Semua orang Dr Mahathir bermusuh.Samada dalam UMNO maupun luar UMNO.Sejak 1969 zaman Tunku beliau berbalah dengan Tunku hingga kena tendang dari UMNO.Mahathir sanggup mengemis atas pentas PAS menghentam UMNO dan Tunku.
13 Mei 1969 Tunku jatuh dan Tun Razak naik.Dikatakan 13 Mei adalah angkara buah fikiran Mahathir.
Tun Razak ambil semula Mahathir yang tidur di kaki lima politik.Mahathir naik setapak demi setapak.Sehingga zaman Tun Hussien, Mahathir memintas senioriti seperti King Ghaz,Tun Ghafar Baba dan Ku Li.
Tahun 1981,Tun Hussien Onn letak jawatan.Juga dikatakan hasil permainan licik Mahathir.King Ghaz gagal memotong kelicikan Mahathir walaupun King Ghaz berjaya malukan Mahathir dengan penangkapan Setpolnya Siddiq Ghouse atas tuduhan agen KGB.
Bintang Mahathir terus bersinar selama 22 tahun menjadi PM.Pun begitu gagalkan kalahkan rekod arwah TG Nik Aziz terajui Kelantan 23 tahun dan rekod mendiang Lee Kuan Yew pimpin Singapura hampir 33 tahun.Keduanya telah meninggal dunia tahun ini.
Tempoh 22 tahun jadi PM,Mahathir memulakan "perang" dengan Musa Hitam selaku Timbalan PM.Musa akui jika beliau degil dan ingkar arahan Mahathir untuk letak jawatan,beliau bakal dimalukan oleh Mahathir dengan tuduhan homeseks oleh Mahathir.Ketika itu Musa Hitam tiada penolong untuk lawan Mahathir.Musa keseorangan.
Kemudian Ghafar Baba jadi Timbalannya.Tidak tahan lama.Mahathir ambil anak emasnya Anwar Ibrahim untuk lawan Ghafar dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO.
Anwar menang dan mula mendaki seperti Mahathir mendaki dulu.Pendakian Anwar laju dan cepat.Mahathir mula bimbang dan cipta angkaranya seperti 13 Mei.Anwar dimalukan kerana Anwar tidak seperti Musa Hitam yang cepat mengalah.Anwar punyai pengikutnya tersendiri.
Mahathir baru tahu Anwar simpan dan punyai kekuatan untuk kaderkan anak muda.Perang Mahathir dengan Anwar tiada berkesudahan hinggalah Mahathir keluar dari Seri Perdana tahun 2002.Mahathir caturkan Pak Lah jadi PM dan Najib jadi TPM.
Pak Lah "kuat tidur" tetapi dengkurannya mengenyangkan Scominya sahaja dengan di bantu budak Tingkat 4.Mahathir murka kerana Jambatan Bengkok ciptaanya tidak dibina oleh Pak Lah.
Pak Lah jenis manusia lembut.Benci bermusuh sesama UMNO.Mahathir siang malam menyeru Pak Lah letak jawatan hingga keluar UMNO.Sebelum Pak Lah keluar Seri Perdana,beliau sempat menggelar Mahathir sebagai "iblis alias Syaitan".Pak Lah tiada kekuatan untuk lawan nafsu Mahathir.Pak Lah hanya ada Khairy berbanding Anwar Ibrahim yang mempunyai penyokong akar umbi.
Masuk Najib ke Seri Perdana bukan keseorangan tetapi berdua dengan Rosmah.Populariti Najib seimbang dengan Rosmah dan adakalanya lagak Rosmah melebihi isteri seorang PM.Kalah Tun Rodziah,Tun Rahah,arwah Hendon dan Jane.
Mulanya Mahathir sabar dan pendam rasa. Kini tiada lagi erti kesabaran di sanubari Mahathir.Perang perlu dilancarkan lagi!!
Sangkaan Mahathir bahawa Najib macam arwah Tun Hussien dan Pak Lah meleset.Keduanya tiada "Iron Lady" ! Najib ada Iron Lady bahkan Bionic Women !
Slot londeh melondeh sudah bermula.Masing-masing ada "fail keramat".Mahathir silap perkiraan.Beliau ingat Najib takut kepada timbunan fail keramat tertulis nama Najib di cover fail.
Mahathir mengakui angkat Najib sebagai PM bukan mengikut merit tetapi kerana balas budi Tun Razak.Bahkan Mahathir tuduh Najib bakal talqinkan UMNO sendiri.
Setakat ini peperangan masih berlangsung.
Kelebihan Najib ialah beliau ada media rasmi seperti RTM dan Kumpulan Prima empunya TV3,TV9,TV7 dan TV8.
Dipercayai Mahathir simpan sebiji lagi "peluru keramatnya" iaitu fail Altantunya.Tunggu masa yang sesuai untuk meledak.
Mahathir dengan darah berlumuran Memali manakala Najib dengan cebisan daging letupan C4.
Masing-masing bakal berlagak cowboy untuk draw beradu tembak ! Siapa mati dulu!
Yang pasti,rakyat marhein melihat peperangan ini adalah peperangan periuk nasi,perang gemukkan kroni dan kukuhkan empayar kekuasaaan dan kezaliman.Tidak lebih dari itu!
Habis tu, Mahathir cakap beliau berperang dengan Najib demi UMNO,bangsa,ketelusan dan tanahair? Cukup! Jangan percaya cakap orang gila!
Bila syaitan Kecil bergocoh dengan syaitan Besar,rakyat jadi mangsa.
No comments:
Post a Comment