ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN ...pakat tutup mulut semua.


Sebelum muktamar PAS ke 61,ramai pimpinan samada yang menang maupun yang kalah menggunakan Utusan,Berita Harian,MalaysiaKini dan TV3 untuk berkempen team.

Utusan Malaysia dan Kumpulan Prima menyokong team ulamak manakala MalaysiaKini menyokong team progresif.

"Gembira"nya Utusan dengan kekalahan Mat Sabu hingga dipaparkan sebagai berita utama dengan tajuk,"Kekalahan Memalukan Mat Sabu...". Manakala Malaysiakini hingga kini siang malam mengutuk team ulamak.

Sepatutnya semua golongan dalam PAS samada yang menang maupun yang kalah tinggalkan media di atas  yang memang bertujuan melihat PAS hancur ,berpecah dan musnah!

Jadikan Ramadhan detik permulaan anda semua.Kepada yang bertanggungjawab dalam bahagian penerangan PAS,sila ingatkan semua pimpinan atasan agar jangan "naik gila" bila dihulurkan mickrofon di depan mulut !

Jadi macam MP Pasir Mas,Tutup mulut...dan "  Selamat berpuasa...selamat berpuasa....." 

2 comments:

Anonymous said...

Negara semakin bermasalah. Parti-parti pun bermasalah.

Sebagai parti perjuangkan Islam, pemimpin sepatutnya kena lebih kuat bersuara dalam Ramadhan, jelaskan kebenaran(dedahkan fitnah jika ada)dan rapatkan saf perjuangan.

Nabi dulu berperang dalam bulan puasa. Untuk apa? Demi Allah dan demi mempertahankan/menguatkan PERJUANGAN ISLAM.

Parti kucar kacir. Takkan nak diam jer biarkan fitnah berleluasa sehingga pengikut berpecah.

Takkan nak duduk diam 24 jam. Takkan nak doa untuk Allah ubah aje. Peliklah nampaknya....

Unknown said...

Admin engko tolong nasihatkan nik rover sekali sebab rakyat kelantan dah meluat tengok nik rover dalam tv3 suku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...