ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, May 22, 2009

Semalam di Cairo.........


Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepda jutawan yang juga ahli politik parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Jutawan Hisham Taalat didapati bersalah kerana mengupah seorang pegawai polis Mesir Mohsen al Sukkary untuk membunuh Susan Tamim, penyanyi tersohor Lubnan. Mohsen mendapat upah RM7 juta dari Hisham bagi menghabiskan riwayat Susan. Pembunuhan itu berlaku di Dubai yang terletak di Emiriyyah Arab Bersatu (UAE).


Sekadar soalan cepu emas. Adakah kes di atas mirip kepada kes yang berkaitan gadis Mongolia ?


Bezanya cuma pembunuh Susan, Mohsen di upah oleh Hisham untuk bunuh Susan.


Manakala pembunuh Altahtunya, Sirul dan rakannya "saja-saja" bunuh Altahtunya.


Mungkin dialog di Mahkamah Mesir berbunyi :


Pendakwa : Hey Si Mohsen( pegawai polis Mesir) ! Mengapa kamu bunuh Susan ?


Mohsen : Aku bunuh Susan kerana diarah oleh Hisham Talaat yang bagi kat aku RM 7 juta.



Sila isi dialog yang mungkin di ulangi di Mahkamah Malaysia :


Pendakwa : Hey Sirul ! Mengapa engkau tembak dan bomkan Altahtunya ?


Sirul : Aku bunuh Altahtunya kerana di arah oleh .......(isi jawapan sendiri laa)................... yang bagi kat aku RM..........(isi sendiri jawapan anda)....................


Nampak beza antara Cairo dengan KL...............

Dari Johor ke Perak.


Tidak sampai sebulan Malaysia kehilangan 4 nyawa ditangan penagih dadah . Kes yang berlaku di Johor melibatkan kes ragut. Mangsanya seorang wanita Melayu yang hamil. Beliau koma beberapa hari akibat jatuh dari motosikal sewaktu di ragut.

Manakala kes di Perak pula, seorang ibu muda Melayu, anaknya berumur 5 tahun dan pengasuh dibunuh kejam juga disyaki penagih dadah. Kedua kes bunuh itu melibatkan pembunuh berbangsa Melayu Islam manakala mangsanya kesemua wanita juga berbangsa Melayu.

Fokus kepada kes ini ialah kedua pembunuh itu adalah memiliki 4 kes curi. Mengapa keduanya tidak serik mencuri ? Adakah hukuman sebelum itu tidak memberi pengajaran sesalan pada mereka berdua? Apa silapnya ?

Seperti kes di Perak, sanggup membunuh 3 orang untuk dapatkan wang malangnya gagal dan sempat cuba larikan sebuah lap top. Begitu juga peragut di Johor, berapa RM kah yang ada dalam beg tangan mangsa sehingga sanggup kejam bertindak demikian.

Andaikata kita ikut hukum Islam, sudah tentu paerkara diatas boleh dielakkan. Mengapa ?

Lihat pembunuh itu sudah ada 4 kes curi, tentulah pasti tiada tangannya lagi. Bagaimana nak mencuri. Pasti dia serik.

Tapi perundangan Malaysia "lebih cerdik" dari Allah Taala. Mereka menyangka hukuman manusia lebih moden dan mereka lebih "maha bijaksana" dari Allah Taala.
Dan lebih malang lagi, kes ini menyebabkan Malaysia bising riuh rendah sekejap. Lepas itu timbul isu lain pula. Ianya kerdil dan kecil di sisi pembesar Malaysia kerana melibatkan rakyat marhein.
Cuba bayangkan kalau kes ini melibatkan anak dan keluarga pembesar bersaiz VIP atau VVIP . Bagaimana ya ?

Tuesday, May 12, 2009

Jika Tun Razak masih hidup.......

Menjelang lawatan PM Najib ke China akhir bulan ini, marilah kita imbau kembali lawatan bapanya Tun Razak ke Negara Tembok Besar itu 35 tahun yang lalu.


Perdana Menteri Malaysia ke 2 Tun Abd Razak melakukan lawatan ke Republik Rakyat China pada tahun 1974 dan seterusnya menjalinkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara Tembok Besar yang berideologi komunis.


Langkah Tun Razak dilihat pemerhati politik sebagai satu langkah yang bijak bagi "memujuk" negara komunis itu dari terus menghulurkan bantuan kepada Parti Komunis Malaysia(PKM).

Ternyata selepas hubungan diplomatik terjalin, pihak China menghadkan bantuannya kepada PKM. Sekadar membenarkan ahli PKM berlindung di negara mereka. Tindakan diplomatik Tun Razak itu bersifat serampang mata dua.

Pertama mengurangkan sokongan China terhadap PKM dan keduanya menarik sokongan rakyat bangsa Cina terhadap BN.


Cara diplomasi Tun Razak bukan sahaja digunakan di luar negeri bahkan di dalam negeri. Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tun Razak menggunakan pendekatan perpaduan untuk kesejahteraan rakyat.
Digubalnya Dasar Ekonomi Baru bagi mengurangkan jurang pemisah kemiskinan yang rata-ratanya dipunyai oleh Melayu. Dari pendekatan politik, Tun Razak mengajak parti pembangkang Melayu dan Cina menganggotai kerajaan yang dinamakan Barisan Nasional.

Parti pembangkang seperti PAS yang menguasai Kelantan dan GERAKAN yang menguasai Pulau Pinang turut menyambut ajakan perpaduan yang dianjurkan Tun Razak. Tun Razak berjaya men"dingin"kan suhu politik dalam dan luar negeri. Itulah antara kelebihan Tun Razak.


Kini, anaknya Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Adakah sama cara ayah dengn anaknya berpolitik?


Sebelum Najib menjadi PM, namanya sudah tercemar hinggakan Presiden PAS dalam reaksinya berkata :
i) Belum jadi PM sudah tunjuk jahat. (merujuk peristiwa Perak)
ii) PM telah bertukar seperti pemandu bas dari pemandu yang mengantuk kepada samseng jalan raya.


Belum sampai 100 hari menjadi PM, Najib sudah tunjuk wajahnya yang sebenar. Bolehkanhkita bayangkan hari-hari seterusnya semasa pemerintahan PM Najib?

Jka Tun Razak suka mengamalkan diplomasi, Najib pula gemar menggunakan langkah samseng dan mafia. Lihatlah isu Perak. Bermula rampasan kuasa Februari lalu hingga kepada penggunaan Mahkamah Rayuan untuk menafikan hak MB Nizar.

Itu belum lagi dengan kes gadis Mongolia. Mulai sekarang rakyat Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi satu lagi "bala". Iaitu punyai PM yang kepalanya suka gunakan taktik samseng ala C4 !

Tun Razak berjumpa Mao Tze Dong di Peking dalam keadaan keharmonian politik tanahair. Beliau dapat "lembutkan hati" Mao Tze Dong tentang sokongan terhadap PKM dan meraih sokongan undi Cina dalam Pilihanraya yang diadakan selepas pulang dari Peking. Undi Melayu juga bertambah hasil masuknya PAS pimpinan Dato' Asri dalam BN.

PM Najib bakal menuju Beijing dalam keadaan Ipoh tidak ketentuan politiknya, BN tewas 4 kali berturut-turut PRK, kehilangan 4 buah negeri dalam PRU 2008 dan terkini amat takut kepada pilihanraya! Aneh bukan ?

Tun Razak menuju Peking dalam keadaan imejnya bersih. Manakala Najib menuju ke Beijing dalam keadaan imejnya buruk di mata media asing. Akhbar asing menyiarkan "kisah sebenar" tentang pembunuhan Altahtunya. PM Najib pula tidak berani menyaman atau panggil duta mereka untuk bantahan.


Mungkin jika Tun Razak masih hidup, beliau geleng kepala lihat lagak "samseng" anaknya memerintah Malaysia.

Monday, May 11, 2009

Rebutlah peluang kali ke 3.....wahai mantan Ketua Hakim Negara!


Tepat jam 3.45 petang tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan MB Nizar sah menjadi MB Perak. Keputusan ini memberikan peluang kali ke 3 kepada Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.


Kali pertama peluang diberi Tuhan semasa MB Nizar mengadap baginda pada 5 Februari. Kali kedua bila MB Nizar utus surat untuk mengadap baginda sebulan lalu. Juga gagal lembutkan hati baginda.


Kali ini sebagai peluang ke 3, satu-satunya barangkali akan melembutkan hati baginda Sultan Azlan untuk membubarkan DUN. Mengapa ? Kerana jiwa baginda Sultan adalah jiwa mahkamah yang mendokong perundangan dan keadilan.

Apabila Mahkamah Tinggi sendiri memberi keputusan yang mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak tentunya memuaskan hati baginda sebagai bekas Ketua Hakim Negara.


Sultan Perak telah menyaksikan sendiri akibat permainan kotor dan jahat UMNO. Bermula dari peristiwa 5hb Februari dimana rakyat menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap angkara jahat Najib meragut kuasa rakyat, kemengan rakyat dalam PRK Bukit Gantang. Kemudian peristiwa persidangan DUN bawah pokok dan diakhiri mengurung Speaker dalam stor.


Cukuplah. Jangan di"parah" lagi suasana. Bubarlah DUN demi kedaulatan dan keamanan di Perak.

Friday, May 8, 2009

Siva diganasi, Mano dibebaskan....mengapa?


Hebat! Pandai PM Najib "cover" kejahatan dan kkebodohannya! Ramai orang menyangka sekonyong-konyong sepupu Najib bebaskan 13 tahanan akta zalim ISA adalah untuk hadapi PRK Penanti dan mencegah Manoharan ADUN Kota Alam Shah lepaskan kerusinya bagi laluan PRK Dun tersebut.
Itu silap!

Sebenarnya keputusan sepupu Najib selaku Menteri KDN secara tiba-tiba bebaskan pimpinan Hindraf adalah bagi menutup kejahatan mereka terhadap Speaker DUN Perak Sivakumar.

Rakyat menyaksikan dengan mata mereka sendiri bagaimana jahatnya UMNO pimpinan PM Najib mengarahkan 400 polis pimpinan sepupu Najib menyerbu DUN Perak. Kemudian bertindak ganas terhadap Sivakumar, mengheretnya dan mengurungnya.

Secara umumnya, rakyat menyaksikan satu adegan keganasan ala mafia terhadap Sivakumar. Lebih-lebih lagi Sivakumar seorang bangsa India dan ini menimbulkan simpati rakyat Malaysia terutama yang berbangsa India.
PM Najib faham undi orang India untuk BN jatuh merundum akibat tindakan BN pimpinan UMNO melayan ahli Hindraf. Rakyat Malaysia yang berbangsa India bertambah jelek dan benci yang melampau apabila melihat "barua-barua" UMNO bertindak ganas terhadap Speaker yang berbangsa India itu.

Inilah yang menyebabkan PM Najib panik dan terus arahkan sepupunya bebaskan pimpinan Hindraf.
Dakwaan PMNajib bahawa pembebasan mereka kerana tidak mengancam negara adalah dakwaan lemah. Semuanya dilakukan Najib bagi "mengalih" isu DUN Perak kepada "kebaikan" pembebasan tahanan ISA.

Kekalnya Mohd Sah Satray suami aktivis GMI Norlaila Othman dalam kem Kemunting membuktikan tindakan Najib itu lebih kepada untuk "cover" tindakan bodohnya dalam isu kekecohan DUN Perak.

Selepas ini rakyat Malaysia akan melihat banyak lagi aksi si bibir merah bertindak untuk selamatkan popularitinya yang semakin merundum terutama berkaitan Si gadis Mongolia!

Thursday, May 7, 2009

Apabila UMNO berlagak babi hutan !


Babi hutan adalah sejenis spesis yang suka menyondol apa sahaja dihadapannya. Matlamatnya satu. Iaitu untuk dapatkan bahan makanan untuk diisi perut. Babi hutan tidak kisah apa yang disondolnya samada makanan atau najis. Yang penting perut mesti diisi untuk menyempurnakan hajat hawa nafsu.


Begitulah yang berlaku di Perak. UMNO berlagak macam babi hutan. Segalanya dilanggar. Samada Perlembagaan Negeri, kuasa speaker maupun undang-undang. Semuanya disondol tanpa memikirkan moral dan perundangan. Cuma Sultan sahaja belum di"sondolnya".
Itulah wajah UMNO pimpinan PM Najib.


Hari ini Sivakumar selaku Speaker DUN Perak menjadi mangsa kerakusan perangai babi hutan UMNO. Beliau diusung oleh barua-barua babi hutan UMNO dan dikurung.


Mana ada di tempat di planet bumi ini Sidang Dewan Negeri berlangsung di bawah pokok? Hari ini pula Speaker dewan diusung dengan ganas dan dikurung. Semuanya berlaku di negeri Perak.

Semuanya angkara gila kuasa sondol dan hawa nafsu UMNO yang berlagak macam babi hutan.


Sesuai benar perangai babi hutan UMNO ini serentak serangan selsema babi di seluruh dunia!


Perangai jelek dan jijik UMNO ini tiada siapapun gembira dan seronok. Kita mengharapkan perangai buruk UMNO ini tidaklah sampai peringkat melepasi atau sama dengan spesis-spesis di Zoo Taiping. Kalau tidak, intai-intailah kalau ada tempat kosong untuk dihuni di Zoo Taiping. Tentu warga sana tumpang gembira dengan kehadiran "orang baru" di tempat mereka!

Friday, May 1, 2009

Politik Perak: Tunggu satu lagi kematian....


Politik Perak semakin kalut. Bermula hari rampasan kuasa hingga kini tiada penyelesaian akan berlaku. Malah semakin kalut dan kusut. Lebih mengharu-birukan ianya pula melibatkan Mahkamah. Dulu MB Nizar turun naik mahkamah uruskan saman anaknya tentang PPSMI. Kini gilirannya sendiri turun naik mahkamah untuk mencari keadilan mempertahankan jawatan MB dan sistem demokrasi.

Di pihak UMNO pula, pelbagai helah dan tipu daya di cari dan di cipta demi mempertahankan kejahatan mereka. Kejahatan mereka bertambah, kebodohan terserlah dan kecelakaan bakal terjadi!

Isu politik Perak menyerlahkan kepada kita bahawa Dewan Undangan Negeri bakal akan menjadi "tempat pelupusan sampah". Segala hukum hakam perundangan berkaitan DUN sewenang-wenangnya boleh dibakaul sampahkan dan dibawa ke tempat pelupusan sampah! Kuasa Speaker boleh di"kartunkan". SUK sudah ada kerja baru menjadi "penyibuk". Seiausaha DUN lebih kuasa dari Speaker.

Semuanya kucar kacir. Rakyat dan Demokrasi menjadi mangsa.

Semuanya hasil tangan ajaib Najib! PM Najib sudah boleh cuci tangan dan berlepas diri. Biarlah rakyat Perak bergaduh sesama sendiri. Biarkan Istana bergaduh dengan rakyat. Apa yang penting, Sri Perdana sudah jadi milik Najib! Seronoknya Najib kita ya !
Tuhan Maha Adil. Kita perhatikan secara halus bagaimana Tuhan memberi peluang untuk selesaikan isu ini. Malangnya kita abaikan. Pertama, ketika MB Nizar mohon bubar DUN. Kedua ketika kemenangan Bukit Gantang. Kedua-dua peristiwa itu, pihak Istana abaikan. Jika pihak Istana melihat dengan hati nurani yang kudus, mereka pasti faham kehendak rakyat. Mengapa tidak lakukan?
Semasa Hari Keputeraan, Sultan Perak bertitah bahawa Istana berada atas politik dan tidak boleh turun kebawah untuk jawab dan berdebat.
Tidak semestinya jika tidak boleh ke bawah, kita dianggap berkecuali dan berada atas politik. Rakyat melihat "bahasa sikap" Istana. Bahasa sikap mencerminkan pihak mana Istana berpihak. Kita tidak boleh salahkan rakyat dalam soal ini. Keputusan Bukit Gantang bukan sahaja ditujukan kepada UMNO malah kepada pihak Istana. Itu kita kena faham sedalam-dalamnya.
Adakah kita mahu tunggu satu lagi "kematian" untuk dengar lagi suara rakyat? Kematian tidak mengenal tempat samada darat, laut, kuala, rumah, bukit malah istana! Ianya pasti tiba jika sudah jadi ajalnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...