ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 30, 2014

Selamat Tinggal Bumi Mutiara....tiada harapan lagi.




BN jual tanah seluas 3,661 ekar 
dapat hasil sebanyak RM 1.06 bilion.
Jual murah untuk kroni.Komisen bagi sesama kroni.

PR jual tanah seluas  106 ekar  
dapat hasil sebanyak RM 1.11 bilion.
Jual mahal untuk dapat hasil tertinggi digunakan buat rumah rakyat mampu milik sebanyak 20,000 unit dengan kos RM500 juta.

Kalau beginilah cara DAP perintah Pulau Pinang,apa lagi harapan GERAKAN,MCA jauh sekali UMNO untuk ambil balik. 

Satu lagi renungan mudah :
Jika negeri majoriti umat Melayu juga negeri tempat kediaman Ustaz Azhar,Terengganu meletakkan Ustaz Azhar berceramah di gelanggang futsal setelah melarang beliau berceramah di masjid milik kerajaan UMNO.

Manakala negeri majoriti Cina diperintah DAP meletakkan Ustaz Azhar di Masjid Negeri bahkan diadakan bas percuma untuk ke ceramah beliau.

Apa lagi Melayu mahu?


MESIRKINI : Apabila Syaitan lapar darah......



Ini bukan kebetulan.Dunia bakal menyaksikan Mesir dan Gaza bakal dijadikan  Neraka dan Penjara dunia.

Regim Zionis dan Regim as Sisi sedang bergerak seiring jalan untuk jahanamkan umat Islam Mesir dan Gaza.

Bezanya,Regim Zionis gunakan F-16 untuk gempurkan penduduk Gaza manakala Regim As Sisi gunakan ulama-ulama Azhar untuk halalkan pembunuhan Regim As Sisi.

Ramadhan kali ini,dengan kerjasama Regim As Sisi untuk menutup pintu sempadan Rafah,Regim Zionis bakal "mengamuk" untuk membalas dendam atas pembunuhan 3 remaja Yahudi yang baru dijumpai mayatnya di Gaza.

Manakala dengan idea Zionis,Regim As Sisi bakal bertindak satu demi satu untuk mengharamkan Al Quran,masjid sehingga ke satu peringkat mengharamkan Islam!

Lihat,untuk permulaan,mereka telah haramkan Ikhwanul Muslim.Kemudian haramkan slogan galakkan umat Islam berselawat.Selepas itu menutup ribuan masjid.Dan terkini haramkan ayat Al Quran dan Hadis yang membicarakan tentang kezaliman.

Untuk melakukan aksi jahat ini,Regim As Sisi gunakan 3 elemen iaitu tentera,samseng dan ulama al Azhar.
Bermula peluru,gangguan ganas dan terkini fatwa.

Apa lagi selepas ini?

Seperti biasa Muhyiddin akan berkata..........




Dahulu apabila seorang guru diarah tukar sekolah lebih 80km dari sekolah asalnya kerana membantah PBS,sekonyong-konyong Menteri Budak Sekolah dan Universiti menafikan beliau campurtangan dalam urusan tukar sekolah.

Diyakini,Muhyiddin juga akan mengeluarkan kenyataan yang sama dengan isu perletakkan jawatan UMCEDEL dan kontrak tidak di sambung ke atas Prof Datuk Redzuan Othman di Universiti Malaya.

Agaknya siapa yang berkuasa di Kementerian Pendidikan? Samada Muhyiddin atau Deris Jusoh? Semuanya dari spesis UMNO.

Barangkali Muhyiddin sekadar nama atas kertas sahaja sebagai Menteri Pendidikan.
 







Sunday, June 29, 2014

MCA jangan kurang ajar!




Seperti biasa MCA terkenal dengan sikap kurang ajar,biadap dan celaka terhadap Islam. Sejak dulu lagi MCA bersikap demikian.

Semuanya hasil "ajaran sesat" yang dipungut daripada UMNO.

Terkini,melalui lidah celaka Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang meminta siasatan terhadap semua ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan Jihad di Syria.

Bagi MCA istilah jihad dengan pengkhianat sesuatu yang tidak berpisah. 

Untuk pengetahuan MCA,istilah Jihad adalah sinonim dengan PAS.Umpama kuku dengan isi dan aur dengan tebing juga bagai lagu dan irama.

PAS gunakan dan pratikal Jihad mengikut suasana. Suasana Malaysia yang aman damai dengan demokrasi diamalkan memerlukan Jihad secara undi. Mengundi adalah Jihad yang diamalkan oleh PAS.

Jika di Palestin,tentunya jihad bersenjata sesuai diamalkan di sana.Menentang Regim Zionis.

Atas alasan apa MCA ingin setiap ahli PAS disiasat? Sejarah membuktikan,tiada ahli PAS yang terlibat membuat pengeboman.Tiada ahli PAS yang membuat serangan berani mati ke atas Ibupejabat MCA walaupun MCA banyak keluarkan kenyataan yang menghina Islam!

Bahkan ahli PASlah yang dibunuh seperti di Memali dan Lubuk Merbau.

Tuduhan pengkhianat adalah satu perkara serius.

Untuk makluman MCA,begitu ramai pengikut MCA yang belajar di Taiwan dan Hong Kong yang menghina negara ini samada bendera dan lagu Negaraku.
Bahkan ada pimpinan MCA yang ada rumah di Amerika ,Australia dan Eropah.Inilah pengkhianat yang sebenar !

Malangnya tiada sepatah kata dari MCA minta polis siasat perkara ini.Adakah MCA bersama mereka ?


Thursday, June 26, 2014

Malu kita jika Lim Guan Eng mulakan dulu.......







Zaman sekarang semua orang mahu tunjuk kehebatan dan kemegahan.
Ada cari penerima zakat.
Ada cari sokongan rakyat.
Ada tunjuk kemewahan. Ada tunjuk kekayaan.
Aku ada bas.Aku ada motor besar.Aku ada Ferrari.
Semuanya kadang kala mahu publisiti.Bahkan menyusahkan rakyat marhein.

Rakyat tetap miskin.Sana sini mohon derma.Mahu buat pembedahan.Sana sini tiada tempat berteduh.

Untuk semua yang bergelar Sang Raja, Sang Sultan,Sang PM,Sang MB
Kami rindu dan ternanti-nanti
Jelmaan Khalifah Umar di Malaysia
berjalan malam...pikul guni gandum...
untuk bantuan rakyat

Takkan nak harap Lim Guan Eng yang mulakan dahulu.....







PETRONAS :Dulu Hassan kini giliran Shamsul pula?





Tiada diketahui apa sebab bekas orang kuat Petronas Tan Sri Hassan Merican yang banyak berjasa membawa diri ke Singapura.
Yang pasti ada campurtangan politik untuk "membuangnya jauh-jauh".Tidak sah jika campur tangan politik itu meniadakan nama UMNO!

Yang peliknya,dikala UMNO buang Hassan,Singapura yang terkenal dengan "Kecinaan"nya pula mengambil Hassan dan letak di tempat yang sewajarnya sebagai seorang professional.

Tempat Hassan diganti Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. Sejak menggantikan Hassan,Shamsul banyak mengambil sikap "low profile".

Bagaimanapun,sekonyong-konyong Shamsul mengeluarkan kenyataan "berapi" yang ditujukan kepada orang politik.Tentunya UMNO ! PAS tiada kuasa dalam Petronas.

Barangkali Shamsul banyak bersabar dan pendam rasa atas perangai UMNO yang banyak ganggu kerjanya. Akhirnya Shamsul hilang sabar hingga keluar kenyatan melalui akhbar The Edge.

Akibatnya,juak-juak UMNO seperti PERKASA melalui lidah Ibrahim Ali mahu Shamsul dipecat dari Petronas. Mujur tidak di"pancungnya" kepala Shamsul !

Sebenarnya,Shamsul tidak tujukan kenyataannya khusus kepada Melayu tetapi khas buat UMNO.

Lihat apa yang terjadi sebaik sahaja PAS kuasai Terengganu? UMNOlah yang tarik balik royalti minyak.Bukan Petronas. Walhal Terengganu mempunyai 98% penduduk Melayu Islam.

Memang UMNO jahat dan celaka!



Wednesday, June 25, 2014

Ayat-ayat Cinta UMNO dulu,kini dan selamanya






Ayat-ayat Cinta dilafazkan oleh UMNO demi "sesuap nasi" untuk Kroni.
Ayat-ayat inilah yang memperbodohkan Melayu dulu,kini dan selamanya.
Bermula dari ceruk kampung,rancangan FELDA hinggalah pendalaman Sabah Sarawak.

Monday, June 23, 2014

Dia adalah teman...Dia adalah Guru





  Penulis veteran Haji Subky Latif menggelarnya teman dan guru.Beliau banyak menyimpan kisah suka duka Sang Murabbi ini.

Hari ini genap 12 tahun pemergian beliau. Tarikh 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Pertama kali daku mendengar ceramahnya semasa ceramah perdana sempena Pembukaan Madrasah Darul Quran Rhusila akhir 80an. 

Mukaddimah ceramahnya agak perlahan tetapi lama kelamaan menyengat penuh ilmiah,sindiran,sinis,lucu,kiasan, mantik dan "peluru berbisa" kepada musuh.

Muktamar PAS 2002 Kota Bahru adalah muktamar terakhirnya.Penggulungan beliau di akhir muktamar itu adalah penggulungan terakhir buatnya.

Antara kata-katanya semasa penggulungan wida' itu, 
" Payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihinya". 

Seolah-olah beliau tahu "isyarat" kematiannya.Benar selepas itu, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedar hingga kematiannya.

Beliau menghembuskan nafasnya ketika pimpinan atasan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu ditetapkan sendiri oleh beliau.

Kasih dan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim berpanjangan. Walaupun asalnya bersama dalam ABIM tetapi apabila Anwar pilih masuk UMNO, beliau tetap berhubungan dengan Anwar atas dasar sahabat.

Jika Anwar ada Nurul Izzah,beliau ada Muna Izzah. Satu tanda keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu beliau tetap "menembak" Anwar dengan sindiran. Ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pertanian. Beliau menyindir Anwar sebagai Menteri Jaga lembu Kerbau.

Semasa Anwar dibuang dari UMNO dan ISA bermaharaja lela, beliau pergi berjumpa Anwar di rumah Anwar tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS.

Ketika Anwar kena ISA kali pertama,beliau diberitakan sanggup tidak melanjutkan pelajarannya peringkat lanjutan di Mesir semata-mata menunggu Anwar bebas.

Tetapi kali kedua Anwar di penjara, beliau tidak sempat menunggu hari pembebasannya kerana panggilan Ilahi buatnya.

Pada era beliaulah:
- Kelantan dan Terengganu kembali menjadi milik PAS (1990 dan 1999).
- Ketua Pembangkang kembali semula  kepada PAS setelah sekian lama dipegang DAP. 
- Misi dakwah PAS menembusi orang Cina melalui ceramah di Tokong Cina dan Dewan Perniagaan Cina.
- Pakatan Pembangkang kuat dibentuk seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Bayangkan jikalau beliau masih hidup, apa perasaan beliau melihat Presiden PAS,Pengerusi DAP dan Ketua Umum PKR duduk satu pentas dan dihadiri anak-anak muda pelbagai kaum.

Itulah dia insan yang mulia bertaraf mujahid ummah, Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.

NOTA:
Hari ini 23 Jun 2014 juga GERAKAN ISLAM kehilangan seorang lagi pejuang dan murabbinya.Ustaz Abu Bakar Chik kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.Arwah terlibat dalam kemalangan di LPT Bukit Besi.Al Fatihah.

Thursday, June 19, 2014

GEMBIRA : Ratu @ Kasino hadiah pemberian UMNO menjelang Ramadhan.

KHABAR GEMBIRA 1

Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.
Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.
Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.
KHABAR GEMBIRA 2
 Petaling Jaya: Pertandingan akhir ratu cantik dunia Mrs Universe 2014 berlangsung buat julung kalinya di Malaysia serta Asia pada 29 Ogos ini.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini.

Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim berkata, semua peserta bertanding selama lapan hari dengan mengadakan sesi fotografi di lokasi di sekitar negara ini.

“Ini juga bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya kepada sidang media, di sini, semalam.

Turut hadir, Mrs Universe 2013, Carol Lee, Presiden ERM World Marketing Pte Ltd, Alex Liu dan Pengarah Kumpulan Pemasaran Sunway Resort Hotel & Spa, Farizal Jaafar.


Dalam situasi UMNO tolak usul hudud di Terengganu dan menarik usul hudud di Selangor serta Musabaqah Antarabangsa sedang berlangsung,dengan sukacitanya UMNO hadiahkan "hadiah paling bernilai" untuk umat Islam menjelang Ramadhan.

Walaubagaimanapun,UMNO cuba "menutup " hadiah ini dengan pemberian air zam-zam dan kurma untuk pakcik makcik di kampung dan ceruk FELDA agar umat Melayu tetap setia bersama UMNO dulu,kini hingga ke liang lahad!

May day..may day...C4 perlu diaktifkan?

  
Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.
  
Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
  
Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.


May day...may day..Unit Letupan siap sedia! Keluarkan C4 dan aktifkan segera!



@ Hello...hello IGP sila bebaskan dia....

Adakah skrip zaman IGP Musa Hasan bakal digunakan?



@ Hello ..kedai topeng,sila bekalkan topeng kat Mahkamah Syariah.


KEADILAN  buat Altantuya Shaariibu.

Wednesday, June 18, 2014

Pejam Celik Tidur Bangun....dah usia 6 tahun.

Genap 6 tahun usia Blog Tok Pepijat













Alhamdulillah. Hari ini genap usia blog ini.Bermula 18 Jun 2008 hingga kini.Sudah 6 tahun usianya. Bukannya senang untuk Istiqomah dan Imarahkan blog ini.

Dalam tempoh 6 tahun, seramai 298,262 orang sudi mengunjungi blog ini dengan 86 artikel yang ditulis.
Kebanyakkan artikel disiarkan oleh laman web Tranungkite (http://www.tranungkite.net/v12/ )
Purata pembaca setiap artikel seramai 1,500 pembaca.

Terimakasih atas kesudian anda itu.

Segalanya kurniaan dan anugerah Allah Taala kepada ku yang kerdil ini.

Wajah sebenar UMNO

UMNO menggunakan sentimen perkauman apabila terdesak .Dijajanya seluruh kampung Melayu dan ceruk FELDA bahawa Cina sebagai penceroboh,pendatang dan bercita-cita mahu hapuskan Melayu.

Hasutan ini disambut oleh PERKASA,JATI dan terkini ISMA.

Tetapi ramai umat Melayu buta,jahil dan terlena tentang wajah sebenar  UMNO.

Sebenarnya UMNO adalah satu organisasi berfahaman kapitalis dan pragmatik. Maknanya UMNO gunakan rasis untuk melindungi wajahnya sebagai kapitalis.

Kapitalis adalah mengayakan kroni dan sekutunya.Kroni itu tidak kira Melayu atau Cina atau India.Yang penting keuntungan dibahagi sesama mereka dan persetankan golongan marhein.

Bapa Kapitalis UMNO adalah Dr Mahathir.Lihat siapa disebalik taukeh-taukeh yang menjadi kaya raya di zaman Mahathir.Ada yang bernama Vincent Tan(Cina),Ananda Krishnan(India) dan anak beranak Mahathir.

Modus operandis UMNO sama sahaja dahulu,kini dan selamanya.Dulu bersekongkol dengan penjajah British kini bersekongkol dengan kapitalis Melayu,Cina dan India.

Kapitalis Cina lah paling ramai disukai UMNO.

Caranya UMNO selaku kerajaan jualkan tanah (terutama tanah rezab Melayu) kepada kapitalis Cina yang kaya raya. Kemudian Cina selaku pemaju akan membuat projek di tanah tersebut dengan menghalau orang Melayu yang menghuni di situ puluhan tahun.

UMNO jual harta tanah Melayu kepada Kapitalis Cina.

Kapitalis Cina selaku pemaju menghalau umat Melayu yang tinggal di tanah tersebut.

UMNO arahkan badan kerajaan seperti DBKL,PDRM,RELA yang majoritinya orang Melayu untuk halau umat Melayu yang marhein.

Inilah yang berlaku di seluruh negara bermula Perlis hinggalah Johor. Dan yang terkini di Kampung Chubadak,Kuala lumpur.

Begitu cantik wajah UMNO yang membuatkan ISMA teruja dan terpesona hingga cuba "mengurat" UMNO!

 




Monday, June 16, 2014

Perlu kembali semula menjadi Wanita Sejati dan Original!






Ada mahu mantan Menteri Belia ini disekolahkan semula.
Ada mahu beliau diTADIKAkan semula.

Semuanya tak perlu.

Beliau perlu jadi wanita dan perempuan sejati dalu sebelum disekolahkan semula.

Taraf pemikiran lebih rendah dari JKKK.Ingatkan pemikiran macam ini sudah pupus di zaman internet dan siber.

Sedihnya UMNO masih miliki spesis ini.

Sunday, June 15, 2014

Malaysia layak Piala Dunia jika.......



 
  JEPUN kalah...tapi jaga kebersihan


  MALAYSIA semuanya boleh!

Bolasepak Malaysia tidak naik-naik sejak 30 tahun yang lalu.Semuanya merundum.Samada mutu permainan,jurulatih,pengadilan bahkan pimpinan yang menerajui FAM.

Tahun 1998,disasarkan FAM untuk skuad negara ke Piala Dunia 2014 Brazil.

Sekadar sedap mulut dan angan-angan Mat Jenin.Peliknya yang sasarkan itu sekarang baru menjadi Presiden FAM.

Jika di Jepun,ianya terjadi,jawabnya telah letak jawatan bukan naik jawatan! Itulah Malaysia.

Mengapa Jepun sejak Piala Dunia 1998, tidak pernah ketinggalan layak masuk pusingan akhir Piala Dunia?

Disiplin mereka bermula dari penonton hingga kepada pimpinan bolasepak.Mereka ada maruah dan jatidiri.

Kita....? Habuk pun tarak!

Friday, June 13, 2014

Sampai bila DAP tolak hudud?



MCA,GERAKAN,MIC dan DAP antara partai politik yang dianggotai majoritinya non muslim.
Antara ciri-ciri utama partai politik ini ialah anti dan menentang hudud.

GERAKAN,MIC dan MCA sebagai ahli kompenen BN menentang hudud kerana itulah "ajaran" UMNO kepada mereka semenjak merdeka.

Tiada yang baik,comel yang diajar oleh UMNO tentang hudud untuk mereka.Hudud adalah "momok" ciptaan UMNO yang menyebabkan MCA dan sewaktu dengannya begitu fobia,histeria dan trauma dengan Hudud.

Mulanya DAP juga satu "mazhab" dengan MCA dan sekutunya.Melalui MCA,DAP mendapat "ajaran sesat" tentang Hudud.Tok gurunya adalah UMNO.

Tetapi semenjak DAP berkawan dengan PAS melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,penyakit trauma itu agak berkurangan. Lebih-lebih lagi dengan kemasukan ahli muda lulusan universiti yang berfikiran terbuka.

Antara yang paling lantang menentang hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan ialah Karpal Singh.Sepanjang hayatnya hingga menjadi mendiang beliau tetap menentang hudud.
Seorang lagi Penasihat DAP Sdr Lim Kit Siang.Keduanya veteran.

Cumanya,mereka berdua beralasankan perlembagaan berbeza dengan Tok Guru MCA,GERAKAN dan MIC. Tok Guru mereka(UMNO) seperti Dr Mahathir walaupun mengaku Islam tetapi mempersendakan hudud seperti sup tangan dan sebagainya.

Mendiang Karpal dan Kit Siang tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan hudud.Hanya UMNO yang berbuat demikian.

Persoalan sekarang,sampai bila DAP menolak hudud? Sampai kucing bertanduk?

Dunia telah berubah.

Jika DAP boleh menerima Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan sanggup mempertahankannya,mengapa DAP masih "keras kepala" menolak hudud?

Sedangkan hudud hanyalah untuk orang Islam sahaja.

Adakah DAP tunggu kematian Kit Siang,barulah generasi muda mereka berani menerima hudud?

Macam UMNO sekarang.Pimpinan UMNO masih takut dan malu dengan Dr Mahathir.Sebab itulah tranformasi PMNajib seperti 1Malaysia tidak berjalan lancar akibat leteran Mahathir.

Atau adakah DAP mahu MCA dan GERAKAN dahului mereka dalam soal penerimaan hudud?

PAS ingin melihat DAP seperti Ansar yang mendahului Yahudi dalam soal mengaku Kerasulan Rasulullah walaupun siang malam Yahudi bercerita tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman.

Jangan jadi Musyrikin yang menentang Nabi Muhammad semenjak menerima wahyu hinggalah diusir dari Mekah dan berlarutan hingga Fathul Mekah.

Tuesday, June 3, 2014

BABI : Peperangan antara Kementerian Kesihatan dengan JAKIM ?



Isu DNA babi dalam Cadbury membuka persoalan untuk direnungi.Antaranya :

a) Kementerian Kesihatan ada makmalnya untuk mengesan dan membuat ujikaji.

b) JAKIM ada makmalnya untuk ujikaji. Adakah JAKIM gunakan Jabatan Kimia untuk proses pengeluaran logo halal?

Jika melihat "prestasi dan reputasi" antara JAKIM dan Kementerian Kesihatan,yang manakah kerjanya kemas,teliti dan telus?

Lihat surat KK tentang DNA Babi :
Satu dari Bahagian Teknologi Makanan dan satu lagi surat rasmi dari Ketua Pengarah Kementerian sendiri. Yang mana hasil dua surat ini,barulah Menteri Kesihatan membuat kenyataan rasmi.







Tiada yang terburu-buru seperti dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan.Bahkan agak lewat ianya diumumkan.Di kesan bulan Februari dan di umumkan bulan Mei.Lewat 4 bulan terlewat.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan seolah-olah "memperlekeh,merendah-rendah" hasil kerja pegawainya sendiri.Bahkan "menghina" ketuanya sendiri iaitu Menteri Kesihatan.

Biasanya,itu kerja UMNO ! Siasat keatas orang yang ingin membongkarkan penipuan tetapi melindungi penipu!

DAP kena sokong hudud jika mahu menang!



Apabila anak mendiang Karpal Singh MP Puchong mula "menembak" PAS atas kekalahan PRK Teluk Intan, maka jerat ciptaan UMNO mula mengena.

Jerat UMNO yang menggunakan umpan "hudud" mula berkesan. Adalah diyakini UMNO sengaja "berlembut tetapi masih berdolak dalih" tentang hudud adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Imbas kembali kekalahan besar DAP pada PRU 1999 walaupun pada masa itu PAS menguasai Terengganu.Pengerusi DAP ketika itu mengisytiharkan DAP keluar dari Barisan Alternatif atas alasan isu Negara Islam yang mengakibatkan DAP kehilangan undi non muslim.

Jika DAP ingin mengulangi sejarah lama itu,bolehlah DAP isytiharkan keluar PR atas sebab kekalahan PRK Teluk Intan kerana isi Hudud oleh PAS.

MP Puchong tidak mengkaji fakta sebenar mengapa DAP tewas  di Teluk Intan. Antaranya :

a) DAP Perak ada dua kem.Masing-masing ada calon untuk PRK Teluk Intan.Tetapi Lim Kit Siang ambil jalan tengah dengan mencalonkan Setiausaha Politiknya sendiri.

b) Pengundi luar yang muda tidak pulang mengundi kerana optimis DAP menang.

c) Semangat rasis di kalangan pengundi tua Cina masih menebal.Ini adalah kegagalan DAP "berdakwah" kepada mereka.

d) Kemenangan DAP dalam PRK Teluk Intan tidak menjatuhkan Kerajaan UMNO Perak.Jauh sekali Putrajaya jatuh ke tangan PR. Pengundi beranggapan lebih baik undi BN untuk pembangunan sebelum PRU 14 nanti.

Jika ikut alasan Gobind Singh Deo,maka PAS juga boleh berhujah:
DAP menang di PRK Bukit Gelugor  kerana pengundi sokong DAP menentang hudud, manakala DAP tewas di PRK Teluk Intan kerana pengundi marah DAP menentang hudud!

Oleh itu DAP perlu buat AGM untuk buat referendum untuk ahli samada sokong hudud atau menentang hudud!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...