Begitu takutnya Umar bin Khattab dengan amanah yang dipegang sehingga beliau pernah berkata : “ Seandainya ada seekor unta yang masuk ke suatu lubang di tengah jalan kota Baghdad , maka aku akan bertangungjawab dan akan ditanya oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti “.
Bayangkan , khalifah Umar bin Khattab mengurus pemerintahannya dari kota Madinah, tetapi kekhalifahannya sampai ke kota Baghdad, dan dia merasa jika ada seekor unta yang terjatuh ke dalam lubang di jalan-jalan kota Baghdad, walaupun dia berada di Madinah, Allah juga akan mempertanyakan tugasnya dan menghukum kecuaiannya sebab tidak mengetahuii ada lubang di kota Baghdad yang telah mencederakan seekor unta.
Daku berharap di bumi
Johor tiada seorangpun insan yang bertaraf fakir miskin,semua rakyatnya
ada rumah,tiada yang duduk di bawah jambatan,tiada yang setinggan,tiada
yang gelandangan, tiada yang tidak mampu menghantar anak ke
sekolah,semuanya kenyang-kenyangan tiada kebuluran,tiada yang cuma makan
ubi kayu dan duit zakat tiada seorangpun yang layak menerimanya.......
Maka di saat itu,bolehlah pemimpin tidur dengan lena di dalam trak yang harganya termahal di dunia kerana rakyatnya tidur dalam kekenyangan.
Maka di saat itu,bolehlah pemimpin tidur dengan lena di dalam trak yang harganya termahal di dunia kerana rakyatnya tidur dalam kekenyangan.
5 comments:
Semoga tiada rakyat yang tidur di khemah sementara pemimpin memiliki range rover atau mampu berflat number dasyat punya.
Dulu, ahli pas takut dilantik sebagai pemimpin keran takutnya tanggingjawab yang bakal ditanya, kini bdrlumba2 letak nama atas kertas cai.
Wakakakakakkakakaka
Bukan cover raja, cuma khemah bila nak berganti kanvas. Musim banjir hampir tiba.
SUNDAY, OCTOBER 18, 2015
Ni orang PAS buka cerita bukan orang Amanah......
RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA
Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan.
Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.
Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!
Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.
Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!
Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!
Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)
Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.
Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.
Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.
Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?
Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?
Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.
Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?
Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.
KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.
Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?
Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?
Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.
Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.
Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?
Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.
Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?
Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.
Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?
Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015
mountdweller at 1:27 AM
Tok pepijat
Ulas sikit. Tu dari husam.
Wakakakakakakkakakaka
Wakil drp Tok Penyonglap nak jwb kat sini:
Tok tak nampak pon banjir BALAK sondol umah kat depan MATA
Tok juga tak nampak ESOS setengah JUTA Bmw VellFire n Range Rover
Tok yg hanya pakai Siku Lutut nih..BOLEH nampak cume KUMAN kat sbrang sana!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment