PALESTIN: Patutkah begitu?
Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serangsekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.
Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.
Setelah 67 tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.
Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.
Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.
Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu sebagai pemilik rumah itu yang sah dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.
Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?
Petunjuk:
Anda - rakyat Palestin.
Rumah anda - Bumi Palestin.
Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.
61 tahun - Peristiwa Nakhbah.
Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.
Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.
Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.
Penduduk Kampung - Negara di dunia.
Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
No comments:
Post a Comment