kekalahan memalukan mereka dalam Pilihanraya Umum Palestin yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa di Parlimen.

b) Pengusiran anggota Fatah dari Gaza yang menyebabkan mereka lari ke Tebing Barat(West Bank).

Ini juga masanya bagi Muhammad Dahlan sekutu rapat Mahmoud Abbas untuk kembali ke Gaza untuk meneruskan siri kekejamannya. Muhammad Dahlan adalah pegawai Fatah yang terkenal dengan kekejamannya terhadap anggota HAMAS. Beliau adalah agen Israel untuk memburu anggota HAMAS yang dikehendaki Israel. Ramai anggota HAMAS merengkuk di penjara angkara Muhammad Dahlan.

Diberitakan beliau sekarang berada di Mesir menunggu saat kehancuran HAMAS untuk masuk ke Gaza. Israel menerbangkan beliau bersama 5,000 pengikutnya melalui pesawat khas menuju Mesir.

Kesimpulannya serangan keatas Gaza adalah komplot Mesir-Fatah-Israel-Amerika. Israel menyerang dan menjadikan Gaza bagai jarak padang jarak terkukur. Mesir menutup pintu sempadan agar rakyat Palestin tidak dapat cari perlindungan dan lari ke Mesir. Dan akhirnya rancangan ini sempurna dengan kembalinya Fatah ke Gaza untuk berkuasa semula. Kembalinya Fatah ke Gaza umpama Monggol masuk ke Baghdad.
Wa Islama Palestin! Wahai Islamku Palestin! Tiadakah lagi MUKTASIM zaman moden ini?

1 comment:

SRAHARS said...

sesungguhnye kebenarn akn melenyapkn kebatilan.oleh itu, matlamat pejuangan mstlh jelas. HAMAS berjuangan membela tnh air n agama.
'kami adalah HAMAS dan HAMAS adalah Kami'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...